.
Dec 8, 2014
Alhamdulillah. Syukur Allah. Terima kasih Allah. Nikmat hujan yang Kau berikan sangat bermakna. Kerja-kerja kebun tukang kebun menjadi sangat mudah. Tukang kebun tak perlu siram pokok setiap hari, pokok lebih cepat membesar dan subur serta taman sari tukang kebun sangat santek sekali. Aiceh! Musim hujan begini sangat sesuai untuk tukang kebun lakukan aktiviti pruning and deadheading. Pucuk-pucuk baru keluar dengan cepat dan sangat sihat.
Anak-anak pokok cabai melaka / cili padi dari semaian biji dah besar-besar belaka. A few pots dah mula berbunga dan mengeluarkan putik buah cili. Yes!
Ini pula semaian pokok pudina dari keratan batang. Bolehlah untuk buat perasa tambahan dalam masakan dan minuman tukang kebun.
Pokok selasih yang ditanam dari anak benih pun dah besar. Tukang kebun memang over kalo semai pokok. Bajet ada tanah serelong, tapi yang ada cuma sedepa....hahaaa
Sudahnya, tukang kebun dah kehabisan pasu dan tempat nak tanam dan letak pokok-pokok tersebut. Dalam pasu DIY botol plastik minuman pun boleh lah. Lantai dah penuh, tepi tingkap pun okay lah...hehee
New batch of pokok terung sarawak. Memang jenis debab pokok terung nie. Abes lindung pokok-pokok kecil kat bawahnya.
Pokok kunyit tukang kebun semai dari ubi kunyit beli kat kedai. Jenis elok bakanya. Daun besar-besar. Tapi beberapa helai daun dah jadi renda kena makan dengan serangga. Rasa rendang agaknya dalam perut serangga tu kan? Ahaks!
- Pienkcat
- Malaysia
- I don't remember a witch ...but there was a black adorable cat who sat down beside me and told me that "I'm a cat who has strong legs, beautiful heart and the ♥ of thrills, I like to climb things - including hills. I ♥ pink and I ♥ cat and again the black cat told me that I'm a lovely friendly Pienkcat"