Tak syak lagi, ibarat wanita melayu terakhir bila kami menjejakkan kaki ke bumi Tanjung Sepat ini. Tak ubah seperti seorang dewi kayangan yang tercampak jauh dari lokasi jula-juli bintang tiga kerana kesilapan koordinat GPS....hahahaaaaa
Tanjung Sepat sebenarnya adalah sebuah perkampungan tradisional nelayan cina dan ia lebih popular dan sinonim di kalangan masyarakat dan pengunjung cina.
......well, kitakan Satu Malaysia :)
Tapi seriously serious, kami jar awek melayu cun sewaktu kami datang ke sini. Memang terdapat perkampungan dan penempatan melayu namun bukanlah di tengah pekan Tanjung Sepat.
Kebetulan, kami cycling di Putrajaya, maka hasrat hati ingin berjalan-jalan di hujung minggu dipanjangkan hingga sampai ke tanjung Sepat. Menyusuri laluan paling mudah iaitu highway KLIA --- F1 circuit ----Sepang Gold coast----Sg Pelek ---Tg Sepat, akhirnya kami sampai dan disambut dengan cuaca yang cukup baik. Tapi tragiss sebab kami terlupa bawa kamera!!!! huwawaaaaaaaaaa
Sumer gambaq amik pakai iphong jar. Okaylah dari takdak langsung kannn.... At least bleh buat kenang-kenangan dan tatapan cikjah sekalian...heheee
Sebelum tu singgah sekejap di Sepang Golden Palm Tree resort yang mahai itu....
First time kami sampai ke Pantai Bagan Lalang, Sepang. Tempatnya bersih dan luas. Terdapat pelbagai kemudahan dan dijaga dengan baik.
Kami melepasi Bagan Lalang dan perjalanan diteruskan menghala ke Banting untuk sampai ke tanjung Sepat. Akhirnya, sampai... Yeyyy!
Perkampungan nelayan cina di sini hampir serupa seperti di Kuala Sepetang. Rumah batu satu tingkat dibina berderetan secara rapat dan terdapat jalan berturap kecil yang menghubungkan antara satu lorong ke lorong berhampiran.
Di sini adalah sorga restaurant makanan laut bagi masyarakat cina. Memang takdak halal seafood restaurant kat sini.....huhuuuu
Inilah the famous Lover Bridge
Separuh konkrit....
....dan separuh kayu...cantik!
Nelayan menjemur ikan kering di atas bot mereka
Kalo dah ke sini, wajib singgah ke kilang cendawan Vita Agrotech yang terletak di dalam pekan Tanjung Sepat.
Beli cendawan murah! 3 paket cuma RM10-RM11. Meroyan sekejap kami...heheeee
apa lagi, borong lar
Antara jenis-jenis cendawan yang terdapat di kilang ini;
Kami suspekk inilar banglo tokey cendawan. Sebab rumah nie terletak di sebelah kilang cendawan. Kaya raya cikjah! heheee
Juga terdapat hotel di kilang cendawan ini. Owner kilang cendawan nie memang pukul habis. Ada kilang cendawan, ada seafood restaurant dan ada hotel :)
Kami singgah di Petronas di pekan Tangjung Sepat. Tanya kat adik kaunter kat mana nak makan best dan nak beli hasil laut. Adik tu cakap kat sini tak dak seafood restaurant melayu [halal], tapi kalo nak beli ikan ada kat satu tempat dekat simpang Kampung Endah.
Sekadar bercakap mulut, kami meneruskan perjalanan dan mencari lokasi yang dikatakan oleh adik tadi.....wheee! jumpa!
Berhadapan simpang masuk ke Kampung Endah terdapat satu jeti kecil dan beberapa buah kedai di sebelah kiri jalan. Di belakang deretan kedai tu, terdapat 2 buah kedai yang menjual hasil tangkapan laut segar yang baru naik dari laut....lalalaaaaaaaa
Tudia! borong lar apa lagi. Beli udang, sotong, ikan...bla..blaa...blaaaaa
Kat sini takdak jual siput dan kepah...heheee
Pertengahan jalan, benti skejap kat kedai makcik jual buah-buahan. Kebetulan kat depan sket ada banner Bakaugruv. Kami masuk sebab kat banner tu ada gambar makanan. Nampak macam sedap jar...nyummmm
Membelok masuk kami menyusuri dusun buah-buahan. Parking keta dan berjalan kaki masuk melalui laluan kecil yang disediakan. Sunyi sepi. Tak ada orang.
Uishhhhh! lawo tempat dia cikjah. Nasib baik kami singgah. Pemandangan sekitar sangat cantik. Subhanallah!
Bakaugruv Kampung Resort ialah sebuah resort yang bukan sahaja menyediakan penginapan untuk pelajar sekolah, kolej, universiti atau mana-mana kumpulan yang inginkan pengalaman bermalam dan melakukan aktiviti di kawasan sekitar hutan bakau malah sebagai pusat latihan dan perkembangan minda yang diasaskan dari kajian di Universiti Malaya.
Di tepi sungai yang cantik inilah terletaknya Restaurant Sembang-Sembang. Tenang dan cantik skali.
Antara chalet yang disediakan. Dari segi rating penginapan, mungkin pada tahap standard saja. Namun apa yang ditawarkan adalah pengalaman tinggal dan meneroka kawasan hutan bakau serta modul latihan serta pembangunan minda yang pasti menjanjikan sesuatu yang menarik dilatari dengan pemandangan sekitar resort yang sememangnya semulajadi dan indah.
Menu di restaurant Sembang2
Tara! Harga murah, sedap dan selesa
Jambatan konkrit untuk pejalan kaki disediakan untuk menyusuri hutan bakau dan terus ke tepi pantai. Pasti menarik.
Selesai makan tengah hari, kami meneruskan perjalanan untuk kembali ke KL. Kami menyusuri Laluan 5 dari Tanjung Sepat - Banting - Klang - Shah Alam. Lebih kurang 70-80km. Mak aiiii!!! jauhnya!! Dok nampak Klang tu rasa lagu dekat, tapi saaaaaangat jauh. Perjalanan pun boring sebab takdak view menarik.
Kami singgah di Pantai Morib. First time singgah sini. Pantai Morib sekarang dah cantik. Terdapat kemudahan dan struktur binaan baru di sekitar pantai. Memang cantik, bersih dan selesa. Harap penduduk, pengunjung dan peniaga di sini dapat sama-sama menjaga apa yang ada dengan baik.
Take five at Pantai Morib. Penat drive...huhuuuu
Suasana petang di Pantai Morib.
Amacam cikjah? Adventure tak jenjalan hujung minggu kami? hahahaaaa
Penat bagai tidak terkata sebab dari pagi kami cycling lepas tu sambung naik keta berjam-jam lamanya.... tapi puas hati dan ini adalah satu pengalaman baru, best dan menarik sekali sebab rata-rata tempat yang kami singgah adalah pertama kali di dalam hidup kami.
Tapi sukerr sebab dapat beli macam-macam! Yeyyyy!!
Hasil laut segar
Cendawan segar terbaik dari ladang
Buah-buahan dan sayur kampung yang sangat best!
Weeeeeee!!! InsyaAllah, kalo panjang umur, sihat dan ada rezeki kita pegi tempat lain plak okay tapi jangan lupa bawa kamera! ^_____^