Inilah Gulai Ayam dan Betik Muda yang sangat sangat sangat lazat!
Bukan cubaan, tapi betul-betul. Memang sangat sangat sangat lazat!! Kami sendiri pun kagum dengan diri kami sendiri sebab dapat menghasilkan gulai ayam yang super lazat macam nie...heheee. Bukan perasan, tapi betul-betul...heheee [lagi]
Hari tu pergi pasar pagi, kami beli betik muda besar sangat kat sorang makcik nie, phase 1 kami dah buat siakap with somtam, phase 2 kami buat gulai dengan ayam pulak.
Punyalah sedap, 3hari menjamu selera berlaukkan gulai sedap nie. Day 1 and 2 makan dengan nasi. Day 3 kami buat sarapan jemput telur cicah dengan kuah gulai....uishhhh! marbelesss cikjah!
Untuk menu gulai ayam dengan betik muda yang super lazat ini, kami lengkapkan dengan hidangan ulam jantung pisang rebus dicecah sambal belacan nenas yang sungguh sedap hingga menikam jiwa qalbu.
Resepi gulai ayam dan betik, klik di sini okay...
http://pienkcat.blogspot.com/2010/11/gulai-ayam-dengan-betik.html
Gulai dah masak. Kami hantar sedikit untuk uncle jiran sebelah rumah. Maklumlah, uncle jadi orang bujang 2 minggu. Aunty pergi holiday ke Korea, jadi tinggal uncle seorang diri kat rumah. Sebab tu hantar lauk dengan nasi sekali. Nanti uncle dah tak payah susah-susah masak nasi.
Huishhhh! tangan kanan dok kacau gulai ayam, tangan kiri dok pegang mixer mixing the cake batter....SuperMak betul! heheee
Last minute decision. Bangun pagi kupas bawang, perah santan dan basuh ayam. Tengah dok tumis gulai, tiba-tiba keputusan dicapai....jom petang nie kita pi Seremban! Tudiaaa aihh! kalut ngannn...
Terus bawa kluar butter, telur, timbang tepung dan start bakar cake. Gulai tengah mendidih atas dapur. Tot-tet-tott-tett....within 4 hours siaplah gulai ayam, selesai makan nasi dan red velvet cake with buttercream icing pun sempurna di atas pinggan ^___^ Phewww!
Dapur pun dah cuci calatt bersih bersinar-sinar dan siap dikemas. Maklumlah, berantakkan dari tengah hari tadi kerana buat buttercream icing nie memang leceh sket. Kitchen utensil sumer oily and creamy.
Sebelum bertolak ke Seremban, singgah Toy'R'Us dulu pickup birthday present. Awal tadi dah call suruh Toy'R'Us reserved-kan Saidina Upin dan Ipin. Minggu nie dua kali kami beli Saidina Upin Ipin as birthday present. Budak-budak suka betul. Hari-hari nak main Saidina tu. Gembira bila dapat beli dan hadiahkan sesuatu yang penerima suka :)
Pukul 6.30pm leave home for Seremban, pukul 7.30pm dah sampai. Alhamdulillah. Overnight at Seremban.
Jeng..jeng!! aunty dah balik Korea. Kami dapat souvenier a box of Jeju Island Chocolate and jewellery box. Thank you aunty. Aunty siap cakap "terima kasih hari tu bagi uncle kari ayam masa aunty takder. Uncle cakap sedap"
Heheee...see cikjah? ini bukan cubaan, tapi betul-betul......sedap ^___^