...sambung lagi cikjah...hehee
Aiyo!! santeknya!! Subhanallah.

Sebelum tu suka kami nak ingatkan cikjah bahawasanya bila depa dok pomot datang lar Krabi - Krabi best. Laut santek sangat. Hurmm!
Sebenarnya Krabi tak best - pekan koboi, yang best is Ao Nang - a beach town located 20 minit drive from Krabi dan pantai Ao Nang mahupun Nopparattara taklah santek dan best sangat. Yang depa dok pomot dan tepek gambar pulun tu sebenarnya pantai di pulau-pulau berhampiran Ao Nang which is 10 minit, 20 minit or 45 minit boat ride. Harap maklum.

Kami memang sedia maklum pasal hal nie sebab sama lar situasi-nya bila kami pi Pattaya & Koh Samui. Sama macam pi Tanjung Jara at Terengganu - beachnya biasa saja tapi bila pi Perhentian....owh my! ternganga mulut tengok ayaq biru piang! hahaaa


Kalo ke Ao Nang, aktiviti wajib ialah speedboat tour. There are many tour packages available from thousands of tour agent offices located at Ao Nang. Cikjah bleh pilih nak naik speedboat atau longtail boat. Kalo longtail boat lebih murah dah boleh pergi ke destinasi pulau berdekatan saja.


Antara tour pakej yang glamer ialah Phi Phi island. Bermula seawal jam 8am [pick up from hotel] dan berakhir jam 4pm. Harganya RM120 termasuk halal buffet lunch.

Tour pakej lain seperti 4 Island pun best jugak. With speedboat including lunch cuma RM110 manakala kalo dengan longtail boat cuma RM50. Selain tu ada jugak pakej berbasikal, kayak di kuala sungai, jungle trekking dan etc.


Ada banyak tour agents tapi at the end hanya beberapa big group speedboat tour operators. Cikjah beli pakej kat kedai A, kami beli pakej kat kedai B, bangjohn beli pakej kat kedai C, akhirnya bertemu jua kita sumer di bawah satu tour operator. Tour kami that day was under this operator. Bagus jugak. English speaking guide, friendly dan cekap.


Kami opted for Phi Phi island speedboat tour. Hentian pertama kami ialah Railay Island to pick up a few other passengers yang check-in di sana.


Railay island cantik. Terdapat hotel, resort dan restaurant di sini. Boleh check-in di sini jika mahukan pantai yang lebih cantik berbanding Ao Nang.


Antara barangan yang harus dan logik dibawa untuk speedboat tour ialah:
  1. Pakaian mandi [pakai siap-siap. Kalo nak fesen show, cover dengan beach wear di luar. Pasti anggun bergaya. Aiceh!]
  2. Sunblock
  3. Towel
  4. Tikar lipat [bleh buat alas duduk kat tepi pantai. Senang nak golek, baring & etc]. Tikar banyak dijual di Ao Nang. Harga sekitar RM12-RM15, or else bawa lar sendiri.
  5. Beach hat
  6. Sunglasses
  7. Inflatable water mattress/pelampung. Kalo taknak snorkeling , bleh baring-baring tengah laut. Tapi jangan tiup dulu. Dah sampai laut nanti baru tiup okay...hehee
  8. Water resistance bag/beg plastik. Supaya beg dan barang-barang dalam beg tak basah. Although beg ditinggalkan di dalam boat, tapi cikjah dan tetamu yang lain memang basah kuyup bila naik bot, so chances untuk beg dan barang-barang peribadi basah is very high.
  9. Payung -jangan segan atau malu nak bawa payung lipat. Kat pantai memang panas lit-lit. Tak salah nak berpayung.
  10. Jajan/snack. Boleh kunyah-kunyah atau picnic tepi pantai. Air tak perlu sebab complimentary dalam package.
Selain itu, mengikut pengalaman kami adalah selamat jika cikjah bawa duit/camera/handphone sewaktu tour ini. Namun begitu, barangan peribadi dan berharga adalah tanggungjawab cikjah sepenuhnya.


