.
Apr 17, 2012
Plumbago sedang 'memercik' riang di taman kecil kami. Yeyyy!!!
Pokok yang mempunyai bunga berwarna Pale sky blue ini sebenarnya sangat mudah dijaga dan memiliki kitaran bunga yang kerap. Sukakan cahaya matahari namun bunganya sedikit 'fragile' jika disimbahi air hujan yang banyak dan kerap.
Plumbago berkongsi pasu dengan sejenis lagi pokok bunga biru....namanya kami tak taww...uh!uh!
Plumbago 2 minggu yang lalu. Belum berbunga. Namun kelihatan putik bunga sudah mula keluar.
Cantik skali! jika betul cuaca, cukup makan dan minum-nya, plumbago akan mengeluarkan bunga yang sangat banyak sehinggakan sukar untuk melihat daunan hijau. Tak jemu mata memandang, hati terasa riang, gembira bukan kepalang. Aiceh! Tapi ini baru permulaan.
Cuma kami berharap, hujan tidak turun terlalu kerap dan lebat. Sayang bila melihat bunga yang baru berkembang jatuh ke tanah kerana pukulan angin dan air hujan yang berat T__T
Kami rasa macam nak cucuk payung di dalam pasu tu supaya bunga tak kena air hujan...hahaa
- Pienkcat
- Malaysia
- I don't remember a witch ...but there was a black adorable cat who sat down beside me and told me that "I'm a cat who has strong legs, beautiful heart and the ♥ of thrills, I like to climb things - including hills. I ♥ pink and I ♥ cat and again the black cat told me that I'm a lovely friendly Pienkcat"