Gulai nangka + ayam goreng + lettuce + sambal belacan + brown rice |
Hi Cikjah,
Macam mana progress projek bekaii cikjah? Ada kemajuan? masih bertahan atau sudah berakhir sebab rasa fenat dok masak pepagi? Ahaa!
Projek bekai kami masih bersemangat. Jika di fasa pertama projek bekaii kami adalah tanpa nasi kini kami sudah beralih ke fasa kedua iaitu dengan nasi. Nasi pilihan kami ialah dari beras perang kerana kandungan kanjinya yang sedikit atau kurang berbanding beras putih biasa.
Mengapa? Pertamanya kerana kami mengamalkan rutin senaman secara berkala. Rutin senaman kami ialah high intensity cardio dan disusuli dengan muscle strength & stability iaitu yoga atau TRX. Untuk menjayakan high intensity cardio workout kami memerlukan karbohidrat dalam kadar yang minima. Ia membuatkan rutin senaman kami lebih bertenaga, lebih tumpuan dan sangat bermotivasi.
Stir fried Chayote with beef + brown rice |
Setiap hidangan projek bekaii kami mestilah mengandungi set lengkap iaitu karbohidrat, protein dan serat dari sayuran.
Nasi kami memang dah masak awal-awal untuk stok seminggu [ Boleh refer post yang lepas].
Pada sebelah malam sebelum tidur kami akan sediakan bahan-bahan untuk dimasak esok pagi. Masukkan ke dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk.
Setiap pagi kami hanya masak lauk dan sayur sahaja. Kurang 30 minit cukup untuk menyiapkan sumernya.
Ayam kicap + tempe goreng + lettuce + brown rice |
Jika tidak cukup masa, kami opted to have salad atau ulaman sebagai pengganti menu sayur.
Bubur nasi ayam & karot + bilis, bawang & cili goreng + daun sup & daun bawang |
Ayam kicap + stir fried kailan + brown rice + tempe goreng |
Stir fried cabbage with beef + Masala fried fish + brown rice |
Fried chicken + sayur bayam + rempeyek + brown rice |
Untuk rekod, sudah dua minggu kami tak buka purse untuk kluarkan duit berbelanja. Bukan saja rasa amat sihat dapat makan nasi sedap malah sangat jimat.