Yorkshire pudding adalah hidangan tradisi British. Selalunya ia dimakan bersama hidangan utama seperti roast beef atau sebagai pencuci mulut dan lebih dikenali sebagai hidangan hari Ahad di mana semua ahli keluarga makan dan meluangkan masa bersama-sama.

Ini adalah pertama kali kami buat Yorkshire pudding. Sedang kami clueless tak taw nak masak apa to pair my main course tiba-tiba a brilliant idea popped out - Yorksire pudding! Terus ingatan menerawang kepada makan malam best di Smokehouse, CH.

Bahan:

125g tepung gandum
2 biji telur
250ml susu
Pinch of salt
Minyak masak / minyak jagung


Cara:

1. Ayak tepung ke dalam bekas. Masukkan garam.


2. Buatkan telaga di tengah dan pecahkan telur.


3. Maksudkan sedikit susu dan mula kacau adunan dari dalam ke luar sedikit demi sedikit dalam bentuk pusaran. Masukkan baki susu dan kacau hingga tiada bintil tepung. Rehatkan adunan di dalam peti sejuk selama 30 minit.

Rising high Yorkshire puddings in the oven

4. Panaskan oven 220C. Masukkan baking tray yang diisi dengan sedikit minyak di dalam setiap lubang ke dalam oven selama 5 minit atau  hingga minyak panas.

5. Keluarkan baking tray dan tuang adunan. Minyak yang panas akan berdesir bila adunan dituang ke atasnya. Ini penting untuk memastikan Yorkshire pudding naik dengan jayanya.


6. Bakar selama 20-30 minit atau hingga kuning keemasan.


 Yorkshire pudding siap. Lazatnya tidak terkata dan kalo cikjah buat nie pasti anak-anak suka! Rasanya mirip cucuq teloq sket. Bezanya adunan ini ada susu dan dibakar. Mudah dan sedap! Yorkshire pudding juga boleh dimakan as dessert. Enak bersama ice cream, caramelized fruits, custard sauce and etc.


Untuk salad pula kami sediakan beetroot salad with orange dressing. Owh my! The beetroot bukan sahaja cantik malah lazat.


Here it goes my delicious lunch meal of the day. Happy trying and you gonna love it!