Hentian rasmi pertama ialah Bambo island.
Sumpah santek!!! Astounding beach.




White pristine sandy beach. Di sini kami diberikan masa selama 40 minit untuk mandi-manda. Yeyyy!!


Hangat cikjah....abes hitam rentung kulit gebu nie...Ahaks!


Kemudian, on the way to Maya Bay we all singgah jap kat Viking Cave. Besa-besa jar tengok gua. Jeling-jeling sambil lalu jar...hahaa


Later, we all menuju ke Phi Phi Leh lagoon. Tak stop pun, cuma speedboat buat u-turn sekitar lagoon. Amazing breathtaking view!








Lepas tu pegi pulak ke Maya Bay. Depa dok jual Maya Bay sebab ia adalah lokasi penggambaran filem The Beach lakonan Leonardo Dicaprio.  Tapi kami tak kesah pun sebab kami meluat tengok citer The Beach tu. Saiko! Macam mereng jar citer tu....Euuww!


Ha tudia!! Subhanallah santek the beach.


Kat Maya Beach nie kami diberikan masa 40 minit jugak untuk lompat-lompat dalam air masin.


Tudia! ramainya orang. Pantai kat sini kecik saja sebab tu nampak crowded.


Disamping tu, banyak sangat speedboat tour dok parking kat tepi pantai. Smoga terpeliharalah keindahan semulajadi tempat nie untuk jangka masa yang lama. Takut plak kerana mengejar wang ringgit, alam semulajadi terabai.



In between tour, ada dua kali snorkeling stop. Pakat pakai life jacket terjun snorkling. Safety is on your own. Giles best!





Lebih kurang pukul 12pm lebih we all stopped for lunch. Yeyy!!!
Lapaq cikjah sebab fenat dok lompat dalam air...hehee


Kat pulau nie ada satu restaurant [more like a dining hall] yang sangat luas. Selesa, bersih serta mampu menampung ratusan pelancong for lunch at a same time. Waktu group we all sampai sini dah kira agak lewat. Taktawlah, maybe kapten  bawa boat slow kot. Ahaks! Dah ramai orang lain dok makan. Tapi buffet selesa dan cukup. Tak perlu berebut-rebut cuma kena jaga adab cara berbuffet saja.






Makanan tak mewah sangat tapi sedap and complete. Kami suka nasi beras siam yang sebiji-biji butirannya. Best!


Juga terdapat kedai cenderamata.
Masa yang diberikan for lunch agak lama. 1 jam lebih rasanya. Lepas makan bleh jalan-jalan dan relax sat kat pulau nie. 

Sebelum mengakhiri speedboat tour, we all diberi santapan buah-buahan segar lazat serta kek di atas boat. Memang pengalaman menarik dan sangat berpuas hati.


Tidaklah terpikir pulak kami macam mana nak balik hotel selepas abes tour. Dalam pakej ada free pick up at hotel. Balik macam mana??? hahaaaaa
Pier untuk speedboat tour nie jauh jugak dari Ao Nang. Nun di hujung pantai Nopparattara.
Balik sendirian berhad cikjah. Pusing kiri kanan tak nampak pun tuk-tuk, motor taxi or bus....aiseh! Jalan kaki sekerat jalan baru jumpa motor taxi balik ke hotel. RM12...mahai kan.


Balik hotel mandi-manda dan rehat sat. Petang kami kluar rempit plak ke kawasan sekitar Ao Nang.
Kami pegi Ao Nang Walking Street. yang terletak sangat dekat dengan Miti Hotel. Actually macam pasar malam saja. Tapi untuk nilai commercial dan mengaburi mata cikjah, istilah walking street skali lagi dimanipulasi. 

Kami suka this walking street sebab banyak makanan halal. Bleh beli dan makan apa saja. 



Kami jatuh chenta dengan Thai Laksa.


