Tertunai hasrat di hati. Pulut kuning meraikan kami sempena khatam Al-Quran. Alhamdulillah.
Memang kami dah niat, abes jar kami khatam Al-Quran nie, kami nak buat pulut kuning sket. Apalagi, bersemangat waja malam-malam dok rendam pulut dan pagi-pagi lepas balik morning run berkobar-kobar membasuh 2 ekor ayam...Chewah!
Pulut Kuning
Bahan:
1kg beras pulut
3 keping asam gelugor
2tbsp serbuk kunyit
Santan [1 biji kelapa]
Cara:
1) Basuh beras pulut dan rendam 5 jam atau semalaman bersama 3 keping asam gelugor dan serbuk kunyit.
2) Panaskan kukusan hingga air mendidih. Alas kukusan dengan daun pisang. Toskan air beras pulut dan cuci beras pulut untuk membuang sisa-sia serbuk kunyit yang melekat pada butiran beras. Kemudian kukus selama 30 minit.
3) Keluarkan beras pulut yang separuh masak tersebut dan tuangkan santan ke dalamnya. Kacau rata. Masukkan semula beras pulut ke dalam kukusan. Sambung mengukus lebih kurang 30-40 minit lagi atau sehingga pulut masak. Siap. Keluarkan dan tekan pulut di dalam acuan jika suka.
Rendang Ayam
Bahan:
Ayam -goreng sekejap dahulu
4 batang serai*
4 ulas bawang besar*
6 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1 inci lengkuas*
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup*
25 tangkai cili kering -rebus dan buang biji*
1 inci belacan*
2 helai daun kunyit -potong halus
1 helai daun limau purut -koyak
2 keping asam gelugor
Santan [1 biji kelapa]
2 paket kecil kerisik [5tbsp]
Garam
Gula
Cara:
1) Kisar halus semua bahan*
2) Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik wangi. Masukkan gula dan biarkan tumisan mereneh hingga sedikit kering. Gula dimasukkan pada tahap ini supaya ia dapat 'caramelize' dan memberi warna yang cantik pada rendang.
3) Masukkan ayam dan kacau rata. Biarkan ayam mereneh dengan api perlahan selama 10 minit di dalam tumisan. Masukkan daun kunyit, daun limau purut dan asam keping.
4) Masukkan santan dan masak hingga mendidih.
5) Masukkan kerisik, garam dan gula lagi jika perlu. Biarkan rendang mereneh dengan api perlahan hingga kuah sedikit kering dan ayam empuk. Siap! Sangat sedap dan wangi!!
Hantar sket untuk aunty jiran sebelah rumah.
...dan hantar sket untuk adinda.
Alhamdulillah rendang dan pulut habis dengan sempurna. Tiada pembaziran. Rendang yang sangat sedap dan mendapat pujian...Aiceh!
Tahniah Pienkcat for the Khatam Al-Quran dan Pulut Kuning dan Rendang Ayam yang superlazatt!!! heheee