.

.

Mar 28, 2012


Nie yang tak suka bila kami tak pi workout kat gym, kami mesti 'workout' kat dapur kami yang hebat tue! Iskkkk!
Cer cikjah bayangkan, sampai rumah dalam pukul 6.30pm kami terus pegang mixer! Owhhh! apakah ini.....
Betullah tu, kalo roh itu datang, maka bila-bila ketika jua ia akan terbit....heheeee
Dok tak dok, sekitar jam 10malam kami dah siap baked and decorated a deliciously beautiful Red Velvet Cake with Cream Cheese Frosting.  Tudia! tengah malam dok makan kek pulak...hahaaaa
Erkk! please don't tell my fitness instructor wokeyy...



Tapi kami tak kesah, tengah malam kar, tengah hari kar, tengah pagi kar, for a delicious homemade cake....anytime darling!


Sementara tunggu cake masak and sejuk untuk di-deco, kami dinner dulu...heheee


Selesai dinner, kami sambung deco cake plak. Ini kira dessert lar kan....fresh from the oven :)



My home lighting concept is romantic style; Dim lighting. So bila amik gambaq waktu malam macam tak cantik sket lar, amik gambaq plak guna iphong jar sbb x larat nak transfer cable bagai pakei camera.  Tapi cake tu cantik kann?  Aicehh...hahaaa


Hurmmm....kalo cikjah nak terai buat cake cantik dan sedap ini, sila kodek-kodek di sini okie....

http://pienkcat.blogspot.com/2011/11/redd-velvett-with-cream-cheese-frosting.html'


Mar 27, 2012




Gulai di hati ku! heheeee
Paling koman mesti 2 minggu sekali nak makan nasi lauk gulai. Kalo masa kat kampung masak untuk family, hari-hari masak lauk gulai....Gulai ikan kembung, Gulai ikan katam, Gulai ikan talang,  Gulai ayam, Gulai daging, Gulai telur ikan, Gulai udang, Gulai ketam, Gulai siput, Gulai perut, Gulai batang pisang, Gulai rebung dan segala macam gulai...hahaaa

Orang Kedah mana bulih makan nasi tak dak lauk gulai. Kami belajar buat gulai pun hanya melalui pemerhatian dan  pengalaman saja. Dok tolong mak kat dapoq sambil dok tengok mak tumis apa, lepas tu boh apa. Lama-lama tererr lar...Lar nie pejam mata pun bulih buat gulai aihhhh...Ahaks! Nak abaq mai, kami start masak darjah 3, by darjah 4 kami dah pandai masak gulai taw....hahaaa...seyess tak der gurau-gurau....ngeeehhhh

Kami tak baper stuju lar bila orang kata lauk gulai tu banyak kalori, kolestrol, lemak, demuk dan yada...yada..yadaaa... Banyak lagi kalori McD, KFC, Pizza and etc kannnnn...
Kalo buat gulai tu jangan lar boh santan pekat sangat. Minyak untuk menumis  tu tak payah lar sampai secawan konon nak bagi gulai nampak cantik bila minyak dok bertakung kat permukaan kuah. Gulai lagi sedap and kick! kalo macam cair-cair sket. Fuhhh! dok tulis nie pun kami dah mouth watering...heheee

Asalnya kami nak buat gulai fav kami --- Gulai ikan merah. Tapi pi market, ikan merah tak elok lar pulak. Ikan merah tak semestinya mata pun merah kan...heheee
So, Gulai ikan tenggiri pun boleh lar. Sekerat badan RM30! Amboi depa...maheiii taw. Tapi kami suker sebab dapat telur ikan tenggiri 2 kantung yang sangat BESAR saiznya....Yeyyy!!

