Owhhhh tidak! Inilah masakan kampung yang sentiasa menjadi igauan menggamit memori kami. Cuma, kalo di kampung resepi ini di masak menggunakan siput paip dan bukannya kerang.
Pheewww!!! sedap terangkat cikjah. Gulai siput paip dan daun kaduk. Kombinasi yang perfect! Tapi sayang, kali terakhir kami menjamah resepi lazat ini ialah hampir 20 tahun yang lalu....sedih....
Mungkin sebab utama ialah siput paip dah pupus di zaman sekarang. Amat sukar untuk jumpa siput paip di market sekitar Kedah. Orang kampung atau pesawah padi pun dah tak cari siput paip dah sekarang nie. Depa dok pulun main iPad tepi bendang jar la nie....heheee
Tapi tak per, tak dak siput paip, kita ganti dengan kerang....yeehaaa!
Alkesah, Gulai kerang dan daun kaduk ini adalah masakan istimewa dari Thailand. Kami pun tak taw. Kemungkinan besar, resepi ini dikongsi antara Thailand dan Negeri Kedah adalah tidak mustahil, sebab faktor geografi dan penempatan yang berdekatan. Sebenarnya banyak masakan Thailand yang diserap dan dijadikan menu harian penduduk di sekitar negeri Kedah.
Daun kaduk kat backyard garden kami pun memang sedang tumbuh hebat, so apalagi....jom kita masak the awesome Cockles and Wild Betel Leaves Curry!
Bahan-bahan:
Kerang
Daun kaduk
2 . 5tbsp rempah kari
1tbsp cili mesin
1 labu bawang besar -kisar
2 ulas bawang putih -kisar
3 hiris lengkuas -kisar
1 inci kunyit hidup -kisar
Bawang merah + bawang putih -menumis
Serai -ketuk
Daun kari
Cili padi
Santan [1 biji kelapa]
Garam dan Gula
3 asam keping
Cara:
- Tumis bawang merah, bawang putih, daun kari dan serai hingga naik bau dan kekuningan.
- Bancuh rempah bersama bahan kisar dan cili mesin dengan sedikit air. Masukkan ke dalam periuk. Biarkan rempah mereneh hingga sedikit kering dan naik minyak.
- Masukkan santan dan asam keping. Masak hingga mendidih.
4. Masukkan kerang dan cili padi. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Biarkan mereneh hingga kerang masak.
5. Masukkan daun kaduk dan biarkan gulai mereneh selama 8-10 minit supaya daun kaduk kecut dan 'flavour-nya' menyerap ke dalam gulai.
Siap! Cukup memikat selera!!
Kalo cikjah rajin, kerang bolehlah direbus dan dikupas terlebih dahulu dari kulitnya sebelum dimasukkan ke dalam gulai. Tapi kami suka masak dengan kulit kerang untuk presentasi dan hidangan nampak lebih asli dan menyelerakan :)
Gulp! atas meja ada Gulai kerang dan daun kaduk, ada Sambal udang petai, ada Mieng Kham dan Ayam goreng tumbar jintan.
dan nasi jangan lupa okay! heheeee
Mentalnotes: Daun kaduk adalah rahsia penyedap gulai ini. Daun kaduk mempunyai rasa dan bau herba yang unik. Tidak hairanlah ia mampu membuka selera sesiapa sahaja terutama penggemar ulaman kampung :) Happy trying cikjah!