Va...Vaa...Vaaa! Pavlova the marvellousvaa ^__^
I saved the unused egg whites from the pastry cream recipe 2 days ago. I usually do. Just wrap with plastic cling and keep it in the fridge. Nak buang sayang. Nak buat tambah-tambah dalam masakan yang berasaskan telur, entah bila nak masak kann....nak tepek-tepek di wajah yang cun supaya lebih cun macam malass [dah agak dah]. Maka, I decided to make the Pavlova.


This classic dessert is easy to make and believe me it is not as hard as its name...LOL
This dessert is named after the acclaimed Russian ballerina Anna Pavlova who  took New Zealand and Australia by storm. Both countries have staked rival claims for the invention of the Pavlova. But obviously this delicious Pavlova started appearing in New Zealand earlier than in Australia. I guess, New Zealand won :)

But today, Pavlova appears in my liltle kitchen! hahaaaa


The Ingredients:

3 large egg whites [room temp]
165g caster sugar
1/2tsp vanilla essence
1/2tbsp corn starch
1tsp white vinegar
1 small box double or whipping cream
1tbsp icing sugar
Zest of orange or lemon
Fruit, to decorate

Methods:


1)  Menggunakan cake tin 7-8 inci sebagai panduan, lukis bulatan di atas baking paper menggunakan pensil.  Letakkan baking paper di atas dulang pembakar dengan bulatan pensil mengadap ke dasar dulang. Takut plak nanti cikjah makan pavlova bercampur karbon pensil...heheee

Panaskan oven 150C.

TIPS: Ambil sedikit meringue dan gamkan baking paper ke dasar dulang supaya baking paper tidak bergerak.



2) Dengan menggunakan mixer yang kering sepenuhnya, pukul egg whites with minimum speed hingga soft peaks form. 


3) Masukkan caster sugar sedikit demi sedikit hingga habis. Whisk with maximum speed until stiff peaks form dan berkilat. Masukkan vanilla dan pukul lagi sekadar semua sebati.


Stiff peaks achieved! ditungging terbalik pun meringue tak tumpah!....heheeee


4) Tapiskan corn starch ke dalam meringue dan masukkan juga white vinegar.


5) Gaul sebati menggunakan spatula.


6) Tuangkan meringue ke atas baking paper.


7) Bentukkan meringue menggunakan icing spatula mengikut bulatan yang dilukis tadi. Naikkan keliling meringue supaya bila dibakar nampak cantik.

8) Bakar pada suhu 150C bagi 15 minit pertama. Bakar lagi selama 1 jam pada suhu 140C.

TIPS: Once you have prepared the meringue mixture, bake it immediately, otherwise it will collapse and begin to weep.


Meanwhile, sebagai pilihan untuk hiasan di atas meringue selain hirisan buah-buahan,  cikjah boleh juga tuangkan sedikit Berry Syrup. Lebih enak jika digabungkan strawberry + raspberry. But, I don't have raspberry, so strawberry alone pun boleh.

Making the Berry Syrup:

a) Kisar strawberry dengan air yang sangat sedikit [sekadar blender dapat mengisar]. Lainlah kalo cikjah guna food processor...heheee
b) Tuang ke dalam periuk dan masukkan sedikit gula. Jangan terlalu manis kerana meringue sudah manis. Masukkan sedikit orange/lemon zest untuk menajamkan rasa strawberry.  Masak hingga pekat. Biarkan sejuk.

TIPS:  Tambahkan sedikit pewarna merah untuk mendapatkan warna yang menarik


9) Bila meringue sudah masak, biarkan ia sejuk di dalam oven dengan pintu oven sedikit terbuka.


10) Meringue yang dibakar sempurna dan disejukkan. Rangup dan garing di luar, lembut dan lembap di dalam. Ia juga mudah dipisahkan dari baking paper.

TIPS: Berhati-hati ketika memindahkan meringue dari baking tray ke atas serving plate. It is so fragile!


11) Tuangkan whipped cream di atas meringue.

Making the Whipped Cream

Pukul cream menggunakan electric hand whisk bersama 1tbsp icing sugar.  Kami nasihatkan jangan guna stand sebab nak pukul cream nie sensitive sket. Terlebih 1 second pun cream will separate dan tak cantik.

TIPS: Pastikan cream sejuk. Simpan whisker & whisk bowl dalam fridge supaya whipping  process lebih mudah dan cepat. 


12) Tuangkan berry syrup di atas cream.
13) Hias dengan buah-buahan pilihan.

TIPS: Meringue adalah manis, jadi gabungkan rasa manis itu dengan pilihan buah-buahan yang kurang manis atau sedikit masam, baru rasanya seimbang. Sebab itu selalunya buah-buahan yang menjadi pilihan  untuk menghiasi Pavlova adalah seperti strawberry, kiwi dan passion fruit.


Tara!!! Pavlova sudah siap...nyummm..nyummmmm


Rupa menawan dan menggoda, rasanya hebat dan sungguh mempersona.....weeeeeeee
Rangup di bibir, dan mencair manis di dalam mulut....heheeee...gulp!


Sebaiknya, Pavlova harus dinikmati dalam tempoh 30minit selepas disediakan. Sebab, jika terlalu lama dibiarkan, Pavlova akan menjadi lembik kerana meringue akan menyerap cream dan air dari buah-buahan. Rasanya akan menjadi kurang enak.


Seriously serious....Pavlova yang terhasil dengan ayaq tangan kami di dapur kami ini sangat super hebat!!! Tapi kami rasa lar kan....kalo Pavlova kat dapur cikjah, ayaq tangan cikjah... lagi hebat kott....  ^___^