Orang tua-tua bagi tips kalo nak masak pajeri seelok-eloknya masak awal sehari. Baru sedap makan. Sebab bila masuk hari kedua, flavour dalam kuah pajeri tu akan develop dan kuah pun lebih pekat dan lebih sedap. Tapi, jangan lar komplen makan pajeri basi pulak....hahaaa

Tapi itulah hakikatnya, kalo kenduri di kampung-kampung di sebelah utara nun, memang selalunya kalo ada menu pajeri, makcik tokcik pakat gotong royong masak pajeri masa hari kupas bawang. Biar overnight, esok on the wedding day tu, panaskan semula. Fuhhh!!! cikjah makan nasi kenduri lauk pajeri menggeget pinggan lar lazat  :)

Tapi yang kami masak kat rumah nie, takder lar macam tue... tak tahan nak simpan semalaman sebab godaan terlalu hebat dan sedap. Ahaks! Dah masak, terus makan dengan  nasi panas. Fuhhh! berfeluh-feluhh lazat.

Bahan-bahan:

Nenas [yg dah masak]
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
Daun kari
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Bunga cengkih
Segenggam ikan bilis
1/2 paket rempah kari [ikan/daging/ayam...terpulang]
1 sudu besar cili mesin [kisar cili kering rebus + sedikit belacan + sedikit asam jawa]
2 sudu besar bawang mesin [kisar 1 labu bawang besar + 3 ulas bawang putih]
Sedikit serbuk kunyit
Santan
1 paket kecil kerisik

Cara:

1.  Satukan rempah kari bersama bawang mesin, cili mesin dan serbuk kunyit dengan sedikit air.
2.  Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, daun kari, kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih hingga naik bau. Masukkan ikan bilis dan biarkan seketika.
3.  Masukkan bancuhan rempah dan biarkan hingga naik minyak. Kacau sekali-sekala.
4.  Bila rempah sudah agak kering, masukkan hirisan nenas. Biarkan mereneh selama 5 minit
5.  Masukkan santan. Bila sudah mendidih, perasakan dengan garam dan gula. Masukkan kerisik. Biarkan mereneh 5-10 minit dan kuah menjadi agak pekat sebelum tutup api. Siap!

Mentalnotes:  Sila agak-agak kuantiti santan yang dimasukkan. Santan jangan terlalu cair atau banyak macam nak masak gulai. Kuah pajeri sebolehnya janganlah terlalu pekat, kering dan berminyak sangat ataupun terlalu cair sangat. Sedang-sedang saja. kami suka pajeri yang sedikit berkuah dan tidak terlalu pekat melekat. Biar berkuah sket, bila disudu siram kat nasi uiii! mebeless! heheee



Memang membuka selera makan tengah hari berlaukkan pajeri nenas, ayam goreng kunyit, ulam kampung cecah sambal belacan power...gulp! Rasa pajeri nenas ini sungguh enak. Dalam kemanisan nenas dan kuahnya, ada rasa masam-masam manja. Sedap.