Dulu kalo kat kampung, kalo nak makan menu ayam bakar mesti waktu bulan puasa. Pakat ramai-ramai amik giliran kipas ayam. Pastu pakat teriak abes sebab asap masuk mata.
Bukanlah kata bulan tak puasa tak boleh makan, tapi kalo buat ayam bakar waktu bulan puasa lebih terbuka selera dan menyeksa jiwa raga. Sebab dah lar posa tapi terpaksa dok hidu asap ayam bakar yang lazat itu....hahaaaaa
Sabaq...sabaqqq....dugaan bulan puasa.

Tapi sekarang ialah bulan tak posa...heheee. It was weekend. So, banyak masa. Pagi-pagi sesudah subuh dah keluarkan ayam dan buat bumbu untuk perap ayam.

Bumbu Perapan:
[anggaran untuk sebelah bahagian ayam]

3tbsp cili mesin
2tbsp gula
1 ulas bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1 cm halia*
1cm Lengkuas*
2 batang serai*
1 cm kunyit hidup
Garam
2tbsp minyak masak

Cara:
  1. Panaskan minyak masak dan tumis cili mesin. Masukkan gula. Biarkan mereneh lebih kurang 10-15 minit. --- Sila agak anggaran gula. Jangan terlalu pedas dan terlalu manis.
  2. Kisar semua bahan*
  3. Satukan cili yang telah dimasak dan bahan kisar. Lumur pada ayam bersama sedikit garam sebagai perasa. Perap selama 2-4 jam.
  4. Panaskan griddle pan. Bakar ayam hingga masak. Sekali sekala sapu/renjis minyak ke atas ayam. Siap! 

Sedap dan wangi!



Sebagai pelengkap menu kami buat Dalca Daging yang marbeless.

Amboi! cikjah, suap nasi tak sempat toleh kiri kanan....hahaaaaa
Sedap!