Get set, ready and turn on the mixer baby! hehee
Bahan-bahan:
1-2 biji epal merah manis
2 biji telur [saiz besar]
180g caster sugar [tambah lagi 20g jika sukakan manis]
100g butter
150ml full cream milk
180g tepung
2tsp baking powder
Limau / lemon jus
Cara:
1. Perah limau / lemon untuk jus. Campurkan sedikit air. Hiris epal nipis-nipis dan rendam di dalam jus limau / lemon seketika untuk mengelakkan epal menjadi hitam.
2. Pukul telur dan gula sehingga warna menjadi pucat, pekat dan berkrim [7-10 minit].
Notes: I'm using C grade eggs, hence I need 3 instead of 2 eggs.
3. Panaskan susu dan butter di atas api perlahan sehingga cair. Tak perlu hingga mendidih.
4. Semasa memukul adunan telur dan gula, tuangkan adunan susu perlahan-lahan sedikit demi sedikit secara tetap. Terus memukul adunan sehingga sebati.
5. Ayak tepung dan baking powder ke dalam adunan. Pukul sebati sekitar 20-25 saat. Jangan terlebih pukul.
6. Tuangkan adunan ke dalam baking dish yang telah disapu butter untuk mengelakkan kek dari melekat apabila masak nanti.
Notes: Adunan ini adalah sangat cair. Penggunaan baking dish atau baking tin yang tidak terpisah adalah yang terbaik untuk mengelakkan adunan mengalir keluar.
Please do not use springform baking tin.
7. Susun hirisan epal di atas adunan.
Notes: Penting untuk cikjah hiris epal tu nipis-nipis sebab hirisan yang nipis akan mempunyai berat yang ringan, therefore, hirisan epal akan terapung dan tidak tenggelam di dalam adunan yang cair itu.
Tapi kalo pun epal tu tenggelam, jangan khuatir, it's totally okay. Kalo epal cikjah terapung presentation nampak santek macam nie nanti...hehee
8. Campurkan brown sugar and cinnamon powder [optional] dan tabur di atas adunan. Bakar 180C for 30 - 40 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya.
Taraa! My cake is ready!!
Cikjah can either serve it warm or completely cool. It's super yummy!
It tastes so light and spongy. Kalo cikjah nak skip letak epal biar kek kosong saja pun boleh. This cake ada sedikit ciri2 rasa seperti buahulu tapi tidaklah terlalu kering. Kami suka kek nie. Bahan dan cara nak buat mudah.
Okay, please return to your seat and fasten the seat belt. We are ready for landing now!
Happy baking!