Bahan:

Ikan tenggiri / merah / kembung / bawal and etc
Santan pekat
Santan cair
1 paket rempah ikan
1 . 5tbsp cili mesin
Bawang mesin [1 bawang besar + 2 bawang merah + 3 bawang putih]
Halba campur [tumis ikan]
2 ulas bawang merah - tumbuk kasar untuk tumis
2 ulas bawang putih - tumbuk kasar untuk tumis
1 tangkai daun kari
Bendi
Tomato
Cili merah
Garam
Gula
Sedikit serbuk kunyit
1 . 5 tbsp asam jawa

Cara: 
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah + putih + halba campur + daun kari hingga naik bau dan kekuningan.
  2. Campur dan gaul rempah ikan + cili mesin + bawang mesin + serbuk kunyit + sedikit santan cair dan masukkan ke dalam periuk. Masak hingga rempah naik minyak dan sedikit kering - Bila rempah di masak sempurna, selain kebersihan insyaAllah gulai akan tahan lebih lama dan tak basi.
  3. Masukkan santan cair. Biarkan mereneh  [Kisar kelapa parut (dari 1 biji kelapa) bersama asam jawa yang dibuang biji dan sedikit air supaya blender dapat berputar. Tuangkan kelapa parut kedalam penapis dan perah. Perahan pertama adalah untuk santan pekat. Tambah air dan kisar kelapa parut sekali lagi dan perah untuk perahan kedua iaitu santan cair] ----sorry sebab kami tak suka guna santan segar segera yg dijual kat kedai kawasan kami sbb sangat khuatir kandungannya kerana pekat 'semacam'.
  4. Bila sudah mendidih, masukkan ikan dan santan pekat. Perasakan dengan garam dan sedikit gula secukupnya. 
  5. Bila kuah separuh mendidih masukkan kacang bendi, tomato dan cili merah sebagai hiasan [jika suka]. Jangan terlalu lewat masukkan sayuran kerana sementara menunggu sayuran masak sempurna, ikan akan menjadi terlalu lembut dan hancur jika di masak terlalu lama. Siap!


Senang jar kann...Kalo masak lauk gulai padanannya mesti sambal belacan dan ulaman.  Gerenti meja makan cikjah bergegarrrr! heheee
Hurmmm...walopun kami tererr bergulai dan gulai kami memang sedapp [Ahaks! berbulu cikjah baca ayat nie...muehehee], tapi gulai kekanda kami laaaaagi sedap dan asli kampung. Maybe sebab kekanda kami dah pektis buat gulai many years dari kami kott nooo....  Bleh bayangkan betapa gulainya family kami? hahahaaa

Selamat ber-gulai!


Mar 25, 2012



Fullamakkk!
Kami tak pasti samada cikjah pernah tengok sambal petai versi lagu nie. Petai yang di hiris agak nipis bersama kulit. Kalo nak taw, inilah sambal petai versi orang Kedah.
Ada kar lagu nie?  Ada ngannn.....
Dari kecik sampai besar, inilah sambal petai yang menjadi kegemaran kami. Dulu masa kecik blum pandai makan petai, kami senduk kuah dan daging saja lar....Sedap! 
Selain daging, sesuai juga dimasak bersama udang basah ber-size kecil atau setengah orang menggunakan ikan bilis.

Orang tua-tua kata, makan petai sekali dengan kulit boleh buat ubat. Sebenarnya baik untuk kesihatan :)  Sambalnya cair tidak terlalu pekat namun sebatian rasa petai dan manis daging di dalam kuah yang mengandungi sedikit santan itulah yang memberi keisimewaan kepada masakan sambal petai versi utara ini.  Makan tak jemu. 



