Lepas-lepas puasa nie kami mempunyai satu tabiat iaitu craving for basic simple kampung dish. Mungkin sebab dah jemu dok makan lauk pauk fancy sepanjang bulan puasa agaknya. Pelbagai manisan dan masakan yang hebat-hebat blaka. Hinggakan kadang-kadang menu tu cuma dimasak setahun sekali jar... hahaa
Hatta, ulaman segar cecah sambal belacan pun dah bisa membuka selera. Gulp! Tambah pula kalo ada ulam petai kan? Ahaks!
Tak dinafikan memang ada cikjah dan abang John yang tak makan petai. Takpa kalo tak makan, cuma-nya tak payah lar dok lekeh orang yang makan petai. Depa kata eeii! petai busuk, hancing, makanan kampung dan sebagainya. Petai kan makanan. Makanan kan rezeki. Tak baik menghina makanan atau rezeki. Tapi depa makan pulak cheese mat saleh yang berulat-ulat dan berbau seperti belacan tu...hahaaa...dipermainkan oleh diri sendiri namanya tu.
Well, rugi lar kalo cikjah tak makan petai sebab petai mempunyai khasiat yang hebat. Tak caya cer google. Kalo one day ada petai crepe, berlumba-lumba orang makan petai agaknya kot nooo.....hahaa
Sambal petai ikan bilis....oooooolallaaaaa. Awesome!
Inilah rupa sambal petai Kedah. Petai di hiris sederhana nipis bersama kulit. Lagi best kalo buat sambal petai dengan daging atau udang bersaiz kecil. Takdak daging atau udang, ikan bilis pun boleh.
Wahh! Inilah buah tangan kami dari kampung untuk rakyat jelata, jiran tetangga dan rakan-rakan di ibu kota. Asam jawa asli kaw kaw punya. Sedap memang tiada tandingan. Nah! 50 biji kami bawa balik.
Total paid untuk asam jawa dan ketupat palas ialah RM300. Alhamdulillah ada rezeki untuk dikongsi dengan kawan-kawan dan saudara mara.