Allooooo cikjah! windu dendam kami kat cikjah sebab lama tak ke udara. Ahaks!
Nah! kali nie kami tak sabaq nak share citer ngan cikjah about my recent trip to Hat Yai and Krabi. Bertabahlah melihat banyak gambaq sebab sumer benda nak share....hahaaa.
Kami cuba buat se-details yang mungkin sebab tak best lar dok citer-citer, tepek gambar lemon-lemon tapi kurang informative. Opps! Niat kami nak kongsi pengalaman sebab sebelum kami pi pun kami blajar dan kumpul ilmu dari pengalaman orang lain - smoga bermanfaat.
Are you ready cikjah? tarik nafas panjang-panjang.....go!
Weee!!! Impian nak ber-road trip tercapai cikjah walopun naik kapal terbang sekerat jalan....hehee.
Kami tak mampu nak 16-20 jam on the road. Rasa macam tak larat...Aiceh! Then kami decided to fly from KL→ Alor Setar. From there kami mulakan perjalanan ala-ala back packers tapi menawan. Ahaks! Bendang tengah menghijau cantik di sekitar Alor Setar ketika ini.
From airport kami naik airport taxi to Bukit Kayu Hitam. Perjalanan sekitar 1 jam dengan tambang RM55/way. Kami minta pakcik teksi stop kat Changlun untuk beli dan isi arrival/depature card. Pakcik teksi stop kat sini. Jangan risau, banyak kedai ada sepanjang jalan sebelum sampai border.
Bayar RM1 depa siap tolong isikan sumer. Senang.
Inilah batu tanda sempadan Malaysia Thailand atau Bukit Kayu Hitam - Danok. Alhamdulillah, pakcik teksi tu offer untuk hantar kami hingga ke imigresen Danok. Or else kami kena jalan lebih kurang 1km jugak lar dari imigresen Bukit Kayu Hitam ke imigresen Danok.
Kami dah standby tak bawa beg tarik hat lawa-lawa sebab kami taw nanti kami kena jalan kaki dan banyak transfer in between trip. Sayang kot dok tarik beg mahai atas jalan raya pastu pindah-pindah confirm calar...heheee
Lebih elok bawa backpack tapi heheee...mana muat kalo barang kami masuk beg galas belakang jar. Beg make up jar dah 3 kilo.
Masa kat imigresen Bukit Kayu Hitam, kena serah passport untuk chop. Takdak banyak soalan pun in fact takdak soalan cuma kalo pakai kaca mata hitam sila buka, sebab imigresen nak amik gambar nak tweet kat tweeter....heheee kidding!
Lepas pakcik taxi dropped kami kat imigresen Danok, kami pun jalan kaki dan beratur. Ada a few kaunter tapi 1 jar buka. Tiba-tiba, ada 1 lagi kaunter baru buka, terus kami pi beratur jadi orang nombot 1. Selalu orang cakap kena letak RM1 dalam passport with the arrival/departure card, tapi kami lupa! Nasib baik kami lepas elok tak dak tanya or cakap apa-apa. Untung jadi orang nombot 1.
Lepas chop passport, kira dah masuk pekan Danok. Kat situ dah start kekalutan dan kesibukan. Lori kontena gemok-gemok dok beratur dari arah Danok ke Bukit Kayu Hitam. Tunggu giliran nak lepas imigresen dan kastam. Bunyi enjin menderum deram. Motorsikal dan minivan siam pulak cuba mencelah di tepi-tepi jalan.
Di sepanjang jalan penuh dengan deretan kedai. Hati-hati berjalan di pinggiran kaki lima di sini sebab dah lubang-lubang dan koyak sini sana. Nak jalan tengah sket, dah ada lori gemok plak.
Memang sedikit kecoh lar. Sambil dok jalan plak, orang dok cakap siam dengan kami "taksi! taksi! taksi!" Uh!!
Jalan sekitar 500m dari imigresen Danok ada kaunter teksi Danok - Hat Yai depan 7/11. RM7/person/way. Van berkapasiti 15 tempat duduk. Takdak masa perjalanan, van hanya akan jalan bila cukup 15 penumpang. Alhamdulillah masa kami tu, sedang elok saja masa yang ada. Tak terlepas atau kena tunggu lama. Beli tiket, masuk van terus jalan.
Sebelum tu, kami tukar duit kat Danok. Ada money changer dalam supermarket. Jalan atas sket dari 7/11 tadi.
Secara jujur, kami agak sedikit cuak, bimbang dan ragu nak teruskan holiday kami nie sebab 2 minggu sebelum kami bertolak telah berlaku [2013] pre-Christmas bombing kat Danok dan Sadao. But, kami tawakkal sebab everything have been arranged and paid 2 months earlier. Namun kami tetap sentiasa berwaspada dan berhati-hati. Alhamdulillah sumernya berjalan lancar malah walopun ini first time kami ala-ala backpackers holiday [sebab bleh bawa 1 beg saja dan tak bleh fashion show sangat] kami sangat sangat sangat gembira dan satisfied!. A very super good job Pienkcat!!!