Ha! yang nie plak kami masak sambal petai versi moden. Kuah pekat melekat.  Petai togel sebijik-bijik supaya nampak seksi...eeuuwww!
Berbeza kan? Apapun versi, masakan sambal petai memang best! [tapi of courselah versi Kedah laaaagi sedap....hahaaaa]

Bahan:
  • Petai - Cuci bersih. Buang line kiri dan kanan dan hiris sederhana nipis bersama kulit
  • Daging - hiris nipis
  • Bawang merah - untuk tumis
  • Bawang putih - untuk tumis
  • Cili mesin [kisar cili kering rebus bersama belacan dan sedikit asam jawa] 
  • 1 ulas bawang besar size M - kisar
  • 1 cawan santan
  • Garam
  • Gula
  • 2 keping asam gelugor
Cara: 
  1. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan bawang kisar. Biarkan mereneh sekitar 5 minit.
  3. Masukkan cili mesin. Masukkan gula dan asam gelugor. Renehkan selama 15 minit supaya cili masak.
  4. Masukkan daging. Renehkan 10 minit di dalam sambal. 
  5. Masukkan santan. Biarkan mereneh hingga daging empuk. Masukkan hirisan petai. Perasakan dengan garam secukupnya dan masak lagi 10-12 minit.  Siap!
Tips: Sambal petai versi utara nie memang sedikit berkuah.  Amaran! kuahnya memang lazat!
Kalo nak lebihkan kuah bolehlah tambah santan atau air. Oleh kerana ada penggunaan santan, maka sebab tu lah warna kuah sambal tak merah sangat.


Kalo orang bandar balik kampung, inilah salah satu menu yang menjadi harapan depa akan terhidang di atas meja makan mak kat kampung....heheeee


Mar 22, 2012


Amboi! cikjah....hebat! pulun sakan aihhh depa.
Mestilah. Kami kan adrenaline junkie...heheee. Kalo tak workout badan rasa semacam, berat dan malas. Adalah satu nikmat bila badan dapat berpeluh. Rasa best tak terkata-kata. 
Dah jadi routine on every Monday kami wajib pi gym dan  pulun kayuh sakan in RPM class. Kayuh laju kot-kot basikal sampai depan kat instructor ensem tue....hahaaaa [it never happened okay...lol]

Tapi, ada syaitonn dan bisik-bisik kat telinga kami "alah...tak payah lar pi gym....macam malas jar. Baik balik rumah terus"......Toink!
Kami termakan pujukan syaitonn.....adeh.....tapi sampai rumah, kami tebus kesalahan itu dengan pegi taman buat TRX workout. Hoyyeeee!!!

Hebat! tak sangka ramai jugak orang dok jogging kat taman. Maklumlah lepas kerja and it was Monday. Secara tak langsung, ramai jugak joggers yang dok jeling-jeling dan melihat kebingungan dengan aksi dan gaya TRX workout kami. Hinggakan ada seorang bro nie dari berdiri dah mencangkung dok perati kami dari jauh. Kami ingatkan dia nak lepaskan lelah penat berlari. Tapi dah 5 minit dia dok perati kami. Kami tengok kat dia,  kami senyum sikit. Pastu terus bro tu mai kat kami and 
he said:  "how long u been doing this? Is it good? u don't mind I'm watching u for a while?"
Me: Erkkkk! [can I say no?] heheee


It was Tuesday. My rest day. Supposed to be no workout or what so ever. After work, terus balik rumah. Tapi bila sampai rumah, membuak-buak perasaan ingin berlari-lari datang. Tudia aihhh!!! Hebat!  It was 6.20pm. Cepat-cepat kami salin baju and went for evening run. Dapat lar 3km. Okay lar tu. Fuhhh!!!


Ingat cikjah, kalo cikjah dah sign up jadi member at any fitness club, jangan hangat-hangat pupu ayam jar, mesti komited. Tak pa kalo tak datang selalu. Tapi mesti cuba datang once a week. Lepas tu dah lama-lama jadikan twice a week and so on setakat mampu. Yang penting datang and feel the adrenaline pumping in your body. Awesome!

It was yesterday, Wednesday. Super crazy. I joined 1hour  RPM Challenge Class. OMG!!! It was 9 song tracks instead of 7. I did pretty awesome.  I survived beautifully....heheeee. Right after RPM, I joined the 1hour special class of TRX. It was only 10 minutes break in between those two classes. Goshhhh!
In this special class the instructor divided us into 4 groups. Group 1 buat TRX,  Group 2 buat Viper, Group 3 buat Bosu and Group 4 buat Kettlebell. After 1 minute session,  we rotated the workouts. It was fun!  Again I survived beautifully!  heheee
It was tremendously a great two workout sessions for me. Whhewww!!!

