Gulp!
Set hidangan makan tengah hari yang sangat sangat lazat! Paling lazat sebab masak sendiri di dapur sendiri....heheee
Memang tiada cacat celanya. Blum tentu makan di kedai dapat lauk sedap macam nie kan? Aiceh! hahaaa... Ada Ikan cencaru sumbat cili, Pajeri nenas, Sambal belacan nenas + tomato dan Lalapan segar....Bismillahirrahmanirrahimmm....
Ikan cencaru kembar empat. Muka photostate sumer kan.....hahahaaaa
Cili sumbat istimewa. Resepi campak-ria ke dalam blender :)
Bahan:
3tbsp cili mesin atau 10 tangkai cili kering - buang biji dan rebus [lebihkan kalo nak pedas]
1 batang serai
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2 hiris lengkuas
1cm kunyit hidup
Belacan
Sedikit asam jawa
Garam dan gula secukupnya
2tbsp kelapa parut [optional]
Cara:
Kisar semua bahan hingga halus dengan air yang minima. Jika menggunakan kelapa parut, masukkan kelapa parut di saat akhir mengisar supaya kelapa parut tidak terlalu halus. Siap!
Sumbat inti ke dalam ikan cencaru yang telah siap di-garam-kunyitkan dan goreng macam biasa. Fuyyooo!!!
Waktu menyumbat jangan tamak nanti inti abes terkeluar waktu digoreng...uh!
Kesedapan berganda dengan menu Pajeri Nenas yang tiada tandingan lazatnya...heheee
Serius. Memang lazattt.
Dan semestinya ada sambal belacan dan ulaman segar.
Ulaman terung rapuh, kacang kelisa, tomato muda dan cili hijau. Cara menghidang ulaman biarlah 'sedap' dan membuka selera. Galakkan anak-anak cikjah supaya turut 'berulam'. Bukan sahaja sedap malah baik untuk kesihatan.
Teman istimewa ulaman mestilah Sambal Belacan. Tak kisahlah apa jua jenis sambal belacan yang cikjah sediakan ia mesti sedap! Kali nie kami buat sambal belacan nenas dan tomato. Memang berapi dan lazat! Luarbiasa hebat!
Bahan:
4 cili merah
6 cili padi
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Belacan
Sedikit asam jawa / jus limau nipis
Garam
Gula
1/2 biji tomato masak
Sepotong nenas -potong kecil
Cara:
Kisar kasar semua bahan kecuali nenas dengan air yang minima. Masukkan potongan nenas dan kisar semuanya ke tahap 'medium fine'. Siap!