Masa kat Danok, sempat lagi beli Mieng Kham. Yeyyy!!! dapat makan mieng kham asli Thailand. Sedap ke bintang cikjah. Happy!
Perjalanan 1 jam dari Danok ke Hat Yai. Quite boring route sebab lalu kebun getah dan skali skala diselang seli dengan rumah orang kampung di tepi jalan. Jalan besar sebab it was built meant for lori kontena gemok nak lintas sempadan. Memang lar tak payah bayar toll sebab it is not a highway.
Kami sedikit gelisah dan keliru. Sumer papan tanda jalan, kedai, premis dan sebagainya adalah dalam bahasa Thai. Kami tak faham dan tak dapat nak proses apa-apa maklumat. Kami jadi lost! Sebab tak tahu kami berada di mana. Kami terus rasa kurang selamat. Syukur lah di negara kita banyak papan tanda di-translate kepada bahasa Inggeris. Mudah difahami walopun oleh pelancong asing.
Kami sampai Hat Yai at 2.30pm. Lepas checked-in hotel, kami round-round sekitar Pekan Hat Yai. Tujuan utama nak beli tiket ke Krabi for tomorrow morning.
Kami highly recommend this tour agency. Kedai located exactly depan Lee Gardens Plaza dan selang a few doors away from Restaurant Hamid.
Dah masuk Hat Yai susah nak jumpa orang boleh berbahasa Malaysia. Sangat sukar berkomunikasi di sini. Tanya benda basic pun tak bleh jawab. Kalo cakap omputih kena tambah sign language skali...hahaaa
Alhamdulillah, masa beli tiket nie ada awek Pattani. Fasih cakap Melayu. Senang citer. Tiket priced at RM25/person/way. 12 seater minivan. Sangat super selesa. Leather seat okay. Wink! Kami nak beli return tiket tapi orang kaunter cakap beli jar kat Krabi nanti. Kat sana banyak agent. Okie dokie.
Next kami meneruskan mission kami singgah Hat Yai sebelum ke Krabi. Sebab utama ialah nak ke Floating Market. Taaraa!! Floating market hanya di buka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad jam 3pm - 9pm sahaja. Oleh kerana kami tak nak terlepas Hat Yai floating market which open only on weekend, dan tak nak terlepas Pasar malam Krabi which also open on weekends, maka kami akan 3 kali check in hotel:
Day 1 - Day 2 at Hat Yai
Day 2 - Day 5 at Krabi
Day 5 - Day 6 at Hat Yai
With this brilliant plan, kami dapat enjoy both places on weekend. Yeyyy!
Dari Pekan Hat Yai, kami naik tuk-tuk depan Lee Gardens untuk ke Floating market. RM40 saja. Bang Man the tuk-tuk driver tunggu selama 2 jam. Kami bodek-bodek dapat suruh Bang Man tunggu sampai 3 jam....heheee
Lepas tu kami beli lar makanan blanjer Bang Man. Wink!
Sebaiknya sampai sini sekitar jam 4pm - 4.30pm. Orang tak ramai sangat dan makanan pun masih fresh lagi.
Warning! Jangan makan tengah hari kalo nak mai sini. Rugi!!!
Di sini terdapat pelbagai jenis makanan. Santek-santek, sedap-sedap dan paling penting bersih.
Pelbagai jenis ubi.
Daun pandan
Ubi
Cengkerik goreng rangup...Eeuww!
Larva ke ulat celup tepung....Erkk!
Grilled sotong and udang 'tipu'
Manisan yang sangat comel
This is awesome. Thai Laksa.
Tejut Cik Jah bila daun-daun tu tak payah hiris. Pakat letak macam tu saja. Sila ragut okay....hahaaa
But, sedap sangat!
Kekacang
Ini lar yg paling modern. Deep fried twisted potatoes. Bleh pilih flavour. Sedap ketika masih panas.
Seaweed salad.
Fish cake + daun peria pantai goreng. Interesting.
Rojak buah
This is the way penjual hand you the food. Masuk dalam basket yang diikat pada batang kayu panjang. Pastu nanti dia hulur kat kita. Jangan lupa in return, masukkan duit belian dalam basket tu taw....hehee
First time minum ayaq dalam buluh. Rasa sangat Batu Belah Batu Bertangkup.
Nice and modern paper cup. Cik Jah jangan lupa, lepas makan, segala sampah sarap sila buang dalam tong sampah yang disediakan. Jangan tinggal atas meja macam tu saja -- thank you!
