Jangan marah cikjah ! Walopun in my recent entry chek cakap chek malas nak masak - masak kuih guna daun pandan yang chek tanam sendiri tu,  akhirnya chek tewas ....huhuhuuuuu
Tewas sebab tak tahan dan rasa sayang lagi bersalah kalo daun pandan yang gemuk lagi hijau itu dibiarkan begitu saja....heheheeee

Mulanya chek nak buat pulut sekaya [ serimuka ] , tapi pulut tak rendam lagi. Dalam hati nie dah gedix - gedix nak buat kuih ^____^ Lepas abes kerja kononnya nak terus balik rumah buat kuih. 
Bila di google seantero cyber recipes maka kuih tako adalah pilihan yang paling mudah, cepat dan senang !

Yeeeehaaaaa !!!


Ingredients:


Lapisan atas [ A ]

- 1/2 cawan tepung jagung
- 4 cawan santan
- sedikit garam


Lapisan bawah [ B ]

- 1 cawan tepung jagung atau tepung Hoen Kwe hijau -----terpulang kepada cikjah. Tapi chek rasa tepung Hoen Kwe tak baper best lar sebab terlalu wangi. Rasa macam minum minyak wangi....hahahaaa
- 1 cawan gula
- 4 cawan air
- 4 helai jus daun pandan
- Sengkuang cina [ optional ]
- Duan pandan untuk buat bakul


Ukuran bakul pandan yang comel
Daun pandan dipotong sepanjang 20cm.  Dipotong kepada 5 bahagian [ 4cm each ] seperti diatas.
Lepas tu cikjah kena guna kreativiti lar nak bentuk menjadi seperti bakul.  Kalo tangan keras macam kayu chek tak dapat nak explain....heheheeee


Methods:

Lapisan bawah:

Panaskan kukusan.
Kisar bahan  B  [ guna blender ]
Taburkan hirisan sengkuang cina pada dasar bakul pandan jika suka. Tuang bahan kisaran B separuh dalam setiap bakul
Kukus selama 15 minit

ATAU

Masak semua bahan  B  dalam periuk pada api perlahan  sehingga pekat. Tuang ke dalam bakul pandan.
Melalui kaedah ini, anda tidak perlu mengukus.

Lapisan atas:

Kacau semua bahan  A dan masak sehingga pekat. Tuang di atas lapisan bawah [ B ]
Simpan dalam peti sejuk.