Alhamdulillah. Niat nak buat pulut kuning dan terlaksana. Lama sangat tertangguh.
Kami khatam Quran bulan Ramadhan 1435 yang lalu, tapi skarang bulan Safar 1436 baru nak buat. Takpalah yang penting khatam. Pulut kuning pula simbolik sebagai tanda kesyukuran.
Kami memang suka dan dah menjadi kebiasaan untuk buat pulut kuning untuk 'meraikan' khatam Quran. Terasa istimewa dan memberi kami motivasi serta dorongan. Walopun bukan selalu khatam Quran, heheee namun kami cuba untuk menjadikan ianya suatu amalan. Alhamdulillah, kalo takdak halangan dan aral kami mengambil masa selama 12 bulan untuk khatam Quran. Yes, kami tahu....laaaaaaamanya! Tapi takpa lah kan, elok 12 bulan dari takdak bulan...heheee
Selalunya, juzuk 30 akan berakhir di bulan Ramadhan. Bermula Syawal, kami terus sambung juzuk 1 semula. Dah jadi macam acara tahunan. Seronok. Al-Quran dibaca hampir setiap hari [jangan lupa tolak cuti...Aww!] dengan purata antara 4 - 6 muka surat. Cuma, kami perlu berusaha untuk pendekkan tempoh 12 bulan tu. Mungkin kami kena plan untuk jadikan 8 bulan. Kemudian 6 bulan, lepas tu 3 bulan. Amin.
Alhamdulillah. kami terinspirasi apabila kami menonton satu temubual di TV beberapa tahun yang lalu berkenaan seorang warga emas yang berumur lebih 100 tahun di Kelantan yang berkahwin dengan seorang jejaka muda yang berusian 30-an. Jarak usia mereka sangat sangat sangat jauh berbeza. Kehidupan mereka pula sangat miskin. Si suami sekadar kerja kampung manakala nenek tua itu dulu ketika masih kuat mengajar budak-budak mengaji Quran. Tapi sebab usianya yang dah tua, dia kini dah tak mengajar kelas mengaji lagi. Bila ditanya oleh wartawan apa aktiviti harian nenek tua dan suaminya, ini jawapan beliau: [setelah diterjemah dalam loghat Kedah...hehee]
"Takdak buat apa. Anak pun takdak. Rumah makcik takdak tibi. Masak pun makcik dah tak brapa larat. Kadang-kadang suami yang masak. Slalunya, masak, makan, solat pastu baca Quran saja lar. Bulih lar, dua tiga bulan sekali khatam Quran."
MashaAllah. Nenek tua umur 100 tahun lebih pun mampu. Kami terasa begitu tercabar. Sejak itulah, kami berazam. InshaAllah dan Alhamdulillah. Tapi cikjah jangan salah faham atau anggap kami riak atau seumpamanya. Moga-moga kita sama-sama terinspirasi oleh cerita nenek tua itu. Tak banyak, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Tapi jangan pula cikjah terinspirasi nak makan banyak bila tengok gambar rendang daging yang marvelous ini...hehee
Harapnya cikjah akan lebih terinspirasi untuk tumis rendang bagi hidangan sekeluarga nanti.
Kalo nak buat pulut kunin, okay lar tu pi rendam pulut sekarang. Esok pagi dah bleh kukus. Bye!