Bahan:

Daging lembu
Santan 
1 paket rempah daging
1 . 5tbsp cili mesin
Sedikit serbuk kunyit
Bawang mesin [1 bawang besar + 2 bawang merah + 3 bawang putih + sehiris halia + sehiris lengkuas]
2 ulas bawang merah - tumbuk kasar untuk tumis
2 ulas bawang putih - tumbuk kasar untuk tumis
Sedikit bunga cengkih + bunga lawang + kulit kayu manis
1 tangkai daun kari
Kacang panjang
Cili merah
Garam
Gula

Cara: 

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah + putih + daun kari + bunga lawang + bunga cengkih + kulit kayu manis hingga naik bau dan kekuningan.
  2. Satukan dan gaul rempah + cili mesin + bawang mesin + serbuk kunyit dengan sedikit air dan masukkan ke dalam periuk. Masak hingga rempah naik minyak dan sedikit kering - Bila rempah di masak sempurna, selain kebersihan insyaAllah gulai akan tahan lebih lama dan tak basi.
  3. Masukkan hirisan daging dan biarkan daging mereneh di dalam rempah seketika  -10 minit lebih kurang.
  4. Masukkan santan. Masak hingga mendidih dan daging empuk.
  5. Perasakan dengan garam dan sedikit gula secukupnya. 
  6. Masukkan kacang panjang dan cili merah. Masak 5-8 minit dan tutup api. 

Siap!



Gulai daging lazat sedia untuk dinikmati :)