Well, hari nie is Thursday and will be no workout. It's definitely a resting day for my muscles.
Friday? uurmmmmm....kalo tak busy memasak and [and makan],  insyaAllah morning run or evening run.   Jom cikjah!  :)


Mar 19, 2012


Geram tengok daun kaduk yang menjalar hijau at my backyard garden. Bila tengok daun kaduk satu menu saja yang menghantui kami.....Gulai Siput Paip dan Daun Kaduk.
MasyaAllah!!! sedapnya tak terkata. Itu adalah salah satu masakan kegemaran kami ketika zaman membesar di kampung. Sekarang nie, kat kampung pun dah susah nak jumpa siput paip. Sebab bendang pun dah abes depa jual buat rumah teres....heheee

My pokok kaduk & kesum at backyard garden. Planted in Baba's long pot.

So, apa kami nak buat dengan daun kaduk yang banyak nie? urmmmm......kodek-kodekk resepi, maka kami pun bercadang nak buat Mieng Kham ataupun Sireh Kaduk.
Senang jar cuma yang renyah nak menyediakan filling ataupun bahan-bahan sampingan.
Tapi kalo dah rajin tu, memang rajin! hahaaaaa


Mieng Kham nie sangat popular sebagai 'Appertizer' di Thailand dan Vietnam. Rasanya memang unik kerana daun kaduk adalah sejenis daun herba yang bukan sahaja baik untuk kesihatan malah mempunyai bau wangi unik yang tersendiri. Daun kaduk jika di  makan begitu sahaja tidaklah ketara sangat rasanya berbanding jika di rebus.  Kalo cikjah rebus daun kaduk buat ulam, pherrghhh! bau dia cukup menyelerakan. Tapi kepada bukan penggemar daun kaduk depa akan kata...eeeiiii!! bau macam bushuukk jar....hahahaaaa


Bahan -bahan Sos:
[Ada banyak resepi dan versi bertebaran di internet. This one kami amik dari blog encik Matgebu. Adapun diberi sukatan yang terperinci, kami guna kaedah 'eyeball' saja. Maklumlah malas nak menyukatt...heheee]

  • 200g gula melaka - potong kecil supaya mudah cair bila direbus
  • 200ml air - rebus air bersama gula melaka hingga cair  dan tinggal separuh kuantiti. Biarkan sejuk
  • 2tbsp sos ikan
  • 1/2 inci belacan bakar
  • 3 biji bawang  merah - jangan kupas...hiap! - panggang dlm pre-heated oven selama  15minit
  • 1cm halia  - jangan kupas...hiap! - panggang dlm  pre-heated oven selama 15minit
  • 1.5cm lengkuas  - jangan kupas...hiap!  - panggang dlm pre-heated oven selama 15minit
  • 50g kelapa parut - goreng tanpa minyak hingga perang
  • Sedikit kacang tanah - goreng dan tumbuk kasar


Cara menyediakan Sos:
  1. Kupas kulit bawang  merah, lengkuas dan halia yang telah dipanggang. Potong kecil.
  2. Satukan semua bahan bersama air gula melaka di dalam blender. Kisar hingga halus. Taburkan kacang tanah dan hidang.

Notes: Kami kurangkan kuantiti gula melaka, sebab tu sos kami kurang hitam. 


Bahan -bahan Isi /Filling: 

4 biji bawang merah - potong dadu
2 biji limau nipis - kupas kulit dan buang empulur. Potong kecil
6 biji cili padi - potong kecil
2tbsp udang kering - rendam dan goreng tanpa minyak. Tumbuk kasar
3 batang serai - potong nipis
100g kacang tanah - goreng tanpa minyak. Tumbuk kasar
80g kelapa parut putih - goreng tanpa minyak hingga perang
10g halia muda - hiris nipis
1 kuntum bunga kantan - hiris nipis [kami ganti daun kesum]
Daun kaduk di cuci bersih.

