Jeng! Jeng!! Pokok Limau Purut dah berbuah!! Yeyyy!!!
Finally...after 3 years.
Masa beli dulu kecik potet jar...daun pun ada 3 helai. Bodek-bodek bangla nursery tu dapat lar 5hengget satu polibag. Sekarang pokok limau purut dah besar panjang...hahaa

Tapi kami jarang masak tomyam,  selalu guna daun limau purut buat rendang, gulai siam atau sambal terasi. Yang penting, my backyard garden ada pokok limau purut. Lepas lar nak masak-masak. Tak payah beli :)


Boleh dikatakan setiap ranting ada buah, tapi geyammmmmm....grrrrrr
Sebab, kat mana ada putik buah kat situlah semut hitam dok berkumpul buat kenduri.....iskkk..iskkkk


Dah bermacam cara kami buat nak halau geng semut hitam nie hinggakan kami sembur ridset! tapi tak berkesan jugak.... buat homemade organic pesticide pun tak jalan. Semut tetap datang berkumpul T__T


Ranting nie actually ada satu gugusan buah lebih kurang 6-7 biji.....namun hanya sebijik yang tinggal....adehhhhh


Ranting nie terus gugur sumer! Semut hitam tengah suker hati sebab misi depa telah tercapai......huh!


Ini plak pokok Bayam Kampung nan sepohon...hahaaa...sepohon jar yang tumbuh. Itu pun taktaw dari mana, rasanya kami semai benih cili padi, tapi yang tumbuh pokok bayam plak....hahaaa...konpiuss


Pokok Tomato yang cuba bertahan dari serangan semut hitam. [mulut kumatt kamitt baca doa] "Fuanggg! suburlah dikau wahai pokok tomato hingga berbuah ria...amennn"


Erkkk! apa plak nie?  eeeeuwwwwww!!!


Loorrr...cik Put Bi rupanya...hahaaaa
Gross kan gambaq nie....erkk! tapi hakikatnya ia cuma adalah seekor siput. Tapi mungkin sebab  ada vavi kat belakang siput tu maka tanggapan terus jadi lain....heheee

Cik Put Vi tengah menggodam my pokok fern...haishhhh...
Kalo pepagi atau selepas ujan, memang kerja kutip siput jar kat garden tu....tapi kami tak bunuh, kami pi letak kat padang depan rumah nun....nah! silalah makan rumput sepadang, tolong jangan geget pokok bunga kami! uhh...