...sambung cikjah!
Dari Hat Yai kami meneruskan perjalanan kami ke Krabi/Ao Nang. Weee!!!


Jarak perjalanan sama macam KL- Kedah. Penat, letih dan lenguh tak terasa sangat walopun jarak perjalanan agak jauh. Van yang kami naik pun sangat selesa dan bersih. Kami adalah passenger terakhir yang di ambil di Pekan Hat Yai, makanya kami terpaksa duduk di barisan belakang skali, tapi tetap selesa dan agak luas ruang duduknya. Jauh beda dengan van Danok-Hat Yai-Danok. Van Hat Yai-Krabi ini hanya berkapasiti 12 penumpang sahaja. Leather seat plak tu so tak dusty sangat.


Tips! jika nak beli tiket van, wajib tanya van yang ditempah tu berapa tempat duduk. Kalo boleh, pilihlah van yang 12 seater instead of 16. Ada juga penjual tiket yang cakap tipu janji tiket bleh jual, katanya 12 seater, van baru, tapi yang sampai van 16 seater dan agak lama plak tu...paling tragis, dalam van driver pasang lagu siam kuat cikjah! nasib telinga lar. Alhamdulillah, van yang kami naik kat Konsortium nie baru, bersih dan selesa. Sumer passengers mat saleh kecuali kami dan abang driver. 
Contact no van Hat Yai → Krabi : Hatyai Variety Travel Service [074-351280/281] -at Songhkla, Thailand


Tiada highway dari Hat Yai ke Krabi. Hanya jalan raya biasa dan sehingga sekarang [Jan 2014] terdapat kerja-kerja menaiktaraf jalan. Mengikut pemerhatian kami, terdapat 3 lokasi berbeza bagi kerja-kerja naiktaraf di sepanjang perjalanan ini. Kalo naik kenderaan kami memang susah nak tidur. Terjegeii jar biji mata sambil lagu swedish house mafia melompat-lompat di corong iPhone. Sebab tu kami bleh buat bancian jalan...heheee
Sakit juga lar kena lambung sebab duduk belakang skali. Kondisi jalan pula agak teruk,  jalan berbatu tidak berturap serta lopak dan agak berbukit. Driver bawa laju tapi cekap.



Tiada jalan alternatif sementara mahupun proper signages untuk maklumkan pengguna jalan raya berkaitan aliran trafik malah tiada safety road barrier.
Kenderaan dari kedua-dua arah tetap menggunakan jalan yang sedang dinaik taraf dan aliran trafik adalah berdasarkan hukum memandu 101 semata.


Ada lar a few papan tanda di ikat dan di pacak menggunakan batang kayu. Bleh kira lar ada brapa. 


Tepat 2 jam perjalanan, kami tiba di hentian rehat ini. Tak taw nama apa. Tapi dari gaya pembinaan, kelihatan hentian ini seperti milik swasta, tak gaya konsortium sangat...heheee
Best lagi RnR PLUS Malaysia...owh yeahh!


Gross jugak kami nak tepek this picture kat sini. Maklumlah, gambar toilet kot kan....sorry yer cikjah.
Ini kami nak bagitau cikjah, walopun toilet depa tak modern tapi bersih dan selesa.



Untuk perjalanan ini, driver hanya akan berhenti sekali saja untuk rehat, makan dan ke bilik air selama 30 minit. Jadi, pandai-pandai lah manage time. Terdapat satu kedai besar menjual cenderamata seperti makanan ringan, pakaian dan sebagainya serta sebuah restaurant halal. Kondisi restaurant sangat besar dan bersih.


 Lauk pauk yang dijual sangat menyelerakan. Masakan pattani cikjah. Gulp!
Tapi kami tak makan sebab dah breakfast rice porridge pagi tadi. Lagipun, macam tak sempat jar kalo nak makan...huhuuu


Di bahagian luar bangunan 1 tingkat ini pulak terdapat gerai-gerai kecik jual snack.


Kami beli corn springroll. Sedap! 3 rolls RM2.
Kami tak nak letak sos sebab kami nak  makan dalam van, takut plak nanti berbau satu van. Manners tetap kena jaga walau di mana berada.


Cukup 5 jam perjalanan, kami pun tiba di Pekan Krabi. Hentian pertama atau terakhir adalah di sini; sebatang jalan mengadap sungai dan kelihatan seperti jalan mati. Takdak bangunan atau apa-apa cuma deretan kedai sunyi yang tidak berbentuk touristy. Nak jalan kiri atau kanan pun tak menggambarkan adanya pekan kecil atau tempat-tempat awam. Giles panik kami! Yang ada seketoi pejabat travel nie. Tuk-tuk, bas, van ataupun orang tempatan pun tak dak yang lalu lalang.

