Wahhh! satu lagi menu best -- Sate Lilit.
Sate lilit adalah menu dari Indonesia. Sangat terkenal di Bali. First time kami try sate lilit was at Lake Batur, Bali about 5 years ago. Jika di ibukota, cikjah bleh pi try kat mana-mana restaurant yg berkonsepkan Bali like Ole-Ole Bali, Bumbu Bali and etc. Confirm ada menu sate lilit. Seperti biasa lar cikjah, kalo makanan yang sedap, harus dichobain bikin sendiri dong :) Buat sendiri lagi shedap kan...heheee
Alkesahnya, kami mendapat sumbangan serai yang banyak skali dari kawan kami. Nak wat gapo serai banyak2 tu? urrmmmm.... nak buat kerabu serai atau jus serai, rasanya taste kami ni tak baper ngam lar dengan santapan sedemikian rupa. Tragis sebab dulu-dulu selalu kena paksa minum jus serai dengan my mum.....huhuuuu...tiba-tiba ter- Tingg!! bidadari dapur terus tukar uniform siap-siap bahan nak buat sate lilit....owh! yeahhh!
So, today kami nak share-share dengan cikjah bagaimana caranya nak sediakan menu lazat ini. Caranya mudah saja tapi rasanya owhhh! lalalaaaaaa....sungguh memikat jiwa raga. Cikjah should try... Amazing!
The ingredients:
Isi ayam/ikan/daging [kami guna 6 ketul dada ayam]
Serai [as skewers. Bleh juga guna batang tebu atau pencucuk sate yang leper mcm kayu ais-krim]
Rempah ratus
5 bawang merah*
1 bawang besar*
5 bawang putih*
3 cili merah*
5 cili padi*
1cm lengkuas*
1cm halia*
2 batang serai*
2cm kunyit hidup*
2cm belacan*
3 biji kemiri [candlenut]*
1/2st biji ketumbar + jintan manis + jintan putih + lada hitam [kisar kering]
1 pokok daun bawang
Garam
Gula
Tepung gandum [jika perlu]
Cara:
1) Kisar semua rempah ratus bertanda * dengan air yang minimum.
2) Satukan rempah ratus kering dan basah. Gaul sebati.
3) Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Tumis rempah ratus dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Biarkan masak selama 5 minit. Angkat dan biarkan sejuk
4) Dada ayam dibuang kulit dan tulang. Cincang hingga halus atau guna food processor. Guna dada ayam kerana isi ayam lebih lembut pada bahagian ini.
Mentalnotes: Potong isi ayam kecil-kecil dan kisar di dalam blender tanpa air secara berperingkat sikit demi sedikit. Hasilnya sangat menakjubkan seperti food processor. Cuma jangan blend lama sangat takut roshakk pulak blender cikjah...heheee
5) Gaul rempah ratus bersama isi ayam dan daun bawang menggunakan tangan. Tambah 2-3 sudu besar tepung gandum jika adunan terlalu lembik. Rasa adunan sekali lagi supaya sate lilit cikjah mantapp! heheee
Mentalnotes: Kalo adunan terlalu lembik, agak sukar nak melilit sate di batang serai nanti.
6) Lilitkan isi ayam pada batang serai.
Mentalnotes: Pegang batang serai dengan tangan kiri. Bahagian bawah serai [lebar] berada di atas. Gumpal isi ayam seperti bebola dengan tangan kanan. Letakkan isi ayam pada atas batang serai dan tangan kiri mula memutarkan batang serai. Tangan kanan bergerak seiring melilit isi ayam di keliling serai.
Fuyyooo! sounds so technical...hahaaaa...Tapi rilek cikjah, senang jar nie :)
Sapu dasar loyang dengan minyak supaya isi ayam tak melekat
7) Panaskan griddle pan dan sapukan sedikit minyak. Sate lilit sedia untuk di-grill.
Anggaran grill approx. 5-8 minit each side. Bergantung pada cikjah jika suka medium or welldone cook.
Tara!!! sate lilit sudah siap! Yeyyyy!!! Sedap makan panas-panas. Pada pendapat kami, sate lilit tidak memerlukan sos pencecah kerana rasa bumbunya sudah cukup menarik sekali.
From 6 chicken breasts, kami dapat 45pcs sate lilit.
Pack sket untuk hantar rumah kawan kami dan sepinggan untuk aunty jiran sebelah rumah :)
Sate Lilit hebat! :)