Tersedia tong sampah di sepanjang jalan. Jangan bagi alasan buang sampah merata-rata okay. Wink!
Erkk! ada awek sehh....hahaaa
Ketika di Hat Yai, kami stayed at Centara Hotel.
Fuh!!! Super nice!!!!
Tak sia-sia kami dok survey sini sana. Segalanya paid off. Biarlah penat-penat dahulu, relax-relax kemudian. Sabai-sabai. Kami sangat puas hati. Penat perjalanan, segalanya hilang bila balik hotel.
Lokasi pun terbaik. Right in the middle of everything. Depan Centara is Lee Gardens Plaza, dekat dengan Restaurant Hamid, Dekat dengan Suntisuk market, dekat dengan van Konsortium, dekat dengan shopping mall Central, Odean dan etc. Hooreyyy! Keluar hotel jar dah ada orang offer tuk-tuk.
Hati-hati memilih hotel di Hat Yai. Rata-rata hotel menawarkan harga serendah RM80-120/night. Memang tempting tapi bila dah check in rasa macam dok rumah tumpangan...erkk! Maksud kami, keadaan bilik hotel dan amenities agak uzur dan lama. Takut plak percutian yang dirancang tak seindah biasa.
Mungkin di atas faktor keselamatan, lobby or reception Centara hotel located at 6th floor. So, kalo sampai kat G, cikjah akan di sambut oleh Bellboy dan terus naik lif to 6th floor.
Hotelnya indah, bersih dan nyaman skali. Windu kat Shangri-La KL...Aww!
Kids play room
Lounge with night live band
Function room
Breakfast restaurant
Khao Yam atau Nasi Ulam Thai. Sangat sedap. Rupa dan rasa hampir sama seperti Nasi Kerabu Kedah.
Breakfast cara orang Thai. Jangan terkejut, kerana makan nasi kerabu as sarapan.
Di sekitar Lee Gardens Plaza, terdapat pasar pagi.
Shopping mall Central, ala-ala seperti Isetan atau Metrojaya terletak bersebelahan Centara.
Kami banyak shopping di mall berbanding market atau kedai-kedai sepanjang jalan. Salah satu sebabnya, kami malas nak tawar menawar...hehee
Tersedak tengok kasut lawa dan super cheap! RM25 dah bleh dapat sepasang. Toink!
Nie yang rasa rugi holiday ala-ala backpackers, tak leh sopping banyak...sobb..sobbb
The famous Lee Gardens Plaza. It has shopping mall and hotel. Kalo cikjah stay at hotel yang out skirt dari pekan, naik tuk-tuk RM2 cakap jar nak pegi Lee Gardens. Senang.
View dari atas tuk-tuk
Tuk-Tuk ride rates. Sekitar Pekan Hat Yai cuma bayar RM2 saja/person
Hamid Restaurant. Luas dan bersih. Makanan yang berbentuk dan terletak di kawasan touristy di Hat Yai agak mahal. Sama macam harga di KL, malah sesetengah harga jauh lebih tinggi. Uh!
Untuk menu ini kami bayar RM39. Cikjah bleh pilih nak bayar guna Bath atau Ringgit. A bit pricey tapi sedap. Okay lah. Agak lucu bila kami order telur dadar, yang di hantar ialah telur dadar kosong. Tanpa bawang atau cili. Rasanya sangat mual. Pastu telur di sini egg yolk-nya sangat kuning sehingga oren warnanya. Kami tak brapa lalu nak makan sebab oren sangat....hahaaa
Ini pulak kami makan di Restaurant Kelantan. RM50. Mahai dan tak sedap!!
Cikjah bleh pilih nak bayar guna Bath atau Ringgit.
Spa at Centara Hotel. Amazing!
The Spa room
The toilet
The pool
The pool bar
Suntisuk market
Big fat doggie, hari-hari tidor sini. Cikjah prasan the police truck depan Centara Hotel tu? Sekali skala akan ada polis berkawal sebagai langkah keselamatan.
Sotong kering bakar.
Di sini terdapat banyak buah-buahan potong. Murah, besar, sedap dan bersih. Kami suka sebab jalan sini sana kami beli buah as snack. Baik untuk kesihatan.
Hat Yai at night.
Crispy seaweed snack. Kami beli kat Odean buat buah tangan for kawan-kawan.
Hat Yai famous icon. The red mailbox.
Pienkcat posing madonna next to mailbox.
Murah-murah. RM20 satu.
Pink Lady Complex ada jual baju, beg dan etc. Naik atas sket ada Pink Lady Hotel ada jual 'ayam'. Ahaks!
Pulut mangga/durian RM 5 satu.
Giant prawn. RM40 satu.
Hand painted movie poster.