Janganlah cikjah terpedaya berada di sini, sumer travel agent menggunakan istilah "Tourist Information". Kelakar dan nampak sangat tipu. Kalo kat Malaysia istilah itu sinonim dengan pusat informasi pelancongan yang membekalkan maklumat atau bantuan secara percuma berkaitan tempat-tempat menarik di kawasan sekitar. Tapi di Krabi, istilah itu telah dimanipulasi oleh travel agent. Ianya digunakan oleh peniaga pelancongan persendirian menjual pelbagai pakej pelancongan berbayar. Uh! Takdak maklumat dan bantuan pelancongan percuma. Cakap pun patuk ayam.

Driver memang tak pandai cakap omputih, takdak cakap apa-apa tetiba dia stop sini dan keluarlah seorang pompuan siam dari Krabi Sompon Travel and Service office ini sambil cakap omputih patuk ayam suruh we all dalam van turun kat sini. Sambil terpinga-pinga dan ternganga-nganga kami pun turun. Apa sudah sampai kah? Apa ini Pekan Krabi kah?  Macam-macam kah. 

Nasib baik kami agak maklum situasi nie sebab kami dah ulang kaji sebelum travel. Sambil turun kami berdiskusi dengan driver untuk hantar kami ke hotel di Ao Nang which is 20 minit perjalanan dari Krabi town dan kami kena tambah lagi RM10. Okay agreed. 

Alang-alang dah kat travel agent, kami pun tanya lar nak beli return tiket Krabi-Hat Yai,  pastu pompuan tu cakap kat kami "okay you come inside we talk your tiket". 

Kami pun happy sebab memang kami ada baca kat blog orang lain, depa beli return tiket from the same driver yang hantar. Senang cenggitu. Tapi bila kat dalam, dia explained jela-jela pasal tour packages dia. Kami cakap nicely to her taknak tour sebab kami taw melambak tour agents kat Ao Nang sana. Skali lagi kami highlighted kat pompuan siam tu kami nak beli return tiket Krabi-Hat Yai. Pastu dia cakap kalo nak beli return ticket, kena beli tour package dia dulu. Uh!!! terus kami bangun cakap tak berminat and said "cheating". Memang menipu. Sorry lar. Kami terus keluar naik van. To cikjah, awas! dan hati-hati okay.


Driver van hantar kami betoi-betoi depan hotel. Inilah hotel kami. Miti Hotel terletak di Soi 11.
Puas kami dok study nak stay mana kat Krabi. Ada pelbagai pilihan. Serendah RM50/night pun ada. Untuk trip kali nie kami taknak hotel yang fancy sangat sebab kami menjangkakan kami akan banyak menghabiskan masa di luar. Cukuplah sekadar ada tempat yang selesa dan bersih untuk tidur dan berehat. Konsep kami pun ala-ala backpackers [tapi menawan] kan...hahaaa.

Alhamdulillah I found this hotel. Paling best this is a new hotel. Tak mewah dan tak budget sangat. Budget hotel sangat pun takut tak lalu nak mandi dan tidoq kot....heheee

Hotel sederhana dan setimpal dengan harga. Hotel nie takdak sarapan pagi. Lokasi wise pada kami ialah agak kurang strategik sebab it takes 10-15 minutes on foot to Ao Nang beach. Jauh jugak. Tapi kami sangat tak kesah sumer itu sebab awal-awal lagi kami memang dah plan untuk sewa motor. Lokasi hotel bukanlah masalah pada kami. Namun, hotel ini sangat dekat dengan Ao Nang Walking Street dan juga gerai-gerai makanan tempatan muslim. Suka!!!


Kami pilih the best available room - The Poolside room.
Biliknya sangat luas, bersih dan selesa with a great view. Yippieee!


Bantal ada 1 saja. Kalo nak extra pillow kena bayar.....huhuuu


Menarik-nya hiasan hotel ini ialah lukisan mural pada dinding setiap bilik. Setiap bilik memberikan lukisan berbeza. Tapi untuk bilik kami nie, kurang kelihatan sebab warna muralnya ialah silver.


Look at the room view. Wow!!!


Nah amik! peti ais seketoi besaq.


Room amenities adalah biasa saja. Sangat standard. Sabun May nipisss. Euuww!
Kami beli sabun baru. Murah jar Rm1.20 untuk sebuku sabun baby johnson.



 Ada swimming pool, tapi kami tak mandi pun sebab tak rasa nak swimming dalam pool...hehee
Dari pemerhatian kami, ramai jugak orang Malaysia check in kat sini. Tengok pun bleh kenal orang sekapai. Tapi malangnya, guests yang check-in kat bilik bawah mengadap pool dan berkongsi floor dengan reception lobby macam tak prasan depa berada di hotel dan tempat awam. Berlari, bercakap kuat dan dok keloi jiran sbelah sini sana macam kat rumah sendiri. Kesian...