Cara nak makan


Taburkan semua filling di atas daun kaduk


Siram kuah


Lipat dan sedia di makan. Memang unik dan lazat! Gabungan rasa kesemua bahan filling cukup menarik dan seperti meletop-letopp dalam  mulut kami.

Kalo cikjah tak suka daun kaduk, boleh gantikan dengan 'blanched' Beijing Cabbage. Sedap jugak sebab daun Kobis Beijing mempunyai sedikit rasa manis.



Mar 18, 2012


Dulu kalo kat kampung, kalo nak makan menu ayam bakar mesti waktu bulan puasa. Pakat ramai-ramai amik giliran kipas ayam. Pastu pakat teriak abes sebab asap masuk mata.
Bukanlah kata bulan tak puasa tak boleh makan, tapi kalo buat ayam bakar waktu bulan puasa lebih terbuka selera dan menyeksa jiwa raga. Sebab dah lar posa tapi terpaksa dok hidu asap ayam bakar yang lazat itu....hahaaaaa
Sabaq...sabaqqq....dugaan bulan puasa.

Tapi sekarang ialah bulan tak posa...heheee. It was weekend. So, banyak masa. Pagi-pagi sesudah subuh dah keluarkan ayam dan buat bumbu untuk perap ayam.

Bumbu Perapan:
[anggaran untuk sebelah bahagian ayam]

3tbsp cili mesin
2tbsp gula
1 ulas bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1 cm halia*
1cm Lengkuas*
2 batang serai*
1 cm kunyit hidup
Garam
2tbsp minyak masak

Cara:
  1. Panaskan minyak masak dan tumis cili mesin. Masukkan gula. Biarkan mereneh lebih kurang 10-15 minit. --- Sila agak anggaran gula. Jangan terlalu pedas dan terlalu manis.
  2. Kisar semua bahan*
  3. Satukan cili yang telah dimasak dan bahan kisar. Lumur pada ayam bersama sedikit garam sebagai perasa. Perap selama 2-4 jam.
  4. Panaskan griddle pan. Bakar ayam hingga masak. Sekali sekala sapu/renjis minyak ke atas ayam. Siap! 

Sedap dan wangi!



Sebagai pelengkap menu kami buat Dalca Daging yang marbeless.

Amboi! cikjah, suap nasi tak sempat toleh kiri kanan....hahaaaaa
Sedap!


Mar 16, 2012



Tara!!! Projek Selom
Ini batch nombot 2.   Batch nombot 1 dah habes tuai sampai depa dah merajuk takmo tumbuh daun lagi...hahahaa. Lagipun batch nombot 1 tu kena serangan semut hitam. huh! geram betoi kat geng semut hitam...Nah!! bedebushhhh 17kali.

Kami tanam dari keratan batang. Hari tu beli daun selom banyak, so, kami potong amik daun jar. Batangnya kami rendam dalam balang berisi air sampai keluar akar then baru transfer ke dalam pasu. Inilah hasilnya selepas seminggu. All the best to Projek Selom :)


Sekarang nie cik kaduk dan cik kesum bukan main lagi meriah. Merimbun naik walopun tanam dalam pasu. Suker sangat! Daun kesum nie pun dah batch nombot 2. Batch nombot 1 pun menerima padah yang sama akibat serangan semut hitam T___T 
Kami tak pernah beli anak pokok kesum kat nursery. Kalo beli daun kesum untuk buat laksa, lebihan batang daun kesum tu kami potong cucuk jar dalam pasu. Kena rajin siram dan letak baja baru pokok kesum tumbuh gembira.

Pokok kaduk plak tak payah citer lar, kat mana-mana pun bleh tumbuh dengan gembira sampaikan masuk dalam pasu pokok lain....huh!


