Bahan:
■ Betik muda yg di sagat memanjang.
■ Udang kering [direndam dan toskan]
■ Kacang panjang. Kalo suka boleh masukkan skali [dipatah patahkan]
■ 3 ulas bawang putih
■ Kacang tanah [disangan & di tumbuk sedikit kasar]
■ Bawang besar [jika suka. dihiris nipis]
■ Cili padi [ikut tahap berapi anda]
■ Jus limau nipis
■ Air asam jawa [jika suka. Ikut selera]
■ Tomato [dihiris]
■ Gula [ikut tahap diabetes anda]
■ Sos ikan
■ Ikan bilis [digoreng garing]
Cara:
1. Tumbuk sumer bahan rencah dlm lesung [bwg putih, udang kering, cili padi. Masukkan sos ikan, jus limau nipis & air asam jawa [jika suka]. Kacau sebati
2. Adjust rasa dengan gula.
3. Dalam mangkuk besar yang cantik gaulkan sumer bahan bersama hirisan betik, tomato, kacang panjang dan ikan bilis goreng. Tambah hirisan cili padi untuk memeriahkan rasa pedass!!! Ouch! :)
Tabur kacang goreng dan siap! Sedap!!! :)
Psstt!: I don't have pokok betik. So, a bit difficult to get betik yang betul2 muda [isi kaler putih]. Mine here is slightly kaler jingga betik-nya. Ini lar yg terbaik jumpa di C4...heheheee