Cik Jah mesti selalu dah biasa dok beli handbag, kasut, baju, tudung online kan? Dah ter-biasa sangat kan? kann? kannn???....hahaaa

Kami seperti biasa tak suka dan minat sangat dengan online purchase nie. Indah khabar dari rupa dan barang yang dibeli serta diterima mungkin tak setimpal dengan apa yang disangka. Uh!
Tapi ini beda cikjah. Sangat beda. Bukan pembaziran mahupun ketagihan tetapi suatu keperluan. Sesuai untuk cikjah, kakyam yang busy serta tak dak masa nak pi grocery sopping. Like me? heheee

Sejujurnya kami busy [+ lazy]. Bila mengenangkan barang yang nak dibeli tak banyak dan semuanya adalah keperluan asas belaka, maka kami memilih online grocery shopping. Yey!! jimat masa, tenaga dan kekusutan jiwa. Tak perlu penin pasal parking, pasal tolak troly, pasal beratuq panjang kat cashier dan pasal traffic jams! Itu belum dikira hat dok batuk-batuk atau bersin tak tutup mulut kat tepi kami...ishhh...pantang.

My fav grocer is Tesco. Secara umumnya, kalo nak beli barang online tak dak  masalah pada kami sebab kami dah biasa dan familiar dengan barangan yang dijual di Tesco.
Kami faham, ada setengah cikjah nak beli barang mesti nak kena pi sana, tengok dan pegang sendiri kan...tapi ini bukan nak beli  kain meter baju raya. Ini beli barangan keperluan asas harian macam gula, tepung, garam, susu, beras, telur dan sebagainya. Mungkin sebab kami dah pakar dalam grocery shopping [Aiceh!] hasil ulang alik hypermarket selama hampir 15 tahun, maka takdak masalah untuk kami memilih dan membeli barangan asas secara online. Lagipun tertera dengan jelas gambar dan brand sesuatu barang.


Kami rasa Tesco e-store nie sangat bagus. [Tesco sila hantar kami voucher percuma banyak-banyak sebab tolon pomot okay].

Website pun user friendly dan kalo tetiba cikjah nak tambah atau cancel sesuatu barang, boleh buat sebarang perubahan atau pindaan sebelum pukul 11pm sebelum delivery day. Sangat senang kan? Buat kat iphone pun boleh. Tring! [I am an Apple girl...am an Apple girl].



Kami tak pasti berapa kuantiti maksima untuk setiap jenis barangan yang dibeli. Kami nak beli air mineral 48 botol tapi tak boleh. Had maksima yang dibenarkan ialah 24 botol sahaja - katanya tak muat trolly kalo lebih dari itu. Maklumlah kami dah biasa beli drinking water 4-5 carton sekali sebab taknak ulang alik banyak kali --- berat seh.


Tiada bayaran dikenakan semasa membuat pembelian. Barangan akan dihantar ke pintu rumah cikjah dan bayar setelah menerima barang. Hanya credit card diterima. Tiada bayaran tunai okay.
Kalo barang yang cikjah pesan takdak, depa akan ganti dengan barang/jenama lain. Kalo cikjah suka buleh amik atau kalo tak suka tak payah amik. Harga akan dikira mengikut barang yang diterima sahaja.


 Fuhyo! Abang delivery tengah in action.

Cikjah boleh pilih delivery time slot mengikut suka hati cikjah. Kalo rasa-rasa nak amik anak sekolah, boleh pilih waktu yang lewat sket. Kalo petang nak pi buat rambut dan kuku, bleh pilih pagi...heheee


Untuk kemudahan yang sebegini, hanya RM10 dikenakan oleh Tesco sebagai caj servis. Pada kami agak mahal jugak RM10 tu sebab Tesco tu depan batang hidung kami jar sebenarnya. Dalam seminggu 3-4 kali kami pegi area berhampiran Tesco. Namun, bila dihitung-hitung, ia agak berpatutan dengan kesenangan dan keselesaan bagi kami.


Buat masa ini, hanya e-kupon boleh digunakan untuk tujuan tranksasi atas talian ini. Kupon print out atas kertas yang slalu depa pos tu blum boleh digunakan. Hopefully, Tesco kerja kuat sket supaya kupon-kupon sebegitu dapat digunakan.
Kami dapat e-kupon RM20 sebab Tesco sms kat kami. Selain itu, Clubcard point collection berjalan seperti biasa. Untuk menggunakan servis ini, simply sign up on Tesco online shopping [eshope.tesco.com.my] ----uh! tolon pomot lagi...hahaaa


My groceries have been delivered cuma kami kurang puas hati sebab begitu banyak penggunaan plastic bags. Kan bagus kalo Tesco deliver in a box. Pastu in next order, customer bleh re-cycle that box. To encourage recycling, bagi lar customer point whenever they re-use the box. Brilliant tak my idea? Yang penting selamatkan alam sekitar.

Happy grocery shopping cikjah!