Wahhh!!! inti karipap daging tengah simmering dalam kuali....urrmmmmm....bau best jar nih!
Malas nak baking-baking, terasa nak buat kuih Malaysia plak lar.
Jeng! Jeng!! projek karipap daging on weekend. Kesedapan tiada tandingan! Sementara kami rehatkan doh kulit karipap, kami tumis inti dulu.....phewww! terangkat dapur kami cikjah. Kami guna homemade rempah daging yang dititip istimewa oleh kekanda kami dari Kedah nun...tapi cikjah guna rempah kari biasa pun sedap jugak ....hehee
Tara! inti karipap daging yang superhebat sudah siap, mari kita kelim karipap....erkkk! cikjah bleh tulun kelim karipap kami tak? tak larat taw kelim karipap nie....rasa macam nak nak buat satu GIANT karipap. Nah! seketoi karipap siap! hahaaaaa
Bahan:
5 biji ubi kentang -kupas kulit dan potong kiub kecil
Daging lembu -terlebih terkurang. Banyak daging lagi sedap. Potong kiub kecil
1 paket rempah kari daging
1tbsp cili mesin
Daun kari
Daun sup
Bawang merah + bawang putih -tumis
1 bawang besar + 3 bawang putih -kisar
Sedikit kulit kayu manis / bunga cengkih / bunga lawang
Garam dan gula
Air secukupnya
Cara:
- Tumis bawang merah, bawang putih, daun kari, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang hingga wangi.
- Bancuh rempah kari bersama cili mesin dan bawang kisar dengan sedikit air. Masukkan ke dalam periuk. Masak rempah hingga naik minyak dan sedikit kering.
- Masukkan daging. Renehkan di dalam rempah selama 10 minit. Masukkan air secukupnya dan ubi kentang. Jangan masukkan air terlalu banyak. Cukup sekadar menenggelamkan ubi kentang dan daging. Ingat cikjah, we are cooking inti karipap daging, bukan gulai daging!...heheee... Jika kurang air, boleh tambah lagi kemudian. Masak hingga daging dan ubi kentang empuk dan kuah sedikit kering. Tapi awas! jangan sampai ubi kentang hilang teksturnya okay. Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
- Masukkan hirisan daun sup. Gaul sekata supaya wangi daun sup meresap. Renehkan dalam 5 minit dan tutup api. Siap! Biarkan sejuk sebelum diguna.