Another cycling trip. Wheeeww! suker! :)


I am a perfectionist [chewah!]. Always plan ahead, very details and well organized person. I'll give my best effort on every single thing of my plan to make it works.  But whenever  it turns out to be the other way round NOT because of myself......huuyyyyoooo!!! makcik hangeen kuskus satu badan cikjah!

Cenggini citernya, 1 day sebelum datang Taman Botani, kami call dulu untuk tanya; 
Adakah Taman Botani dibuka untuk kunjungan awam pada esok hari dan adakah Taman Botani menyediakan perkhidmatan sewa basikal pada masa yang sama? 
Almaklumlah, nak datang ke Putrajaya nie bukannya dekat. Jauh! Disebabkan kami kurang yakin dengan jawapan kakyam petugas kat Taman Botani tu walopun dia cakap "taman buka dan basikal? mmmm...basikal ada kot. Datang jer" [boleh nooo beliau bagi jawapan macam mesyuarat tingkap lagu tu...iskkk]  maka kami call lagi sekali beberapa jam kemudian. Orang lain plak yang jawab. Kakyam tu pun cakap "Ya , taman buka dan ada basikal untuk disewa"
Okay! kami pun happy lar, sebab hasrat hati nak cycling kat Taman Botani akhirnya about to happen. Yeyy!


Kami sampai di Taman Botani pada 8.50am.  Kaunter buka pada pukul 9am.
Kami orang ke2 menunggu untuk membeli tiket. Pukul 9.10 kaunter tak buka lagi. Tanya security kenapa kaunter belum buka and she said "saya pun tak tau lar kak, selalunya dah buka" dan berjalan pergi.  Macam tu lar security kat tempat kita nie, memang tak membantu langsung. Pukul 9.20 kaunter tak buka lagi. Angin kuskus dah naik kat lutut dah...sabar...heheee
Dah lar waktu rehat sampai 2 jam [12-2pm]. Tak sepatutnya untuk tempat kunjungan awam macam nie sampai 2jam waktu rehatnya. Gilir-gilir lar rehat kakyam oiiii....orang nak beli tiket jar bukan nak buka akaun bank pun.


Pukul 9.22am, ada sorang dikyam nie datang dok buat-buat busy dalam kawasan kaunter tiket. 5 minit kami tunggu, lampu kat kaunter tak buka pun....haishhhhh....
Lepas tu dikyam nie kluar and she said "hari ni kaunter sewa basikal tutup. Tak boleh sewa basikal"
What??!!!
What the heck is this??? After 25 minutes waiting lepas tu suka-suka hati datang cakap kat customer kaunter tutup tak boleh sewa bike. Zupp! terus hangin kuskus kami naik sampai bahu.


Me: Kenapa tak boleh sewa bike hari nie? I called dua kali yesterday just to make sure sebelum datang sini taman buka dan ada bike rental service....I datang dari jauh tau sebab tu I call dulu to make sure all in order. Staff bertugas Taman Botani nie cakap taman buka dan ada basikal confidently. Now you are telling me the other way round. Dah lar lama kena tunggu untuk you all buka kaunter.

dikyam: basikal memang ada. tapi tak boleh guna sebab semua rosak. Saya pun bukan orang yg jaga kaunter sini, saya datang nak tolong maklumkan saja.

Me:  Huh! memang tak masuk akal lar.... You ingat I suka-suka call Taman Botani  dua kali sebelum datang ke sini semata-mata untuk buat lawak?  What are u trying to say is that I sepatutnya kena tanya basikal ada atau tak, dan followed by basikal ada tapi boleh guna atau tak?  and followed by lagi kalo basikal boleh guna tapi boleh sewa atau tak??????!!!!!

dikyam: memang sumer basikal rosak kak, sebab tu kita tak boleh bagi sewa hari nie.


me: hurmmm...doesn't make sense sumer basikal rosak at the same time.....semalam called tak cakap pun!

