Al-kesah, kami dan kawan-kawan riang telah merancang a BBQ gathering di tepi pantai.
Wahhh!!! sedap nie bakar-bakar ayam, daging, sotong, udang, kerang....Gulp!
Kalo ada gathering atau makan-makan, kami suka bawa makanan buat tambah-tambah menu walopun ini bukan potluck gathering. Pulun kami dok pikiaq apa kami nak bawa. Makanan yang sesuai dengan tema BBQ.
Pikiaq punya pikiaq...Haa!! time nie lar kami nak promote healthy and balance eating. Selalunya kalo during BBQ cikjah mesti banyak makan daging dan seafood kan. Jadi, untuk menghindarkan rasa bersalah sebab makan [kolestrol dan lemak] berlebihan, rancang hidangan seimbang dan sihat...Aiceh!
Maka, kami decided untuk buat dan bawa Chickpeas Salad dan Hummus served with vegetables.
Kami pun soppin salad satu bag!
Cikjah pernah dengar Hummus? Ia adalah sejenis starter menu Arab. Lepas nie, cikjah dah tak payah pi restaurant Arab kalo nak makan Hummus. Let's making Hummus in your very own kitchen. It's amazingly healthy, easy and delicious recipe. Jom!
Selalunya Hummus disediakan menggunakan food processor kerana ia lebih mudah. Namun, menyediakan Hummus menggunakan blender bukanlah mustahil. I made mine with blender.
Jika menggunakan blender, adjust/masukkan air sedikit demi sedikit hingga blender dapat berputar. Boleh juga tambah olive oil jika suka. Hummus adalah sejenis hidangan berstruktur pekat.
Ingredients:
[Ini adalah anggaran sukatan. Cikjah bleh adjust kuantiti bahan mengikut citarasa sendiri]
5 cups kacang kuda [rendam semalaman dan rebus hingga empuk]
2-3 tbsp tahini paste
2 ulas bawang putih [tumbuk/sagat halus]
Lemon juice from 2 lemon [terpulang pada citarasa]
Minyak zaitun
Air masak/mineral [optional]
Garam
What is Tahini paste anyway? Ahaa! Tahini adalah sejenis paste yang diperbuat daripada biji bijan. Jangan risau sebab mungkin susah nak jumpa Tahini paste di Malaysia...so, kita buat Tahini paste sendiri. Tring!
Cara membuat Tahini paste:
Toast biji bijan di dalam oven atau di dalam frying pan [tanpa minyak] selama 8-10 minit. Biji bijan haruslah berwarna kuning muda. Jangan sampai hitam.
Kemudian, kisar biji bijan bersama sedikit olive oil/vege oil di dalam food processor/dry blender selama 1-2 minit sehingga ia menjadi paste. Tahini paste siap dan sedia diguna.
Cara:
1. Masukkan kacang kuda, tahini paste, lemon juice, bawang putih, olive oil, garam [dan sedikit air jika menggunakan blender] ke dalam food processor/blender. Kisar hingga ia menjadi halus dan paste pekat. Jika paste terlalu pekat, adjust/tambah olive oil [atau air jika menggunakan blender. Boleh juga tambah olive oil jika suka].
Adjust rasa hummus dengan menambah garam atau lemon juice hingga mencapai tahap yang digemari.
Hidangkan hummus di dalam mangkuk. Tuangkan olive oil, sprinkle sedikit serbuk paprika dan Italian Parsley sebagai hiasan. Siap!
Hummus enak dinikmati bersama roti pita, sayuran/salad dan juga di dalam sandwich. Hummus mestilah di simpan di dalam peti sejuk dan secara asas, ia boleh tahan sehingga 4-5 hari.
Antara salad/letucce pilihan kami untuk dimakan bersama Hummus ialah helaian pucuk Yaw Mak Tam.
Helaian luar Yaw Mak Tam kami gunakan untuk chickpeas salad.
Personally, kami sangat gembira dan teruja sebab salad dan hummus kami mendapat sambutan hangat hingga habes! Hasrat hati kami untuk promote balance and healthy eating while BBQ-ing sangat sangat menjadi. Yippiee!!! Rata-rata kawan-kawan kami yang baru pertama kali makan Hummus sangat menggemarinya. Paling teruja, mana yang tak makan sayur pun makan sayur! Yeyyy!!!
Bersemangat cikjah di dapur. Kami siap bawa bowls and plates sendiri supaya kualiti presentasi terpelihara...hehee
Keterujaan kami melompat setahap lebih tinggi bila we all bagi sket makanan pada malam tu kepada Mr Admin of the bungalow yang we all stay. He is foreigner. Tak taw nak cakap bangsa apa [takkan nak tanya kot kan]. Nampak macam arab, tapi sket-sket ada iras bangladesh..hahaa. Tapi all conversation was in English.
The next morning bila kawan kami pi request late check out, terus Mr Admin cakap Hummus tu sedap. Dia kata jarang orang Malaysia nak buat Hummus. Wah!! kembang...heheee
Later, bila kawan kami pi check out, lagi skali Mr Admin tanya sapa nama yang buat Hummus tu?
Aww!!
Mueheheee...
Banyak makan daging pun tak rasa bersalah sebab diseimbangi dengan sayuran segar dan sihat. Aiceh!
Menu BBQ super-lazat!
Tengah-tengah dok buat api BBQ tu kan...tetiba datang stray cat comel. Nyanyi meow-meoww macam kat dalam redbox...hahaaa. Kesian plak kat kucin nie... kami pun bagi lar dia makan bekal whiskas pouch yang sentiasa ada dalam keta kami tu.
Sekejap jar cik kucin makan. Habis licin. Lepas tu cik kucin pun sambung jalan-jalan lagi...bye cik kucen!
Okay bye! kami nak pi beach...