.

.

Dec 7, 2013


Do you like pickles? I do.

Menjeruk ataupun pickling is a method of preserving food so that it can be stored and consumed for a longer period.
Maklumlah, orang dulu-dulu blum ada peti sejuk. Untuk mengelakkan pembaziran, sesuatu makanan itu disimpan dengan pelbagai kaedah seperti mengering, menyalai, menjeruk dan ada jugak yang dibuat jem.

Dalam banyak-banyak tu, paling senang ialah menjeruk. Terdapat pelbagai cara dan resepi untuk membuat jeruk. Kami buat jeruk simple-simple saja. Buat pun dalam kuantiti yang sederhana. Cukup sekadar untuk jadi appertizer ataupun bahan perasa tambahan dalam masakan.
Jeruk memang sedap dan sesuai dijadikan sebagai pembuka selera. Ummmpphh!


Antara koleksi jeruk kami --- jeruk timun, jeruk bunga kobis dan jeruk cabai melaka.
Slurpp!!! mouth watering tengok these jars...owh my!


Bahan:

1 jambak bunga kobis - potong kecil
1 cawan gula
5 cawan air [air mineral/air masak]
1 cawan cuka epal / apple cider vinegar
3tsp garam
Air untuk didih dan celur

Cara: 

1. Masak air hingga mendidih.
2. Celur bunga kobis 30-45 saat. Tos.
3. Rendam bunga kobis di dalam air sejuk atau air yang ditambah ketulan ais selama 10-15 minit. Tos
4. Di dalam bekas satukan air, cuka, gula dan garam. Kacau sebati.
5. Susun bunga kobis di dalam balang kaca dan tuangkan bancuhan cuka. Simpan di dalam peti sejuk. Sedia dinikmati selepas 24 jam.

Ini adalah pertama kali kami buat pickle menggunakan apple cider vinegar. Rasanya amat berbeza dari cuka biasa. Apple cider memberikan sedikit rasa manis dan aroma fruity kepada jeruk dan pada kami rasanya agak kuat dan ia hampir mengambil rasa asal bahan utama yang dijeruk. Namun begitu jeruk yang dihasilkan masih sedap. Jeruk bunga kobis ini sangat rangup walopun disimpan dalam tempoh yang lama. Lagi lama lagi sedap.

Untuk kepelbagaian, cikjah boleh juga gantikan bunga kobis dengan timun, bawang merah, cili padi, broccoli, carrot dan sebagainya.


Makan nasi beriani dengan jeruk sayuran...uh! memang terangkat!


Dec 3, 2013


Kami suka suka suka suka suka makan sayur! Weeeeeeee
Alhamdulillah kami happy sangat sebab dari kecik kami dididik dan dimanjakan oleh ayah dan mak dengan sayuran. Tambah pulak dok di kampung...keliling rumah mak rajin cucuk tanam. Ulaman segar petik blakang rumah saja... best sangat. Mungkin di atas faktor itulah, kami suka makan sayur. Tak lengkap rasanya kalo makan nasi tanpa sayur mahupun ulaman segar.
Cuma kami kesian kepada anak-anak kita zaman sekarang. Kurang minat makan sayur. Tak tahulah di mana silapnya. Cuma kami percaya jika kita menyemai minat serta memberi galakan kepada anak-anak supaya suka makan sayur dari kecil, insyaAllah...anak-anak akan gemar makan sayur. Jika ibu atau bapa tak makan sayur, janganlah dijadikan alasan untuk kita tidak menggalakkan anak-anak makan sayur. Cukuplah satu generasi tak makan sayur, ajarlah generasi baru cikjah makan sayur.

Mungkin susah untuk memupuk minat anak-anak, tapi cuba lah pelbagai pendekatan dan teknik. Teknik paling mudah dan dekat di jiwa anak-anak ialah tunjukkan kepada anak-anak bahawa ibu bapa suka dan gemar makan sayur. Pastikan setiap hidangan makan di rumah ada satu atau lebih menu sayur.

