Pagi sebelum nak pegi kerja, sempat tukang kebun petik pegaga air dalam pasu untuk bawa bekal. Tak sempat goreng sayur, tukang kebun gantikan saja dengan ulaman segar. Bukan main saiz pegaga air tukang kebun nie...demok gedempol! Boleh buat hand bouquet.


Panjang dari bahagian akar ke hujung daun melebihi 12 inci. Amboi! baja apa yang tukang kebun guna nie? Ahaks!

Tukang kebun guna baja hijau untuk pertumbuhan saja. Maybe cik pegaga air rasa happy kot sebab tu ia tumbuh gumbira.


Dari pengalaman tukang kebun, batang pegaga air yang bersaiz besar macam nie rasanya manis. Berbanding dengan batang pegaga air yang bersaiz kecil, rasanya sedikit pahit.


Haaaaa tudia! cer tengok....cer tengok... hebat betul tukang kebun...ada bela lebah untuk madu jugak di taman sari.

Aiyoyoo! Lebah nie kan....menakutkan lah...menggelikan pun ada. Berapa ribu dok kerumun kat hive tu...rasa ringan jar tangan nie nak amik batu baling kat situ pastu larik!....Ahaks!

Sebenarnya, ini ialah lebah liar yang datang berumah di taman sari tukang kebun. Dah 4-5 bulan dah. Selalunya, lebah bersarang sekejap pastu pindah, tapi hat nie takmo pindah. Sewa murah kar?

Bila tukang kebun siram pokok, terkena jugak lar percikan air kat rumah lebah tu, tapi dia orang buat derkkk saja. Takpalah, nanti tukang kebun asapkan pastu bleh harvest madu asli...heheee
Meanwhile, cik lebah sekalian, dok diam-diam jangan dok ketit tukang kebun okay.