Biskut yang sangat comel!


Ingredients:

180g  butter
1 cup sugar
1 egg
5tbsp milk
1tsp almond extract [optional]
1tsp vanilla extract
1/2 tsp salt
2 . 5cup all purpose flour [I used wheat flour] --sifted
100g ground almond
Egg white [as glue. Lightly beaten]


Methods:

1) Pukul butter dan gula hingga pucat dan berkrim.
2) Masukkan telur. Pukul hingga adunan sempurna.
3) Masukkan vanilla extract, almond extract [jika guna], garam dan susu segar. Pukul hingga adunan sempurna.
4) Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan juga ground almond. Pukul sebentar sekadar adunan sempurna.


5) Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama rata. Warnakan setiap adunan. Terpulang jika nak buat kurang atau lebih warna. Kami punya traffik light :)
Bungkus dengan plastik dan rehatkan di dalam peti sejuk selama 30-45minit.


6) Keluarkan dan canai doh hingga leper. Alas doh dengan plastik atau baking paper supaya tidak melekat. Nak mencanai pun senang dan bersih.



7) Sapukan putih telur di atas doh 1. Kemudian, hamparkan doh 2 di atasnya. Ulangi proses hingga semua doh habis.


Semasa nak hampar doh, kena budget betul-betul. Jangan terlebih sini sana. Seelokknya kemaskan keliling doh dengan memotong doh membentuk segiempat.  Doh kami di atas tue adalah doh orang tererr...hahaaaa...tererr sampai tak payah nak kemaskan tepian doh...


Gulungkan doh. Kalau doh cikjah bentuk segiempat, kerja menggulung sangatlah mudah dan kemas.


8) Balut doh dengan plastik. Rehatkan di dalam peti sejuk sekali lagi selama 2jam atau semalaman.
Sabar yerr....heheee



9) Keluarkan doh dan potong nipis. Jangan tebal sangat, nanti nak geget patah gigi...hahaaa
Tebal dalam 0.5cm tu kira okay lar.


10) Bakar 180C selama 15-20 minit atau sehingga masak.


Icebox cookies memang sedap. Tambahan pula resepi ini menggunakan ground almond, rasanya sangat lemak. Namun harus diingat, icebox cookies memang sedikit keras bila digigit. Mungkin sebab doh harus direhatkan di dalam peti sejuk. Tapi ia sangat lazat dan cute skali! Sekali cuba pasti nak lagi.