Cara penyediaan dan persembahan Thai Laksa di sini sangat unik dan menyelerakan. Biasa juga kami makan Thai Laksa original orang Thai jual di KL tapi takdal pulak daun setalam macam nie. Laksa pun kosong saja. Tapi kat Ao Nang nie, fuh! tabik springggggg!!!
Tak lokek dengan ulaman. Kami sangat sangat sangat suka!




Mini crepe


Fried quail eggs


Freshly squeezed jus limau. Ada dua jenis. Ice blended atau juice. RM2 saja. Sangat sangat sedap. Kalo kat Bali, Jakarta or Bandung ini namanya Es Jeruk. Sedap bangat. Bukan limau sunkist, tapi orang Kedah panggil limau siam. Sebelum kenai limau sunkist, kami kenai limau siam nie dulu. Maklumlah Kedah kan dekat dengan Thailand, banyak buah-buahan dari Thailand masuk Kedah. Sebab tu bleh jual murah-murah. Kalo musim buah mata kucing...sumer peniaga jual buah mata kucing kat pekan sehari...hahaa


Owh! Somtam idaman kalbu. Memang hajat kami nak makan somtam sampai sini. Kami nak makan local delicacies. Asli sedap. RM5/bowl.


Terjumpa kami akan kakak nie kat Ao Nang walking street. Rupanya beliau fasih berbahasa melayu. Citer punya citer rupanya dia penah duduk Malaysia for 16 years. Ikut majikan jual somtam kat pasar malam. Punyalah lama sangat sampai visa dia dah tak leh renew, Maka, beliau pulang ke Ao Nang menjual somtam yang sangat lazat. Harus cuba cikjah. Somtam kakak nie sangat sedap dan bersih.

Ramah kakak nie hinggakan dia offer kami daun basil tanam sendiri jualannya for free. Kami menolak secara baik sebab kami dok hotel dan tak masak. Dalam hati tergedik-gedik nak hamik, tapi hiap! jangan tamak. We all siap tukar tips cara-cara nak bagi pokok basil demok...hahaaa


This is Ao Nang Walking Street. Ini baru original walking street. Deretan beach front shops yang sangat happening pada waktu malam.


Juga dibuka pada waktu siang tapi malam lagi best. Kami suka naik motor round-round keliling Ao Nang hingga Nopparattara beach.




Jeng! Jengg!! Inilah the famous pancake. Orang kata kalo datang Ao Nang wajib mencuba pancake.
First time kami makan pancake masa kat Koh Samui many years back. Memang sedap. Pada kami sedap lagi pancake Koh Samui.

Rupa dan rasa adalah sama tapi mungkin skill dan air tangan sedikit berbeda. Pancake nie macam roti canai Malaysia saja. Adunan tepung sama macam roti canai tapi ditebar lebih nipis, hanya satu layer dan digoreng dengan butter. Sebab tu kulit pancake sangat crispy.


My favourite always banana nutella. Kat dalam isi pisang dan kat atas disapu nutella. Yumm!
Harganya RM4.


Di sini, siang malam makan pancake dan paling  menarik kami mencuba pelbagai makanan asli tempatan yang super lazat. What a heart stopping calories! Pheww!!


Setelah beberapa hari di bumi Siam, kami craving for kopi Malaysia. Sambil round-round naik moto kami ternampak berhampiran hotel ada sebuah stall tepi jalan jual teh tarik! teruja!! Terasa seperti di Malaysia. Kami pun order kopi tarik. Di sini, kalo cikjah order minuman, akan diletakkan 1 teko teh kosong panas tanpa gula for compliments sebagai pembasuh mulut selepas minum kopi atau sebagainya. Di sini, pertama kali kami minum teh pandan. Sedap dan wangi.

Kalo kat Malaysia, minta ayaq kosong pun kena bayaq 2 kupang atau 5 kupang. Uh!


Ada awek siam segak teman kami minum kopi di malam hari. You are so gojes!