Selain itu, ajar anak-anak mengenali tumbuhan terutamanya tumbuhan seperti sayuran atau ulaman yang boleh dimakan. Paling best ajaklah anak-anak berkebun bersama di rumah. Pasti seronok. 
Cikjah juga boleh luangkan masa bersama anak-anak menonton tv, membaca buku atau membuat kajian ringkas di internet mengenai kepelbagaian tumbuhan serta sayuran. Berikan mereka lebih ilmu mengenai sayuran yang boleh dimakan. Kembangkan minda mereka dengan khasiat serta kebaikkan sesuatu jenis sayuran. Latih mereka secara teori dan uji mereka secara praktikal. Sayuran kaya dengan kebaikkan dan hebat dengan pelbagai rasa. Cubalah.
Wahh! Panjang pula intro kami pasal sayur. Sebenarnya nak citer resepi sayur goreng Akar Teratai dan Broccoli saja...hahaaa

Kami juga suka mencuba pelbagai jenis sayuran terutamanya sayuran yang bukan hidangan kebiasaan masyarakat Melayu. Kami gemar makanan Cina. Hari nie kami nak kongsi menu lazat berasaskan lotus root atau akar teratai. Lotus root mempunyai rasa seperti kacang. Lemak, tawar dan rangup. 

Cara menyediakan akar teratai ialah cikjah mesti kupas kulit luar akar teratai yang keras. Kemudian cuci bersih dan potong nipis. Untuk mengelakkan akar teratai menjadi lebam [seperti epal], rendam akar teratai di dalam air yang dicampur sedikit cuka. Tos dan sedia dimasak.
Akar teratai jugak agak sedikit keras dan mengambil masa yan lama untuk dimasak. Oleh itu, cikjah boleh rebus/celur seketika sebelum digoreng.



Bahan:

1-2 batang kecil lotus root/akar teratai
1 jambak broccoli
1 batang carrot
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit udang kering [optional]
2 biji cili padi merah
1 tbsp sos ikan
1 tbsp sos tiram
1 tsp serbuk perencah ayam
Garam
Gula

Cara:

1. Rebus/celur akar teratai di dalam air panas selama 2 - 4 minit. Tos.
2. Tumis bawang merah, bawang putih dan udang kering hingga kekuningan.
3. Masukkan akar teratai dan carrot. Goreng seketika 3 - 5 minit.
4. Masukkan broccoli dan cili padi. Satukan sos ikan, sos tiram dan serbuk perencah. Kacau sebati kemudian masukkan ke dalam kuali.
5. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Goreng mesra selama 3 minit dan siap.



Dec 2, 2013


R.E.C.Y.C.L.E. I am kind of falling in love with this word. It is such an amazing letters combine together and carry a super fabulous meaning.

Kami bermula hanya secara kecil-kecilan dengan mengumpul unused recycleable household items. Botol sos, botol kicap, botol sampu, botol minyak malah kotak ubat gigi pun kami simpan untuk di kitar semula. Paling banyak ialah botol air sebab air mineral ialah minuman harian kami di rumah [jangan bagitau mak kami malas jerang ayaq! hahaa].

Tips penting dari kami ialah simpan bahan-bahan kitar semula secara teratur dan bersih. Takut plak nanti cikjah jadi penyimpan dan penternak lipas berjaya jika persekitaran tempat simpanan tak bersih dan terjaga. Kami akan basuh dahulu botol sos, kicap, dan seumpamanya sebelum disimpan. Tak payah sabun-sabun. Just kocak-kacak dengan air dan keringkan. Ini penting supaya tempat simpanan tak berbau dan kemungkinan berlaku tumpahan dan menyebabkan kekotoran.

Tin dan botol yang dicuci terlebih dahulu sebelum di simpan.

