Jom kita masak Botok-botok cikjah. Tapi sebelum tu cikjah kena bedakan dulu antara Pais dan Botok-botok. Kedua-duanya menggunakan ikan, ulaman dan bumbu. Cuma Pais lebih sesuai di bakar walopun ada juga yang buat pais ikan secara kukus. Namun, Botok-botok wajiblah di kukus dan tidak dibakar. Kuantiti ulaman di dalam Botok-botok adalah lebih banyak dan ulaman tersebut sekadar dicarik-carik atau diletakkan begitu saja tanpa perlu dihiris. Manakala, hanya sedikit ulaman yang digunakan di dalam resepi pais dan ulaman tersebut selalunya dihiris halus.
Kami buat botok-botok nie guna ulaman yang kami tanam di kebun dapur saja. Taklah meriah sangat tapi rasa of course sedap!...hehee
Menu nie memang sesuai kepada penggemar ulaman terutamanya ulaman kampung. Wangi daunan herba kampung dan bumbu kisar serta enak isi ikan tenggiri sangat menggoda. Eeuww!
Bahan Ulaman:
Daun kaduk
Daun kunyit
Pucuk kari
Daun kesum
Daun basil / selasih
Daun Makwan
Daun limau purut
Daun pisang untuk membungkus -layur
Potongan isi ikan tenggiri [boleh juga guna ikan kembong, ikan merah dan lain-lain]
Nota: Cikjah boleh gunakan pelbagai daun ulaman lain seperti pucuk betik, samak, bebuas, pucuk ubi, mengkudu dan sebagainya jika ada. Gunalah imaginasi. Jangan bataskan mengikut resepi semata...Aiceh!
Bahan Bumbu kisar:
20-25 tangkai cili kering [ikut citarasa. Kami suka pedas] -rebus
1 ulas bawang besar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 inci belacan
Sedikit asam jawa
1 sk ketumbar -goreng tanpa minyak sekejap
1 sk jintan manis -goreng tanpa minyak sekejap
1 sk jintan putih -gorengtanpa minyak sekejap
1/2 sk lada hitam -goreng tanpa minyak sekejap
1 sb rempah kari
Garam
Gula
Nota: Kisar semua bahan. Yes bersama garam dan gula. Adjust rasa secukupnya.
Cara:
1. Susun ulaman di atas daun pisang.
Optional: Kami alas dengan daun lengkuas untuk menambah aroma.
2. Letakkan bumbu kisar di atas ulaman.
3. Letakkan pula isi ikan. Terpulang kepada cikjah samada nak buang tulang ikan atau tidak. Kami rajin sebab tu buang tulang siap-siap...hahaa
4. Sekali lagi letakkan bumbu kisar di atas ikan dan tambahkan lagi ulaman di atasnya.
5. Bungkus. Payah nak cucuk lidi bagai, kami ketip pakai stapler jar senang...hahaa
6. Kukus dalam lebih kurang 30-40minit atau sehingga ikan masak.
Siap! Wangi-nya sangat melampau taw cikjah. Cukup memikat selera. Bayangkan kalo ada daun bebuas....uishhh!! lagi wangi!
Sedapnya memang tak terkata. Terangkat!
Selamat ber-botok-botok cikjah!