.
Feb 15, 2012
Walaupun dah berbelas tahun di kota raya, percaya atau tidak, inilah pertama kali kami menjejakkan kaki ke Kampung Baru. Bukan kerana kurang arif tentang jalan, tetapi kerana tiada keperluanan untuk kami ke sana. Maklumlah, kami nie kurang gemar dan kurang selesa bila bersesak-sesak.
Oleh kerana Kampung Baru cuma 5 minit drive dari Shangri-La Kuala Lumpur, maka kami pun pecah rekod ke sana. Kononnya nak makan sajian yang semakin popular meniti di bibir warga kota yang pernah berkunjung ke sana; Nasi Bubur Berlauk Kampung Baru.
Tak sedap piang!!! huh!
Seriously memang tak sedap. Restaurant pun kurang selesa. Siap ada bau longkang lagi. Layanan pun tidak mesra dan tak bagus. Cukuplah. Inilah yang pertama dan terakhir. Mahaii pulak tu!
Bubur nasi kosong [beras direbus dengan air semata-mata]
+ 1 plate lobak masin
+ 1 plate ikan bilis goreng cili padi
+ 1 plate sayur kailan goreng
+ 1 biji telur masin
+ 1 plate sotong kering salai goreng yang tak sedap!
= RM23
Berbanding dengan bubur nasi Vichuda
Bubur nasi berperisa + udang kering goreng + ayam siat + sambal cili + limau nipis
+ ikan kembung [size A] goreng tabur bawang
+ daging goreng halia
= RM22
Mentalnotes: Memang bubur nasi kampung baru tu banyak lauk, tapi baper sangat harga lobak masin? harga ikan bilis? harga telur masin? nak dibandingkan dengan ikan size A dan daging lembu? urmmmm.....
Memang kami makan tak habis. Geng cikjah yang duduk kat meja sebelah kami pun asik menjeling jar bila kami bangun nak pergi bayar, sedangkan lauk dalam pinggan banyak lagi.
Paling teruk, balik hotel kami terus muntah!!! owhhhhh no!
Sorry cikjah, kami highly recommend cikjah untuk masak bubur berlauk sendiri di rumah. Tak payah susah payah pergi makan kat luar [atau di sini]. Membazir dan buang masa. Nak parking pun mahai. Skali parking RM5. Masak sendiri sudah pasti lazat! makan pun takdak bau longkang :)
- Author name:
- Pienkcat
- Publish date:
- Wednesday, February 15, 2012
- Categories:
- Eating around
- Pienkcat
- Malaysia
- I don't remember a witch ...but there was a black adorable cat who sat down beside me and told me that "I'm a cat who has strong legs, beautiful heart and the ♥ of thrills, I like to climb things - including hills. I ♥ pink and I ♥ cat and again the black cat told me that I'm a lovely friendly Pienkcat"