Sebagai contoh, kotak atau botol susu segar mestilah dibuang sisa susu jika berbaki dan kocak dengan air. Kalo dak, bau basi satu rumah kot. Erkk! Ingat cikjah, kebersihan itu sangat penting :)


Kami perasan ada setengah cikjah dok collect surat khabar lama pastu dok biaq bertimbun atas rak kasut depan rumah atau di laman belakang rumah. Punya dok timbun sampai surat khabar pun dah bertukar warna jadi kuning keperangan. Tak tersusun kemas plak tu. Datang kucing atau hanjeng carik-carik, pipi or pupu kat surat khabar tu. Telur lipas tak payah cakap lah, boleh kutip tanam pokok lipas....Eiii Yuck! hehee


Letak depan rumah pun satu hal. Rumah lawa, tapi surat khabar lama bertimbun kat pintu masuk...Aishhh...leceh lar cikjah. Cer susun, ikat atau masuk kotak elok-elok. Mesti nampak kemas dan tak mencacatkan pandangan mata serta persekitaran rumah cikjah.


Bila kuantiti simpanan bahan kitar semula dah banyak, baru kami hantar ke recycling center berhampiran. Kami rancang trip penghantaran supaya kami tidak membazir masa, tenaga dan petrol...Aiceh! Takkan nak pi hantar tiap-tiap minggu plak kan, kami bukan tahap restaurant besar hari-hari produce sampah...hehee.


Kami hantar recycle items kami for charity to NGO body. Sambil hantar tu kami tolong buat kerja sukarelawan sket-sket.  Paling kami suka penyet botol plastik. Bleh lepas geram skali...hahaa


Satu karung guni putih itu ialah hasil koleksi botol air minuman kami. Banyak kan? Itupun setelah botol-botok itu dipenyet supaya dapat memberi lebih ruang simpanan.


Antara volunteers yang datang untuk kerja-kerja mengasingkan bahan kitar semula yang dihantar oleh orang ramai. Ini seksyen kertas dan kadbod. Kami kat seksyen botol plastic dan kaca.


Selain kitar semula bahan-bahan kegunaan rumah, kami menyeru cikjah semua supaya marilah kita guna recycle bags ketika membeli belah terutamanya ketika beli barang dapur. Alhamdulillah, kini kami sudah terbiasa jika keluar sopping mesti bawa recycle bags. Bukan saja dapat elakkan penggunaan beg plastik malah barang yang dibeli pun mudah nak bawa. Cubalah.



Kepada cikjah sekalian, marilah kita sama-sama menanam minat serta mengamalkan kitar semula. InsyaAllah cikjah akan rasa berbangga dengan diri cikjah. Walopun mungkin kecil sumbangannya, tapi sekurang-kurangnya kita telah melakukan sesuatu daripada mereka yang tidak melakukan apa-apa. Jom kitar semula!


Nov 18, 2013


Al-kesah, kami dan kawan-kawan riang telah merancang a BBQ gathering di tepi pantai. 
Wahhh!!! sedap nie bakar-bakar ayam, daging, sotong, udang, kerang....Gulp! 

Kalo ada gathering atau makan-makan, kami suka bawa makanan buat tambah-tambah menu walopun ini bukan potluck gathering. Pulun kami dok pikiaq apa kami nak bawa. Makanan yang sesuai dengan tema BBQ. 

Pikiaq punya pikiaq...Haa!! time nie lar kami nak promote healthy and balance eating.  Selalunya kalo during BBQ cikjah mesti banyak makan daging dan seafood kan. Jadi, untuk menghindarkan rasa bersalah sebab makan [kolestrol dan lemak] berlebihan, rancang hidangan seimbang dan sihat...Aiceh!



Maka, kami decided untuk buat dan bawa Chickpeas Salad dan Hummus served with vegetables.


Kami pun soppin salad satu bag!

Cikjah pernah dengar Hummus? Ia adalah sejenis starter menu Arab. Lepas nie, cikjah dah tak payah pi restaurant Arab kalo nak makan Hummus. Let's making Hummus in your very own kitchen. It's amazingly healthy, easy and delicious recipe. Jom!