Untuk pulang ke Danok dari Hat Yai, kami beli tiket minivan di kaunter yang sangat old school ini. Macam beli tiket bas kat Kedah 20 tahun yang lalu. So cute! Cakap apa pun tak faham, yang faham "tiket danok hat yai" saja...hahaaa
Kalo nak mai sini, naik tuk-tuk RM2/person. Mention to tuk-tuk driver nak pegi Prasak tempat Danok van near to Clock Tower. Kalo jalan kaki jauh juga but still walkable.
Masuk kat lorong called "Thanon Poonsuwan", jalan a few meters ahead ada kaunter kecik sebelah kiri orang jual tiket. Tiket murah jar. Depa jual tiket at RM5.70, kami tawar dapat RM5.50/person/way....hahaa...tiket bas pun bleh tawar menawar...Aiceh! Jimat 2 kupang!
Kalo tanya agent kat Pekan Hat Yai, depa tak jual tiket minivan untuk sorang, 2 orang. Depa amik booking untuk 1 van saja.
As a result dari hasil belian kami yang banyak, dari 1 beg dah jadi 2 beg. Maka, waktu balik ke Danok dari Hat Yai, kami beli 1 seat extra semata-mata nak letak beg kami. Nasib baik tiket murah...uh!
Sampainya kami kat Prasak tu hanya berpandukan pertanyaan ayam itik kepada local. Kami singgah petrol station untuk tanya, again apa pun tak faham. Cakap omputih tak reti. Nasib baik tokey station minyak bawa kami kepada pekerja dia orang Pattani. Bleh lar cakap melayu sket-sket walopun patuk ayam....hahaaa
Tiket tak bleh booking atau beli in advance. Cikjah kena datang sini, beli tiket pastu tunggu van penuh baru jalan. Alhamdulillah, masa time kami beli tiket, van kebetulan sampai. Masuk barang dalam van terus jalan. Fuh! Very the on time. Suka plak tu sebab kami ialah the first pick up, so bleh pilih nak duduk tang mana suka. Kami advise cikjah dok depan blakang driver. Luas dan selesa sket. Kalo dok row blakang, agak sempit dan bumpy.
This is Hat Yai Bus Station. Namun, di Hat Yai takdak bas. Minivan seperti ini adalah bas depa. Selalunya 16 seater minivan. Takdak tempat nak letak beg. Kena letak atas riba....huhuu. Kebanyakan local travel dengan minivan nie pun memang tak bawa beg banyak atau besar-besar kecuali pelancong....heheee
Untuk pulang ke Alor Setar, kami dah minta pakcik airport taxi pick up kami at Bukit Kayu Hitam. Pakcik tu amik kami kat border. Tak perlu jalan jugak. Jangan lupa cikjah, waktu Malaysia dan Thailand adalah berbeza. Thailand lewat 1 jam. So, kalo buat appointment dengan driver taxi, pastikan cikjah inform waktu Malaysia. Takut tersasull.
Bila lalu kat kastam Bukit Kayu Hitam, pakcik taxi hangkat tangan kat pegawai bertugas dan terus jalan. Tak payah stop check bonet atau buka beg bagai. Alhamdulillah.
Bila lalu kat kastam Bukit Kayu Hitam, pakcik taxi hangkat tangan kat pegawai bertugas dan terus jalan. Tak payah stop check bonet atau buka beg bagai. Alhamdulillah.
On the way to the aiport, kami minta pakcik taxi stop makan laksa kat mana-mana yang best dan dekat dengan airport. Giless hapa kalo dah sampai Kedah tapi tak makan laksa....hahaaa
Nak pegi Laksa Ikan Sekor jauh sangat nanti kena patah balik. Laksa Teluk Kechai plak kurang power. Makanya, pakcik teksi tu recommend kedai makcik tepi jalan betul-betul lepas exit Kepala Batas interchange dekat airport.
Sedap! Kat banner tulis RM2.50/plate tapi kami tak sure the exact price brapa mungkin dah RM3 kot la nie. Total kami bayar sumer RM24 termasuk laicikang dan rojak buah . Kami blanjer pakcik taxi dan bungkus jugak untuk makan kali ke-2 at airport nanti. Melampau! hahahaaa
Tapi makcik laksa nie okay, siap bekalkan kami mangkuk polistrine dan sudu garpu sebab kami cakap kami nak makan kat airport nanti. Kat kedai takdak mangkuk, makcik masuk dalam rumah amik mangkuk. Cayalah makcik!
Poster gerai laksa giler koser sebab letak gambaq tuan kedai....heheee
Yang oren tu rumah tuan kedai laksa.
Phewww!!! Sekian dulu laporan kami. Panjang jela-jela dah nie.
Kesimpulannya it was a tremendously fantastic trip!
Nanti kami citer pasal Krabi in next post okay, nak rehat tangan jap..fenat patuk ayam kat keyboard nie. Chow!