Owh! chek sukerr!
Bila makan sesuatu yang lazat, I love to try to cook it myself.
So, hari nie jom cikjah kita masak green curry...yeyyyyy!!!

Sebenar-benarnya chek sangat tak suka daun ketumbar. Busuk!
Kalo makan kat luar memang selalu pesan tak mo letak daun ketumbar. Tapi sebab nak mencuba  masak green curry, for the first time chek beli daun ketumbar...lol
Tapi bila dah blender bersama bahan2 yang  lain, okay jugak. chek boleh terima. Tak busuk lah...bau wangi macam green curry paste...heheheeee


Bahan-bahan:

~ 8-10 cili hijau besar*
~ 1 ulas bawang besar*
~ sedikit halia*
~ sedikit lengkuas*
~ 2 ulas bawang putih*
~ 2 batang serai*
~ 1 pokok daun ketumbar bersama akar*
~ 1 pokok daun bawang*
~ sedikit belacan*
~ sedikit udang kering*
~ 2tsp ketumbar*
~ 2tsp jintan kasar*
~ sos ikan
~ santan
~ terung belanda / terung rapuh kecil
~ daun limau purut
~ daun selasih
~ sedikit jus limau kasturi
~ daging

Daun selasih [basil] dan daun limau purut tanam sendiri taw :)

Cara-cara:

1) Semua bahan * dikisar halus seperti di atas.
2) Panaskan kuali dan tumis pes hijau hingga naik wangi. Masukkan daun limau purut dan serai yang diketuk.
3) Masukkan daging  dan biar mereneh seketika.
4) Masukkan santan. Biar hingga mendidih.
5) Perasakan dengan garam, sos ikan dan sedikit gula.
6) Masukkan terung dan cili padi untuk hiasan dan sedikit rasa pedas jika suka.
7) Masukkan daun selasih dan jus limau kasturi. Biar seketika dan tutup api.


Siap dah! :))


and mesti lar buat namprik jugak...heheheeee
Baru lengkap 1 set ala-ala Thai...whheeeeww!!!