Hari tu masa musim panas lit-litt, pokok cekur merajuk. Daun yang keluar kecik-kecik dan terbakar di sekeling. Tapi Alhamdulillah sebab sekarang cuaca tak panas sangat dan selalu hujan maka cik cekur dah kembali mendemokkan semula. Yeyyy!!!
Tapi kalo pun pokok cekur cikjah mati atau kering kontang, jangan buang tau. Sebab ubi cekur tengah 'bertapa' kat dalam tanah. Kalo betul kaedah siraman atau musim hujan, nanti cekur akan tumbuh semula.



Projek Bendi yang juga batch nombot 2. Batch nombot 1 tak sempat nak berbunga pun dah kena getu dengan cik siput. Banyak betul serangga dan hewan kat rumah kami ni yerrr..iskk..iskkk
Kalo pagi-pagi selepas hujan, kerja dok kutip cik siput babi jar...hahaaaa...Eeeiii gross!
Ubat siput dah tabur, tapi sebab hujan turun lebat, abes hanyut dan dissolved masuk tanah agaknya. 

Chewahhhh!!!!

Ini saja jar iklan, my late bushy Petunia yang segak cun melecun. Rindu plak kat dia...Ahaks!
Tapi kami dah serik nak tanam Petunia. Sebab it's a season flower. Beside very sensitip, it can only last for 3-4 months. Penat lar kami nak ulang alik nursery....heheeee



Mar 13, 2012


Fuyyooo!!!
Apakah???
Sila bawa bertenang dan tahan nafass okay...heheee

Alkesah, kami terbaca satu iklan yang  sangat penting dan memikat mata kat dalam The Star. Full page cikjah oiii! Keterujaan berganda! hahaaa
Niat hati nak pi on the first day 8th March, tapi kerja lar plak...ggggrrrrrrr
So, niat terpaksa dibatal, kami pi on second day...yeyyy!!!


Sesudah Subuh kami bersiap-siap macam nak pi office, padahal nak pi shopping.
Kami sampai sini lebih kurang pukul 9.40am.


Tapi look at the long Q !!!
Hat Q kat depan skali tue tak taw lar mai pukul baper nooo? isk! iskkk!!
Lawak pun ada. Kami tersenyum dalam hati sensorang. Tergamak nooo all the cikjah datang dan sanggup Q macam nie....hahaaaaa [that's include me though...LMAO]
Seriously, kami memang tak sangka sampai kena Q panjang macam nie. After 5 minutes Q, kami toleh blakang...tudia! Q panjang berlingkar-lingkarrr.
For info, this is the first time ever Charles & Keith organized their Warehouse Sale in Malaysia.  Sebab tu lar all the shoes addicts went crazy.

Tepat jam 10am, entrance dibuka, tudia!!!! sampai ada yang bertolak-tolak nak masuk dalam hall. Goshh!!!! I've never experienced something like this in my life. Wow!  Sepatutnya kena Q dan seal handbag dulu sebelum bleh masuk hall, tapi orang-orang blakang yang tak sabaq nak masuk hall pakat tolak orang depan. Dari 2 lines, it became 15 lines!!! Serbu!
So, in future kalo nak mai warehouse sale lagu nie harus cikjah pakai sandal dan pakaian yang selesa dan senang nak bergerak. Ada yang mai pakai heel 3 inchi....adehhh....


Bila dah dapat masuk hall, sumer orang seperti tertelan pil kuda, mula berlari-lari ke meja display. Mula berebut-rebut kasut di atas meja. Huh!!! Ada yang siap bawa shopping bag sendiri yang bersaiz XXXL..... memang kegilaan betoi.  Ada yang bawa encik suami atau boiprend suruh jadi tukang pegang beg sementara isteri atau gefprend berhempas pulass berebut kasut kat atas meja display. Ahaks!

