Pokok Jemerlang Laut yang ditanam sebagai pokok teduhan oleh Majlis di depan rumah kami kini kembali mengalami musim gugur daun. Bayangkan sepokok besaq pokok Jemerlang yang mempunyai daun yang bersaiz sangat halus sekitar 8-25mm panjang ini akan menggugurkan SEMUA daun ke bumi secara berperingkat dalam tempoh lebih dari empat minggu bergantung kepada saiz pokok.

Lebih menakjubkan, musim gugur daun ini tidak berlaku secara serentak kepada semua pokok Jemerlang di kawasan kediaman kami. Sekarang ini pokok yang betul-betul di depan rumah kami sedang gugur daun. Bulan depan mungkin pokok di seberang jalan, dua bulan lagi mungkin pokok di hadapan rumah jiran pula. Kesimpulannya di sini, hampir setiap hari kami perlu sapu daun yang gugur. Dah jadi rutin!

Apa tidaknya, tak lalu dan tak tahan mata kami melihat daun-daun yang gugur berserakkan di hadapan rumah, di dalam garden dan seberang jalan rumah. Sakit mata dan sakit hati!
Jadual sapuan oleh pekerja Majlis pulah entah di mana. Kelibat pun tak nampak. Nak tunggu depa mai sapu kena tunggu berbulan-bulan walhal dalam jadual tertulis sebulan 2 ke 3 kali. Repot dah banyak kali repot. Tapi takdak perubahan pun? Uh!


Serakan daun Jemerlang yang gugur di seberang jalan kawasan kediaman. Ishhh! memang menyakitkan mata dan hati kami.  Oleh kerana saiz daun Jemerlang yang sangat kecil, daun yang gugur dan kering ini sangat mudah ditiup angin. Kalo kena sudut dan darjah tiupan angin, penuh car porch kami dengan daun-daun sebegini. Owh my! Lebih teruk kalo ada hujan. Daun-daun kecil yang basah dengan mudah melekat pada tapak kasut dan tayar kereta. Nah! belemoih lantai car-porch kami dengan daun-daun kecil yang basah melekit-lekit. Adeh...


Selalunya, kalo kami balik kerja masih bertemankan matahari memang kami terus pegang penyapu sapu daun-daun kering ini dulu walopun masih segak bergaya dalam pakaian kerja. Sapu pula bukan ala-ala. Menyapu mesti guna penyapu lidi supaya bersih. Terbongkok-bongkok menyapu...memang berfeluh tap..tapp...Kalo tak pi gym pun kira okay lar juga, consider as a part of workout.

Hujung minggu pula memang dah jadi acara tetap semua residen di sini terutamanya yang ada maid untuk menyapu daunan kering yang berlonggok-longgok ini. Kalo terdengar bunyi geseran penyapu lidi di atas jalan tar tu, masing-masing macam dapat sawan penyapu, hati terus rasa tergedik-gedikk nak sama-sama keluar menyapu supaya laman bersih. Ahaks! 

Sepokok besaq pokok Jemerlang yang dah togel.
Bayangkan sepokok besaq nie jugak kami dok bongkokk menyapu..hahaa

Setiap pagi kalo pergi office lalu depan rumah jiran yang ada maid, rasa jeles sangat sebab laman dan seberang jalan rumah depa dah bersih cantik. Awal-awal pagi dah siap menyapu. Sedap mata memandang. 

Alhamdulillah, walopun kami kerja keluar pagi balik petang atau malam and maidless, kawasan rumah kami agak bersih berbanding jiran-jiran kami. My immediate neighbour yang satu nie memang jarang sangat menyapu. Setahun cuma 1-2 kali saja. Jiran yang sebelahnya pun sama. Padahal rumah family, anak-anak pun dah besar. Pengsan kami kalo ada halaman dan depan rumah daun berselerak macam nie! Toink! Pada kami penampilan entrance dan hadapan rumah adalah penting. Kalopun takdak pokok bunga tapi biarlah bersih dan kemas.


Sekali menyapu dengan mudah kami boleh collect dua bungkusan plastik sampah saiz XL penuh dengan daun kering. Hakikatnya kami bukan sapu depan rumah saja, malah sapu jalan raya dan seberang jalan rumah sekali. Sekarang musim gugur daun, beberapa minggu lagi, daun baru akan tumbuh dan pohon Jemerlang akan kembali merimbun kehijauan. Beberapa minggu kemudian, akan keluar bunga-bunga kuning yang cantik. Pokok yang hijau akan bertukar menjadi kuning kerana dipenuhi dengan bunga. Kemudian, akan tiba musim gugur bunga pula.......kembali menyapu! Begitulah kitaran pokok Jemerlang Laut......hurmm...

Bunga pokok Jemerlang Laut
Sumber: Google