Shumpahh shedapp!!!
Lebih shedap sebab kami guna supersfresh kepah terus dari laut.  Isi kepah sangat manis dan cekang lazat jar...heheee

Bahan-bahan:

1/2 - 1kg kepah
1-2 cili merah*
5 cili padi* [lebihkan kalo nak lebih pedas]
1 batang serai*
1 batang serai [ketuk]
1 ulas bawang besar [size M]*
2 ulas bawang putih*
2cm belacan*
sedikit halia*
sedikit lengkuas*


Cara:

1) Kisar bahan*. Panaskan minyak dan masukkan serai serta bahan* yang telah dikisar. Masak hingga naik bau.

2) Masukkan sedikit air. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Renehkan seketika.

TIPS: Garam dan gula dimasukkan pada ketika ini supaya bila kepah direbus, ia akan menyerap rasa itu.


3) Masukkan kepah dan tutup periuk. Kepah akan mengeluarkan air, sebab tu masukkan air sedikit sahaja dulu. Rasa masakan sekali lagi kerana kuantiti air sudah bertambah, adjust apa yang patut okey :)  Kalo cikjah terer, dah tak ada apa dah nak di-adjust...heheee


4) Kepah siap bila cengkerang terbuka begini.



Slamat menjamu selera!