So, can you see that? kalo dah gomen staff  and service nie sampai bila pun susah nak ubah attitude! Sebab tu lar masa kali pertama call, kami sangat kurang yakin dengan jawapan yang diberikan oleh kakyam kaunter Taman Botani tu. Jawab tepon  pun macam sambil baca majalah Mangga! Kami call kali kedua pun sama cuma kakyam yg sorang lagi ni dengan yakinnya bagi tau kami that all is in order.  Hangin kuskus kami naik sampai kepala........huh!


Apa boleh kami buat? kami dan 10 orang pengunjung yang lain terpaksa melangkah keluar meninggalkan Taman Botani dengan perasaan hampa dan sangat marah! Nasib baik kami bukan amik cuti semata-mata untuk cycling kat sini, kebetulan memang cuti. 


Maka, sebagai pengubat hati yang kesal dan kecewa dengan tindakan dan perkhidmatan Taman Botani yang tidak bermutu itu, kami menuju ke Taman Wetland untuk berbasikal di sana.  Memang berbeza pengalamannya tapi takpalah, nak buat macam mana sebab I pick the demm wrong place and day to cycle!!!


Di Taman Wetland, kadar sewaan basikal cuma RM2/jam. Cuma pilihan basikal tak banyak dan tidak berada dalam kondisi yang baik. Boleh lar kalo stakat nak kayuh tu.  Kami pun heran, kerajaan dah bagi prasarana yang terbaik sekali di Putrajaya nie tapi kenapa para petugas yang bertanggungjawab tak boleh ada effort sket untuk menjaga dan memastikan semuanya berada dalam keadaan yang sempurna sebagai satu pakej yang lengkap dan berkualiti?  Sayang sekali sebab Putrajaya mewah dengan kemudahan yang TERbaik di Malaysia.
Minta map Taman Wetland pun takdak!! huhuuuuu....kesiannnn


Apa-apa pun jom cycling ^___^


Pokok unik yang mempunyai buah di bahagian bawah.


First pit stop.

Cuaca cantik dan tak ramai pengunjung. Bebas rasanya :)





Pusat penghayatan alam



Flamingo Pond.
Masa dulu datang, flamingo-nya muda-muda lagi, sekarang sumer dah tua....hahaaa


Itik comel sedang relax atas batu


Itik comel bangun melangkah pergi sebab kami usik beliau "kwuekk! kwueekk!" hahaaa


Itik nila pun ada



Kat sini lar tempatnya for bird watchers mengintai burung-burung unik dan cantik dari serata dunia yang singgah ke Taman Wetland sewaktu dalam misi migrasi tahunan burung.  Ada macam-macam spesis.


Nampak macam buah Pulasan.
Tapi entahlah sebab bila kami kopek tak ada isi langsung di dalam. Ada banyak sangat pokok macam nie dan sumernya sedang berbuah meriah sebegini.


Bayangkan kalo betul buah Pulasan dan boleh makan...owh! gulp!


Pokok apakah ini? Unidentified.
Buahnya yang kemerahan itu sangat cantik, Baunya sedap dan sangat memikat selera. Kami rasa macam nak makan tapi takut lar plak....hahaaa

Minta tolong lar management Wetland labelkan pokok-pokok tanaman depa nie untuk makluman dan pengetahuan pegunjung.


Biji getah. This is after 15 years since my last experience of nampak dan pegang biji getah. Suker sangat! Teruja! Menggamit memori zaman kanak-kanak ria di kampung dulu.



Hampir 2 jam kami meneroka Taman Wetland dengan kayuhan waja di atas basikal...heheee
Lepak sekejap di sini untuk breakfast nasi lemak best. Kalo cikjah nak datang sini, jangan lupa tapau nasi lemak ker, bihun goreng ker, cok kodok ker.... boleh breakfast dengan pemandangan dan persekitaran alam yang sangat hebat.



Okie dookie....see you around cikjah, jangan lupa makan dan bersenam okieee...heheee
Errrkkk...harap-harap tak akan ada lagi pengunjung yang teruja mengalami episod jiwa kuciwa duka lara macam kami dengan kerenah Taman Botani yang kurang efisien itu.