Sunday baking at home! WeeEeeeeeee ^______^

ö
ö
ö
ö
ö
ö
ö
ö
Maaflah, tak dak selera nak menulis panjang-panjang....rasa muak dan mual melihat keletah monyet-monyet di jalanan pusat bandaraya Kuala Lumpur yesterday. Malu dan sedih sangat dengan tindakan tidak berakal [monyet memang x dak akal ekkk...]. Kemakmuran, kegemilangan dan keharmonian masyarakat Malaysia hancur sekelip mata kerana kegilaan kuasa. Chek neutral dan tidak menyokong atau membantah mana-mana pihak tapi hanya satu yang chek dukung seumur hidup chek iaitu keamanan hidup bermasyarakat dan kesejahteraan berkekalan untuk negara chek yang terchenta!  Kalau pun kamu di pihak yang betul, apa perlu dan inikah caranya untuk menuntut hak dan menyuarakan pendapat? Memalukan negara sendiri!!! Memang chek patriotik sebab chek bangsa dan rakyat Malaysia. Chek sayangkan negara chek sendiri! Chek hormat negara chek sendiri!

Suami isteri lagikan tergeget inikan pula negara yang populasinya 27juta berbilang kaum, bangsa dan agama? Tapi perlukah pukul isteri atau anak semata-mata nak menunjukkan kamu suami yang hebat, berkuasa dan betul dalam semua perkara????

Pandai bertutur menyusun kata, namun kosong akal dan budi bahasa tidak akan membawa kita ke mana. Semoga Malaysia tercinta terus makmur, aman, damai dan sejahtera!

I ♥ u Malaysia!