Untuk makluman cikjah, di sini terdapat Ao Nang beach dan Nopparattara beach. Keduanya terletak bersebelahan. Ao Nang beach lebih popular kerana terletak berhampiran pekan dan segala kedai. Namun, Nopparattara beach lebih cantik and less crowded.


This is Nopparatara beach di waktu pagi. Low tide.


This is Ao Nang beach di waktu pagi.



Bila petang kami akan lepak di Ao Nang beach sekitar jam 6pm untuk menikmati sunset.


Subhanallah cantik!



Sempat juga kami ronda-ronda masuk kampung. 


Tak jauh dari Miti hotel, terdapat sebuah homestay yang sangat cute dan nampak bersih.



This is Ao Nang town.




Longtail boat untuk ke Railay island atau pulau-pulau berhampiran like Chicken island, Poda island & etc.



Kaunter tiket longtail boat yang terletak berhampiran balai polis Ao Nang.


Inilah bas dari Krabi town ke Ao Nang. Susah betul kami nak nampak bas nie on weekends, bila weekdays banyak betul lalu lalang depan kami. Tak macam bas kan....heheee


Sakit hati jugak sebab bas nie lah yang sepatutnya kami naik masa mula-mula sampai Krabi dari Hat Yai hari tu. Tambang cuma RM2 - RM3 saja. Tapi takdak satu pun yang lalu dan kami taktaw nak pi bas station Krabi at that time.


Terkejutt bakkk kami bila melihat suasana ini. Toink!
Di setiap sudut pantai Nopparattara penuh dengan penduduk tempatan sepanjang hari minggu. Mereka keluar dan datang picnic bersama keluarga sambil makan bekalan yang dibawa. Penuh dan sangat ramai! Local lebih tertumpu di Nopparattara beach berbanding Ao Nang  beach yang dipenuhi dengan pelancong asing terutamanya mat saleh.


Huishh!! tibalah kita ke bahagian makanan tempatan. Yeyyy!!!
Dari awal lagi kami memang dah plan nak makan macam-macam. Erkk! please don't tell my gym instructor okay. Ahaks! Forget the american breakfast, fish & chips, spaghetti and etc.

Here we go Pulut Ayam! Whewww!!! Pulut siam yang cantik dimakan bersama ayam goreng dan bawang goreng ranggup. Sangat lazat! Ayam goreng-nya sangat sedap dan mempunyai rasa tersendiri. Rasa rempah yang sangat minima namun terserlah. Sumpah sedap! Very cheap. RM3 saja.
Inilah cara orang Ao Nang breakfast. Pulut ayam dan somtam. Huishh! mouth watering.


Ini pulak sarapan pagi yang kami beli dari makcik muslim gerai depan hotel. Again, Thai laksa. Kami memang kagum dengan orang Thai, banyak makan ulaman. Suka!



Satu lagi sarapan hebat Thai. Khao Yam atau nasi ulam. Nasi dah berulam, dapat lagi ulam sampingan. Hebat! RM2 saja. Toink! pengsan.


Nasi ulam di sini hampir sama seperti nasi ulam Kedah. Maklumlah jiran sempadan. Tempias resepi dan memang kami akui, kebanyakkan masakan Kedah adalah menyerupai masakan Thai.


Kopi bungkus yang sedap. Again, kami dapat hot plain water  for free. Kagum kami dengan gaya pemakanan di sini.


Pagi-pagi pun breakfast pancake.


Sumer menu sarapan hebat ini cuma bernilai RM8 saja. Heaven!!!


Satu lagi rahsia kami nak share dengan cikjah. Taraa!!
Di depan jalan utama berhadapan Miti hotel, terdapat satu lagi gerai makcik muslim best. Giles best! Dibuka dari tengahari hingga malam.

Mula-mula sambil lalu kami tak endah sangat sebab nampak macam warung biasa saja. Tapi ada sekali lalu tu kami terpandang setalam ulaman hebat di atas meja. Bukan setalam ulam, malah bertalam-talam.