Tapi kami control ayu. Cool. Takder lar sampai berlari-lari. Cuma jalan cepat saja...hahaaaa
Alhamdulillah kami sempat grabbed these three beautiful high heels and one pump wedges. Yeyyy!!! suker! Bayangkan kasut yang normally price at RM200, sold at RM70........sila jangan terkezutttt! Sebab tu lar cikjah sumer  pakat histeria. Paling murah sekitar RM29. Tapi kami x minat those shoes with ankle straps and flat ballerina shoes. Peep toe shoes pun kalo nak beli kena tengok design and cutting dulu or else they look funny and make myself look older by 10 years...heheee...serious


Selain kasut, ada juga limited choices of accessories and handbags. Tapi my mission was only on SHOES!  Walopun ini adalah warehouse sale, tapi sumer barang yang dijual memang kelasss dan berkualiti macam mana yang ada kat C&K boutiques. Takdernya yang reject-reject okay. Unlike Zara warehouse sale, sumer jual t-shirt nipis melayang sampai bleh nampak tetekk [oppss!] dan knitted clothes yang tebal and only dry clean material macam lar kat Malaysia nie ada musim salji...heheeee

Cuma yang kami frust sangat ialah bila tanya salesgirl, sumer kasut takdak size....ggrrrrr
Pastu, nak tunggu depa cari size punyalar lama. Nak cari kotak dan masukkan kasut dalam kotak  pun terkedek-kedekk. 5 minit kami tunggu saudari salegirl tu cari kotak untuk kasut kami, tertunduk sana, tertunduk sini. Pastu saudari tu cakap "kasut nie memang takdak kotak" huh!
Dah lar kami sumer ni nak cepat. Kalo lambat 1 second pun, abes lar kasut-kasut kat atas meja tu...hahaaa

Kasut C&K memang santek dan kami suker sebab untuk office range memang bertepatan dengan citarasa kami. Reasonable heels height and sexy...eeeuuwww
Cuma some of the shoes mempunyai tapak yang sangat licin. Awas! satgi jatuh terpeleottt...malu lar cikjah....hikhikkk
Kalo beli C&K shoes kami mesti tampal tapak dulu. Leceh sket, tapi untuk keselamatan.

At 11.30am, kami selesai membeli-belah dengan jayanya. Dengan kiraan dua kali tawaf, kami dapat 4 pairs gorgeous shoes....lalalaalaaaaaa
Masa berjalan kluar dari hall, kami tengok ramai cikjah tengah Q dan blum dapat masuk hall...alahaiii.....kasut kat atas meja dah tinggal serdakk....huhuuuuu
Good Luck!


Mar 12, 2012


Such an adorable cake!
So very 'pienkcat' cake...heheee....comell kan?? comell macam Pienkcat...huh! *ngokngekk*
A delicious red velvet cake with american frosting. Kami guna american frosting sebab hari tu tengok chef Rachel Allen buat in her baking programme nampak cake putih bersih santek skali unlike buttercream frosting yang sedikit yellowish sebab guna butter yang sememangnya berwarna pale yellow.
Memang boleh buat buttercream guna shortening, tapi kami tak suka bau shortening. Very unpleasant smell...urrmmmm

Making this American frosting is a little bit tricky tapi amazing result dan sedap.
Cikjah tak bleh terkurang masak atau terlebih masak. Kalo terkurang masak, icing susah nak mengeras kat luar, kalo terlebih masak, icing susah nak spread. Tapi relaxs aaaa...kalo tak try macam mana nak terer kan? :)

American frosting recipe:

425g caster sugar
100ml water
2 egg whites

1.  Didihkan gula bersama air. Jangan kacau. Sirap gula siap bila disudu, jatuhan air gula itu akan meleleh dan membentuk seperti benang.
2.  Pukul putih telur hinggga bertanduk [very stiff].  Perlahan-lahan tuangkan sirap gula panas ke dalam putih telur sambil  terus memukul adunan.
3.  Pindahkan mangkuk putih telur ke atas periuk yang berisi air mendidih [double boiling] kerana egg whites mesti dimasak. Terus memukul adunan lebih kurang 10 - 15 minit hingga putih seperti salji dan kental seperti adunan meringue. Siap. Terus sapukan ke atas cake.

