A sweet pastry crust is a rich and sweet pastry with a crisp cookie-like texture. Sesuai di isi dengan pelbagai jenis filling. Selain cheese atau  telur, ia  boleh juga di isi dengan pastry cream  dan buah-buahan. Maka jadilah fruit tart yang hebat!

Tapi hari ini, kami gunakan filling chocolate pastry cream.

Bahan:

300ml fresh milk
1tsp vanilla essence
3 egg yolks
50g caster sugar
A pinch of salt
2tbsp corn flour
2tbsp wheat flour
1 cup bittersweat chocolate

Cara:


1) Panaskan susu +  vanilla  essence hingga berbuih di sekeliling periuk.  Jangan sampai mendidih taw!

2) Pukul telur kuning bersama gula dan garam hingga sebati. Masukkan tepung dan gaul mesra.


3) Masukkan chocolate dan tuangkan susu panas sedikit demi sedikit sambil mengacau aduan. Kacau hingga  semua sebati.

TIPS: Chocolate akan cair by itself kerana suhu susu yang panas.


4) Masukkan semula ke dalam periuk dan masak di atas api perlahan hingga pekat.


5) Letak plastik di atas permukaan pastry cream untuk mengelakkan pembentukkan lapisan kulit. Sejukkan pada suhu bilik.


A sweet pastry crust adalah resepi yang ditambah sedikit gula dan telur ke dalam resepi asas Pie crust.  Ia menjadikan pastry ini sedikit manis dan tekstur yang lembut. Doh boleh disediakan menggunakan food processor ataupun electric mixer.  Prosesnya adalah sama seperti membuat adunan doh biskut.

Bahan:
Makes 35 nos using 5cm tartlet casing

113g butter [room temp]
50g caster sugar
1 egg [lightly beaten]
195g all purpose flour [tepung gandum pun okay] +  a pinch of salt

Cara: 

1) Pukul butter hingga kembang.
2) Masukkan gula. Pukul lagi hingga adunan gebu.
3) Masukkan telur  dan pukul dengan minimum speed hingga semua sebati.
4) Stop mixer dan masukkan semua tepung. Gaul menggunakan spatula terlebih dahulu supaya bila adunan dipukul, tepung tak berterbangan....abes belemoih dapoq cikjah nanti...heheeee. Pukul adunan sekejap sahaja hingga menjadi doh yang sempurna
5) Tuang doh di atas plastic dan ratakan. Bungkus dan simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit Kalo cikjah nak cepat, boleh simpan di dalam freezer selama 10 minit.
6) Keluarkan doh dan canaikan leper.

TIPS:  Selalunya pastry doh dicanai menggunakan rolling pin, tapi  disebabkan adunan doh ini sangat lembut and has tendency to tear and crack, adalah lebih mudah jika diambil sedikit adunan doh ditekan-tekan dan dibentuk  dengan jari jemari mulus ke dalam acuan hingga sempurna begini.



MORE TIPS: Prick the crust with a fork before baking. This will help prevent large air pockets in your crust as it bakes.


7) Bakar dengan suhu 200C untuk 5 minit pertama.  Kemudian, turunkan suhu kepada 180C dan bakar lagi selama 15-20 minit atau sehingga kuning keemasan.


8) Biarkan sejuk 5-10 minit.


9) Keluarkan dari acuan. Terbalikkan acuan, tart shell akan keluar sendirinya.


10) And ready to be filled with rich and creamy chocolate pastry cream.

TIPS: Gunakan nozel yang sesuai supaya pastry cream nampak cantik.

MORE  TIPS: Jika cikjah nak makan sikit-sikit, isikan filling ke dalam tart shell mengikut kuantiti yang dikehendaki sahaja. Kerana jika dibiarkan tart shell with filling semalaman, ia akan menjadi soggy dan kurang ranggup kerana kelembapan pastry cream akan meresap ke dalam crust.


11) Hiaskan dengan chocolate flakes or strawberry.


My sweet pastry crust sangat sedap dan bertambah sedap dengan filling yang hebat! heheee






Antar sket untuk jiran :)