Taraa!!! Scoopy for hire! Comeii betui scoopy nie. Terus teringat scoopy kat Ubud, Bali.
Kat Bali dan Krabi ada scoopy tapi sehingga kini Scoopy belum masuk market Malaysia lagi. Kalo ada, bleh beli satu! Kami pi showroom Honda at Ao Nang riki-riki harga scoopy. Lebih kurang RM4k tapi registration documents kena buat sendiri.

Kami sewa scoopy RM25/day for 3 days. Hotel yang uruskan. Kalo nak urus sendiri pun boleh sebab terdapat a few motor rental shops kat depan hotel.


Fuel vending machine at Ao Nang. Macam machine bayar parking. Ahaks! All instructions written in Thai, satu abjad ABC pun takdak. Kami main tekan saja pastu masuk duit. Hangkat nozzle, minyak keluar...okay lar tu...hahaaa. Machine nie available at various places along Ao Nang beach and Nopparatara beach. Isian minimum ialah  RM2 [20Bath]. Kalo isi kat petrol station minimum is RM5 [50Bath].


It was Saturday when I arrived Krabi/Ao Nang. Apalagi, malam tu kami pun merempit ke Krabi town for the famous Pasar Malam which open only on weekends.

Secara asas, orang akan cakap nak pegi Krabi. Tapi sebenarnya seldom people stay at Krabi town. Krabi town takdak apa. Macam ghost town saja. Happening cuma bila ada night market. Rata-rata people will stay at Ao Nang which is 20 minit drive from Krabi atau di pulau-pulau berhampiran seperti Koh Lanta, Railey island and etc.

Kami menuju ke Krabi town dari Ao Nang tanpa map or GPS. Bawa jar motor pastu tanya direction tahap ayam itik kat orang kampung yang kelihatan sepanjang jalan. Giles redah. Tapi best!
Nak bagitau cikjah, kat Krabi nie depa kedekut betoi nak pacak papan tanda. Padahal dah juta-juta pelancong dok mai sini. Tempat pun fames sampai ke German tapi papan tanda saiz kecik, tak banyak and majority written in Thai.....adehhh


Tapi kami hebat [Ahaks!], kami tiba jua di Pasar Malam Krabi. Yeyy!!!
Satu lagi penderaan istilah di sini. Depa tak panggil Night Market / Pasar Malam, they called it Krabi Walking Street. Aiceh! Jauh betul bunyi dan maksudnya...hahaaa

Sesetengah travel agent di Ao Nang ada menawarkan transport service dari Ao Nang ke Pasar Malam Krabi pada harga RM25/person. Driver hantar dan akan tunggu selama 2 jam.


Hand-painted shoes



Fuhyo! pancake volcano ka?


Colourful sticky manggo rice


Sama macam manisan orang Kelantan





Di Pasar Malam nie, campur-campur gerai jualannya. Maksud kami ada gerai muslim and non muslim. Namun, cikjah bleh nampak dengan jelas mana gerai muslim sebab ada tergantung pada gerai  masing-masing.

Ini gerai muslim jual Pad-Thai and Oyster celup tepung.



Waktu kami datang, ada pertandingan tarian kanak-kanak. Bukan main lagi adik-adik kecik tu gelek.



The best of the best! Grilled red snapper.
RM15 seekor. Sedap segar dan juicy hinggakan kami makan 2 ekor! hahaaa



Apa kelass kalo cikjah datang sini tapi tak makan Somtam or Papaya Salad.





Kreatifnya! Stall jual baju barbie doll. Comei sangat!


Hand made night dress yang sangat lawa.


Baju casual semurah RM3 - RM6 saja.


Hand-painted key-chains and bags.



Making the ice-cream.


Macam-macam dan best betul kami berada di Pasar Malam Krabi. Teruja dan sedap makan hinggakan kami balik bila pasar malam pun dah nak tutup. 

Kalo cikjah nak taw, kami rempit balik dari Krabi ke Ao Nang seperti pukul 3 pagi walhal ketika tu baru pukul 9 malam. Jalan raya sunyi sepi. Tiada kenderaan di atas jalan raya, kedai dan rumah sumernya dah tertutup rapat. Sunyi sepi gelap gelita. Kat tepi jalan atau kawasan sekitar pun takdak orang. Takut pun ada tapi inilah pengalaman. Pengalaman yang menyeronokkan! WeeeEeeee


Panjang sangat nie kot kan? Ahaks! Dah ngantukkkzzzzz nie.
Kami sambung citer Ao Nang/Krabi in next entry okay...Tring! Nighty nite! Euuww smexi! Ahaks!