Fullamakkk!
Kami tak pasti samada cikjah pernah tengok sambal petai versi lagu nie. Petai yang di hiris agak nipis bersama kulit. Kalo nak taw, inilah sambal petai versi orang Kedah.
Ada kar lagu nie?  Ada ngannn.....
Dari kecik sampai besar, inilah sambal petai yang menjadi kegemaran kami. Dulu masa kecik blum pandai makan petai, kami senduk kuah dan daging saja lar....Sedap! 
Selain daging, sesuai juga dimasak bersama udang basah ber-size kecil atau setengah orang menggunakan ikan bilis.

Orang tua-tua kata, makan petai sekali dengan kulit boleh buat ubat. Sebenarnya baik untuk kesihatan :)  Sambalnya cair tidak terlalu pekat namun sebatian rasa petai dan manis daging di dalam kuah yang mengandungi sedikit santan itulah yang memberi keisimewaan kepada masakan sambal petai versi utara ini.  Makan tak jemu. 



Ha! yang nie plak kami masak sambal petai versi moden. Kuah pekat melekat.  Petai togel sebijik-bijik supaya nampak seksi...eeuuwww!
Berbeza kan? Apapun versi, masakan sambal petai memang best! [tapi of courselah versi Kedah laaaagi sedap....hahaaaa]

Bahan:
  • Petai - Cuci bersih. Buang line kiri dan kanan dan hiris sederhana nipis bersama kulit
  • Daging - hiris nipis
  • Bawang merah - untuk tumis
  • Bawang putih - untuk tumis
  • Cili mesin [kisar cili kering rebus bersama belacan dan sedikit asam jawa] 
  • 1 ulas bawang besar size M - kisar
  • 1 cawan santan
  • Garam
  • Gula
  • 2 keping asam gelugor
Cara: 
  1. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan bawang kisar. Biarkan mereneh sekitar 5 minit.
  3. Masukkan cili mesin. Masukkan gula dan asam gelugor. Renehkan selama 15 minit supaya cili masak.
  4. Masukkan daging. Renehkan 10 minit di dalam sambal. 
  5. Masukkan santan. Biarkan mereneh hingga daging empuk. Masukkan hirisan petai. Perasakan dengan garam secukupnya dan masak lagi 10-12 minit.  Siap!
Tips: Sambal petai versi utara nie memang sedikit berkuah.  Amaran! kuahnya memang lazat!
Kalo nak lebihkan kuah bolehlah tambah santan atau air. Oleh kerana ada penggunaan santan, maka sebab tu lah warna kuah sambal tak merah sangat.


Kalo orang bandar balik kampung, inilah salah satu menu yang menjadi harapan depa akan terhidang di atas meja makan mak kat kampung....heheeee