Tips: Kalo adunan cikjah kurang menjadi maksudnya macam cair sket, jangan risau. Simpan dulu adunan di dalam peti sejuk hingga sedikit kental/keras sebelum di sapu di atas kek.


Kami buat cake nie special  for my bestie for her birthday party at office. Actually kami  deco cake nie sesedap rasa jar sebab selesai buat cake nie dah pukul 12.10am. Penat dan mengantuk. Sebab siang tadi kami terlibat dalam serbuan Charles & Keith warehouse sales....hahaaa
Snapped pictures guna iphone pun tak cantik sebab kurang cahaya.


Dah lar segak [aiceh!], sedap plak tu. My bestie bawa pergi office ramai yang terpegun sebab some of her colleagues tak pernah tengok dan rasa red velvet cake. Ada yang heran pun ada. Depa kata
"why is this cake's colour looks funny?"  .....Erkkk! 
"Kenapa cake nie kaler merah??? Sedap ker?".....Huh!!

Yer, kami paham. Bukan senang nak makan makanan kaler merah kannn....kecuali kalo dapat ang pow kaler merah...hahaaaa.
Ada kak yam tu plak, amik secubit jer sebab nak rasa dulu....lepas rasa terus minta tupperware sebab nak tapau bawa balik rumah....hahaaaa

For the delicious red velvet cake recipe, silalah cikjah kodek-kodek lemari Pienkcat nie yer.....Daaaaa

http://pienkcat.blogspot.com/2011/11/redd-velvett-with-cream-cheese-frosting.html'




Mar 10, 2012


Sekarang kat rumah kami tengah musim luruh....heheeee
Merasa Autum! Eeeeuuwww!


Banyak betul bunga kuning jatuh bertaburan di garden dan halaman rumah. Kalo pagi-pagi, boleh dengar bunyi Buuzzzzinggg yang sangat kuat sebab sekumpulan lebah sedang sibuk menghisap madu di atas pokok.


Tapi kalo dah banyak sangat lagu nie, sapa nak tolong kami sapu nie wehhhh? hahaaaaa
Baru 5 minit sapu, bunga gugur lagi....adehhh.....
Tapi kalo tak sapu, nanti bunga kuning jadi kehitaman pastu rumah kami nampak semak dan tak bersih lar cikjah....Aiceh!

Tapi kami suka lar jugak sebab nampak cantik kuning-kuning tu, cuma 2-3 hari skali kena lar menyapu....

Tapi, kalo nak compare dengan musim gugur bunga dan gugur daun....huh! lebih baik gugur bunga. Kalo gugur daun....aiyo!!! lagi dasat. Sebab daunnya halus-halus lepas tu baaaaaaaaanyak sangat. Kalo sekali sapu confirm dapat 1 plastik penuh beg sampah hitam size Large tu....
Wajib sapu. Kalo malas sapu time musim gugur daun,  nanti banyak sangat semut hitam ambil kesempatan buat sarang kat dalam himpunan daun yang tak disapu....erkk!


Mengikut statistik botani kami, dalam setahun, pokok nie ada 3-stages life cycles:

1) Mengeluarkan pucuk dan daun baru
2) Mengeluarkan bunga dan mengugurkan bunga
3) Mengugurkan daun

Dalam setahun kami merasa 2 rounds of this 3-stages life cycles....bayangkan! jenuh sapu sampah cikjah oiii ....


My neber dah tebang dah pokok nie kat depan rumah dia sebab tak tahan kena slalu sapu sampah...hahaaa


My photo
Malaysia
I don't remember a witch ...but there was a black adorable cat who sat down beside me and told me that "I'm a cat who has strong legs, beautiful heart and the ♥ of thrills, I like to climb things - including hills. I ♥ pink and I ♥ cat and again the black cat told me that I'm a lovely friendly Pienkcat"