Sejak dua menjak nie, kami suka sangat makan buah peria. Walaupun peria agak sedikit pahit namun jika kena gaya dan cara masakannya peria ialah satu sajian yang sangat sedap dan membuka selera. Peria sebenarnya sayur kegemaran arwah ayah kami. Selalunya dulu kami masak peria sebab arwah ayah teringin nak makan. Sesungguhnya, dah 15 tahun lebih kami tak pernah masak mahupun beli buah peria. Jika berkunjung ke restaurant Chinese Muslim barulah kami order menu peria ---  'Bittergourd with salted eggs' Fuh!!! mengancam sedap.

Last month kami telah membeli peria! Wah! excited macam beli emas....hahaaa
Untuk makluman cikjah, seingat kami itulah pertama kali kami beli buah peria dalam hidup kami. Bayangkan betapa kita memandang enteng kepada sayuran yang sinonim kepada masyarakat India ini. Kami bangga sebab beli buah peria...hahaaa. Gemuk dan sihat hijau plak buah peria tu. Sebijik mencecah RM4.50...mahai jugak kan...[maklumlah tak penah beli peria...hahaaa]. Kami buat masak goreng kunyit pecah telur saja. Skali lagi Fuhh!!! sedap tak terkata.

Kemudian, kami beli lagi buah peria dan pegi masak dinner kat rumah adinda. Again, everybody loves it hingga makan nasi tambah-tambah....heheee

Well, hari nie kami nak share satu resepi lazat peria yang kami masak semalam. Tara!!!
Peria tumis cili api dengan ikan masin. Terangkat cikjah. Untuk resepi ini, kami guna peria katak sebab peria katak mempunyai tekstur yang lebih kering dan kurang berair berbanding peria biasa.

Bahan:

2 biji peria katak
2-3 keping ikan gelama belah masin
2 biji cili merah*
5-7 biji cili padi *
2 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
Sedikit belacan*
Sedikit asam jawa*
Garam
Gula

Cara:

1. Potong peria dan rendam dalam air garam seketika untuk mengurangkan rasa pahit. Kemudian goreng peria hingga separuh kering/garing. Ketepikan.
2. Ikan masin dipotong kecil dan goreng hingga garing. Ketepikan
3. Kisar bahan* dan tumis. Masak hingga naik minyak dan separuh kering. Masukkan peria dan ikan masin. Perasakan dengan garam dan gula dan masak seketika. Siap!

Nota: Awas penggunaan garam kerana ikan masin sudah masin.