Selalunya Hummus disediakan menggunakan food processor kerana ia lebih mudah. Namun, menyediakan Hummus menggunakan blender bukanlah mustahil. I made mine with blender. 
Jika menggunakan blender, adjust/masukkan air sedikit demi sedikit hingga blender dapat berputar. Boleh juga tambah olive oil jika suka. Hummus adalah sejenis hidangan berstruktur pekat.
 



Ingredients:
[Ini adalah anggaran sukatan. Cikjah bleh adjust kuantiti bahan mengikut citarasa sendiri]

5 cups kacang kuda [rendam semalaman dan rebus hingga empuk]
2-3 tbsp tahini paste
2 ulas bawang putih [tumbuk/sagat halus]
Lemon juice from 2 lemon [terpulang pada citarasa]
Minyak zaitun
Air masak/mineral [optional]
Garam





What is Tahini paste anyway? Ahaa! Tahini adalah sejenis paste yang diperbuat daripada biji bijan. Jangan risau sebab mungkin susah nak jumpa Tahini paste di Malaysia...so, kita buat Tahini paste sendiri. Tring!

Cara membuat Tahini paste:


Toast biji bijan di dalam oven atau di dalam frying pan [tanpa minyak] selama 8-10 minit. Biji bijan haruslah berwarna kuning muda. Jangan sampai hitam.

Kemudian, kisar biji bijan bersama sedikit olive oil/vege oil di dalam food processor/dry blender selama 1-2 minit sehingga ia menjadi paste. Tahini paste siap dan sedia diguna.




Cara:

1. Masukkan kacang kuda, tahini paste, lemon juice, bawang putih, olive oil, garam [dan sedikit air jika menggunakan blender] ke dalam food processor/blender. Kisar hingga ia menjadi halus dan paste pekat. Jika paste terlalu pekat, adjust/tambah olive oil [atau  air jika menggunakan blender. Boleh juga tambah olive oil jika suka].

Adjust rasa hummus dengan menambah garam atau lemon juice hingga mencapai tahap yang digemari. 


Hidangkan hummus di dalam mangkuk. Tuangkan olive oil, sprinkle sedikit serbuk paprika dan Italian Parsley sebagai hiasan. Siap!



Hummus enak dinikmati bersama roti pita, sayuran/salad dan juga di dalam sandwich. Hummus mestilah di simpan di dalam peti sejuk dan secara asas, ia boleh tahan sehingga 4-5 hari.



Antara salad/letucce pilihan kami untuk dimakan bersama Hummus ialah helaian pucuk Yaw Mak Tam.



Helaian luar Yaw Mak Tam kami gunakan untuk chickpeas salad.

Personally, kami sangat gembira dan teruja sebab salad dan hummus kami mendapat sambutan hangat hingga habes! Hasrat hati kami untuk promote balance and healthy eating while BBQ-ing sangat sangat menjadi. Yippiee!!! Rata-rata kawan-kawan kami yang baru pertama kali makan Hummus sangat menggemarinya. Paling teruja, mana yang tak makan sayur pun makan sayur! Yeyyy!!!



Bersemangat cikjah di dapur. Kami siap bawa bowls and plates sendiri supaya kualiti presentasi terpelihara...hehee



Keterujaan kami melompat setahap lebih tinggi bila we all bagi sket makanan pada malam tu kepada Mr Admin of the bungalow yang we all stay. He is foreigner. Tak taw nak cakap bangsa apa [takkan nak tanya kot kan]. Nampak macam arab, tapi sket-sket ada iras bangladesh..hahaa. Tapi all conversation was in English. 

The next morning bila kawan kami pi request late check out, terus Mr Admin cakap Hummus tu sedap. Dia kata jarang orang Malaysia nak buat Hummus. Wah!! kembang...heheee

Later, bila kawan kami pi check out, lagi skali Mr Admin tanya sapa nama yang buat Hummus tu?
Aww!!
Mueheheee...




