Tara!!! Projek Selom
Ini batch nombot 2.   Batch nombot 1 dah habes tuai sampai depa dah merajuk takmo tumbuh daun lagi...hahahaa. Lagipun batch nombot 1 tu kena serangan semut hitam. huh! geram betoi kat geng semut hitam...Nah!! bedebushhhh 17kali.

Kami tanam dari keratan batang. Hari tu beli daun selom banyak, so, kami potong amik daun jar. Batangnya kami rendam dalam balang berisi air sampai keluar akar then baru transfer ke dalam pasu. Inilah hasilnya selepas seminggu. All the best to Projek Selom :)


Sekarang nie cik kaduk dan cik kesum bukan main lagi meriah. Merimbun naik walopun tanam dalam pasu. Suker sangat! Daun kesum nie pun dah batch nombot 2. Batch nombot 1 pun menerima padah yang sama akibat serangan semut hitam T___T 
Kami tak pernah beli anak pokok kesum kat nursery. Kalo beli daun kesum untuk buat laksa, lebihan batang daun kesum tu kami potong cucuk jar dalam pasu. Kena rajin siram dan letak baja baru pokok kesum tumbuh gembira.

Pokok kaduk plak tak payah citer lar, kat mana-mana pun bleh tumbuh dengan gembira sampaikan masuk dalam pasu pokok lain....huh!


Hari tu masa musim panas lit-litt, pokok cekur merajuk. Daun yang keluar kecik-kecik dan terbakar di sekeling. Tapi Alhamdulillah sebab sekarang cuaca tak panas sangat dan selalu hujan maka cik cekur dah kembali mendemokkan semula. Yeyyy!!!
Tapi kalo pun pokok cekur cikjah mati atau kering kontang, jangan buang tau. Sebab ubi cekur tengah 'bertapa' kat dalam tanah. Kalo betul kaedah siraman atau musim hujan, nanti cekur akan tumbuh semula.



Projek Bendi yang juga batch nombot 2. Batch nombot 1 tak sempat nak berbunga pun dah kena getu dengan cik siput. Banyak betul serangga dan hewan kat rumah kami ni yerrr..iskk..iskkk
Kalo pagi-pagi selepas hujan, kerja dok kutip cik siput babi jar...hahaaaa...Eeeiii gross!
Ubat siput dah tabur, tapi sebab hujan turun lebat, abes hanyut dan dissolved masuk tanah agaknya. 

Chewahhhh!!!!

Ini saja jar iklan, my late bushy Petunia yang segak cun melecun. Rindu plak kat dia...Ahaks!
Tapi kami dah serik nak tanam Petunia. Sebab it's a season flower. Beside very sensitip, it can only last for 3-4 months. Penat lar kami nak ulang alik nursery....heheeee