Geram tengok daun kaduk yang menjalar hijau at my backyard garden. Bila tengok daun kaduk satu menu saja yang menghantui kami.....Gulai Siput Paip dan Daun Kaduk.
MasyaAllah!!! sedapnya tak terkata. Itu adalah salah satu masakan kegemaran kami ketika zaman membesar di kampung. Sekarang nie, kat kampung pun dah susah nak jumpa siput paip. Sebab bendang pun dah abes depa jual buat rumah teres....heheee

My pokok kaduk & kesum at backyard garden. Planted in Baba's long pot.

So, apa kami nak buat dengan daun kaduk yang banyak nie? urmmmm......kodek-kodekk resepi, maka kami pun bercadang nak buat Mieng Kham ataupun Sireh Kaduk.
Senang jar cuma yang renyah nak menyediakan filling ataupun bahan-bahan sampingan.
Tapi kalo dah rajin tu, memang rajin! hahaaaaa


Mieng Kham nie sangat popular sebagai 'Appertizer' di Thailand dan Vietnam. Rasanya memang unik kerana daun kaduk adalah sejenis daun herba yang bukan sahaja baik untuk kesihatan malah mempunyai bau wangi unik yang tersendiri. Daun kaduk jika di  makan begitu sahaja tidaklah ketara sangat rasanya berbanding jika di rebus.  Kalo cikjah rebus daun kaduk buat ulam, pherrghhh! bau dia cukup menyelerakan. Tapi kepada bukan penggemar daun kaduk depa akan kata...eeeiiii!! bau macam bushuukk jar....hahahaaaa


Bahan -bahan Sos:
[Ada banyak resepi dan versi bertebaran di internet. This one kami amik dari blog encik Matgebu. Adapun diberi sukatan yang terperinci, kami guna kaedah 'eyeball' saja. Maklumlah malas nak menyukatt...heheee]

  • 200g gula melaka - potong kecil supaya mudah cair bila direbus
  • 200ml air - rebus air bersama gula melaka hingga cair  dan tinggal separuh kuantiti. Biarkan sejuk
  • 2tbsp sos ikan
  • 1/2 inci belacan bakar
  • 3 biji bawang  merah - jangan kupas...hiap! - panggang dlm pre-heated oven selama  15minit
  • 1cm halia  - jangan kupas...hiap! - panggang dlm  pre-heated oven selama 15minit
  • 1.5cm lengkuas  - jangan kupas...hiap!  - panggang dlm pre-heated oven selama 15minit
  • 50g kelapa parut - goreng tanpa minyak hingga perang
  • Sedikit kacang tanah - goreng dan tumbuk kasar


Cara menyediakan Sos:
  1. Kupas kulit bawang  merah, lengkuas dan halia yang telah dipanggang. Potong kecil.
  2. Satukan semua bahan bersama air gula melaka di dalam blender. Kisar hingga halus. Taburkan kacang tanah dan hidang.

Notes: Kami kurangkan kuantiti gula melaka, sebab tu sos kami kurang hitam. 


Bahan -bahan Isi /Filling: 

4 biji bawang merah - potong dadu
2 biji limau nipis - kupas kulit dan buang empulur. Potong kecil
6 biji cili padi - potong kecil
2tbsp udang kering - rendam dan goreng tanpa minyak. Tumbuk kasar
3 batang serai - potong nipis
100g kacang tanah - goreng tanpa minyak. Tumbuk kasar
80g kelapa parut putih - goreng tanpa minyak hingga perang
10g halia muda - hiris nipis
1 kuntum bunga kantan - hiris nipis [kami ganti daun kesum]
Daun kaduk di cuci bersih.

Cara nak makan


Taburkan semua filling di atas daun kaduk


Siram kuah


Lipat dan sedia di makan. Memang unik dan lazat! Gabungan rasa kesemua bahan filling cukup menarik dan seperti meletop-letopp dalam  mulut kami.

Kalo cikjah tak suka daun kaduk, boleh gantikan dengan 'blanched' Beijing Cabbage. Sedap jugak sebab daun Kobis Beijing mempunyai sedikit rasa manis.