Banyak makan daging pun tak rasa bersalah sebab diseimbangi dengan sayuran segar dan sihat. Aiceh!

Menu BBQ super-lazat!









Tengah-tengah dok buat api BBQ tu kan...tetiba datang stray cat comel. Nyanyi meow-meoww macam kat dalam redbox...hahaaa. Kesian plak kat kucin nie... kami pun bagi lar dia makan bekal whiskas pouch yang sentiasa ada dalam keta kami tu.




Sekejap jar cik kucin makan. Habis licin. Lepas tu cik kucin pun sambung jalan-jalan lagi...bye cik kucen!



Okay bye! kami nak pi beach...


Nov 14, 2013


Ini adalah antara masakan kegemaran kami masa kecik. Kami suka sebab aroma wangi yang terhasil dari gabungan bawang, cili kering dan belacan apabila ditumbuk bersama. Memang membuka selera. Cara penyediaan pun mudah.

Personally, kami rasa ini adalah labu masak lemak cili padi versi Kedah. Orang Kedah memang jarang masak atau makan masak lemak cili padi sebab orang Kedah makan gulai! hahaaa.
Hence, orang Kedah telah meng-olah sedikit resepi ini  mengikut citarasa setempat. Untuk resepi ini, cili kering digunakan bagi menggantikan cili padi segar. Even, di setengah kawasan di Kedah, sambal belacan pun ada yang buat guna cili kering. Tererr kan? hehee

Bahan: 

1/4 labu
5-6 tangkai cili kering -buang biji dan rebus
3 ulas bawang merah
Sedikit kunyit segar
Sedikit belacan
Sedikit udang kering -rendam
Santan
Garam
Gula


Cara:

1) Tumbuk cili kering, bawang, udang kering dan belacan hingga lumat.
2) Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk bersama labu dan sedikit santan. Renehkan hingga labu separuh empuk. Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
3) Masukkan baki santan dan siap bila labu sudah empuk.


Mudah kan? Tapi memang sedap.

Selingan


These are fried Mullet fish atau pun Ikan Belanak.
Orang kata ikan nie sedap. Isinya lemak dan manis.... Erkkk! tapi kami tak rasa kami suka ikan nie. Dia ada rasa macam ikan sungai sket walopun ikan ini adalah ikan laut. Ikan belanak [bukan belacak okay! hahaa] adalah ikan yang suka bermain di pinggir pantai dan banyak sisik. First time kami siang ikan Belanak dan baru taw betapa kepala ikan ini sangat keras. Sorry...kami bukan fan of ikan belanak...Ahaks! Kami makan sket, the rest kami derma kepada encik kucing lorong blakang rumah. Gembira lar encik kucing lompat-lompat!


Ini pula mengikut kakak yang menjual adalah Ikan Kekek kering. Tak ada bau atau apa-apa rasa. Sedap dan ranggup krup-krup! Untuk lebih rasa mengancam kami hidangkan bersama cili padi kering goreng. Gulp!


Gulai ketam dan nenas....owh tidak!!!
Al-kesah walopun dah malam, kami tetap dok tumis gulai [gulai di hatiku] ...hahaa


This express vege menu memang tak pernah fail!
Kalo kami takdak stok sayur dalam fridge, kami akan tumis sayur nie. Mengancam dan lazat!
Kentang + kobis tumis cilipadi, bawang dengan secubit belacan ...fuhh!!! terangkat abaq mai...hehee

Banyak makan jangan lupa senaman okay! Tringg!!



My photo
Malaysia
I don't remember a witch ...but there was a black adorable cat who sat down beside me and told me that "I'm a cat who has strong legs, beautiful heart and the ♥ of thrills, I like to climb things - including hills. I ♥ pink and I ♥ cat and again the black cat told me that I'm a lovely friendly Pienkcat"