Wahhh! Set makan tengah hari macam makan kat dewan kenduri...hahaa
Nasi Karrot with Ayam Masak Merah  +  Dalca Ayam  +  Jelatah Timun dan Nenas
Fuhhh!!! lazatnyer!


Kami masak nasi karot yang super simple saja. Takder guna susu, rempah atau bahan-bahan yang complicated.  Resepi by heart. Well, that's me :)
Janji sedap...heheee


Bahan:

4 pot beras
1 batang karot size L  -sagat halus
1 ulas bawang besar  -dimayang
2 hiris halia  -hiris memanjang
2 helai daun pandan  -simpul
3tbsp marjerin
3tbsp minyak masak
Bunga cengkih + bunga lawang + kulit kayu manis
Garam
1tbsp stock ayam pekat [optional]
Air secukupnya

Cara:


1.  Basuh beras dan tos
2.  Panaskan marjerin dan minyak di dalam kuali
3.  Tumis bunga cengkih, bunga kawang dan kulit kayu manis hingga naik bau
4.  Masukkan bawang dan halia. Goreng hingga kekuningan dan tutup api
5.  Tuang bahan tumisan ke dalam beras


6.  Masukkan karot, daun pandan, garam dan air mengikut sukatan beras. Kacau sekata
TIPS:  Jika menggunakan stok ayam pekat, bancuh ia di dalam air bersama garam dan barulah di tuang ke dalam beras.


7.  Masak nasi seperti biasa. Siap!


Huh! Senang jar kan :)



Kalo cikjah tak der karot, boleh juga guna resepi yang sama, dan terjadilah Nasi Minyak! Taraaaaa!