Makcik nie jual Thai Laksa. Bukan 1 jenis kuah tapi ada 6 jenis kuah!!! Nampak 6 periuk berkilat tu? Ada kuah tuna, ketam, asam dan macam-macam. Kami tanya makcik tu kuah apa yang best dia cakap yang selalu sold out tuna brooth.

Kami tak ragu-ragu makan street food di sini. Majority gerai di sini sangat bersih. Gerai bersih. Cara penyediaan bersih. Cara mempamerkan makanan pun nampak kemas dan menarik.


Inilah ulam setalam. Ia sebenarnya adalah garnishing items untuk Thai Laksa. Ada jeruk maman, jeruk kangkung, jeruk taugeh, jeruk timun, telur rebus dan pelbagai pilihan ulam.


Thai Laksa in tuna brooth. Tak payah potong daun-daun tu. Petik-petik macam nie saja. Sangat teruja! Harganya RM5


Makcik nie pun jual pulut ayam


Pulut ayam with kuah laksa. Menu ciptaan sendiri....hahaaa


Pun ada pakwe ensem datang teman kami makan. You are so ensem bro!


Seperti di Hat Yai, di sini mudah untuk mendapat buah-buahan tropika. Sebelah buah betik cuma RM2. Bukan sepotong okay.


Di hadapan Miti hotel, terdapat sebuah restaurant menarik -- Chaba seafood


Hotel berhampiran Miti. Hasna Palace. Di bawahnya ialah restaurant muslim.


Friend tanghoon at Hasna restaurant. RM6. Sedap!


Kami naik motor sampai  ke Tesco Ao Nang. kalo jalan kaki jauh jugak. Kena naik moto atau motor taxi.



Tersedak bila tengok Colgate Total twin pack just RM10. Ha??!!!
Kat Malaysia berbelas-belas hengget. Shampoo Pantene pun RM10 saja.


Kami memang dok guna Tresemme shampoo dah lama sebelum bertukar ke L'occitane.
400ml shampoo Tresemme cuma RM15! Apa lagi kami pun beli lar. Memang niat nak beli banyak tapi berat nak bawa balik. Kalo direct flight Krabi-KL memang dah beli dah. Owh ya! MAS akan memulakan route baru dari KL-Krabi bermula 3rd February 2014. Tiket tengah promo sekarang. RM360 lebih-lebih saja. Pasti menarik.


1 shampoo + 1 conditioner + 2 colgate total just RM36. what a bargain. Kami tak paham kat kotak Colgate tu tulis apa sebab sumer in Thai. Nak tau jugak, sensitive kar, extra mint ka or regular. Kami bawa ke cashier suruh dia explain tulisan kat kotak tu....hahaaa


Sayur yang menarik. Bau dan rupa seperti pucuk petai. Diikat dengan kulit batang pisang.


Tomato di sini berbeda dengan tomato kita. Sebab tu buat somtam sedap kot nooo...hehee


Water mimosa atau semalu air. Boleh dimakan. Kami penah tengok travel programme, orang Laos masak asam. Macam sedap jar. Gulp!


Kami beli sket-sket barang sebagai buah tangan untuk adinda dan aunty jiran sebelah rumah. Kalo cikjah pegi Hat Yai, jangan lupa beli cili api kering tu. Paket kecik RM3 saja. Best wooo!


Jajan untuk geng bas sekolah


Pemes sangat crispy seaweed tu. Depa kata sedap. Kalo ada geng nak pi siam, memang depa pesan suruh beli. Bila teringat kat depa, kami belikan buat jajan although kami tak brapa suka makan nie.


T-shirt lawa kain berkualiti beli at Ao Nang walking street for my nieces and nephew. RM6/piece [saiz kanak-kanak]. Super cheap! 


Hurmmm...macam mana cikjah? dah khatam ciritera Hat Yai-Krabi kami yang panjang lebar nie? Berjela-jelaa betul nooo...well, harapan kami cuma satu; smoga bermanfaat untuk sumer yang mencari maklumat dan rujukan.  Tapi ini cara holiday kami lah. Explore like a local, eat like a local. Wink!