.

.

Jan 31, 2012


Penat. Tapi gembira :D

Dari pukul 8pagi hingga 2petang kusyuk betul ber-gardening. Cuaca pun indah skali. Redup dan sang matahari bersembunyi entah di mana di balik awan.

Mulanya cuma nak garden ringan-ringan jar, sebab last week dah pulun dok trim Calathea Lutea yang merimbun tinggi tu. Tapi mana bleh tahan kalo dah start pegang cutter....hahaaa
Luar dalam garden abes kami trim. Supaya nanti tumbuh pucuk baru yang lebih segar, hijau dan merimbun rendang.

Abes baja sebungkus dan 3 Large black garbage bags berjaya dikumpul! Pheewwww.......
Harap esok abang kutip sampah tu ambik lar sampah kami tu. Sebab kadang2 depa nie meroyan sket, depa siap koyakkan plastik sampah tu nak check dulu sampah jenis apa. Kalo daun2 kering yang kita sapu gugur kat depan rumah tu depa tak mo kutip! Depa baling balik dalam garbage house...kelepekkk gitu! Cesss!...bedebahh jugak abang kutip sampah nie o.O
Alasannya, ada lori lain yang kutip sampah seumpama itu. Tapi masalahnya, lori hat lain tu, tak kutip sampah daun kering tu. Depa hanya collect sampah yang dalam plastik kuning yang di sapu oleh tukang sapu saja....plastik kami kan hitam [walopun isi di dalam sama]....lohhh...pulak dah...huhuuuuu

Kat garden kami nie, satu jar masalah besaq yang kami taktaw nak buat lagu mana...isk! iskk! Banyak betoi semut hitam!
Setengah orang kata, semut kat pokok atau garden memang common untuk balance the nature. Tapi kat garden kami nie ada juta-juta ekor semut! Spray ridscet berperisa lavender tu abes kat depa jar. Bukannya spray nyamuk pun....huh! Hari ni spray and buang sarang kat pokok nie, esok depa pindah pi kat pokok lain pulak. Daun-daun hijau akan jadi kerepot dan batang pokok akan jadi kehitaman. Dalam lapisan bunga ros pun depa boleh duduk! uishhh! Kalo musim hujan, depa pakat beratuq panjang masuk dalam rumah. Amboi! banyak santekk??! dan paling tak tahan depa masuk dalam keta kalo parking kat bawah pokok! Kadang2, kalo tengah driving, kluarlah 10-20 ekor kat cermin depan. Bila kami tekan minyak bawa keta laju, maka depa pun pulun melekapkan kaki kat cermin supaya tak terbang....heheheee
Kalo musim panas pulak, depa pakat berfoya-foya dalam mangkuk air cik kucing comell...apakah? depa rasa macam swimming pool agaknya kan?....hahaaa

So, hari nie, while gardening banyak kena geget semut. Abes tangan & kaki bintik-bintik merah. Gatai. Tapi puas hati sebab banyak semut hitam berjaya di hapuskan secara baik :)
Okay! my garden dah bersih, kemas dan rapi. Rasa sangat gembira! ^___^



Jan 29, 2012


I've always wanted to bake a carrot cake with mini carrots on top of it! Super cute :)
Finally, yesterday, I got a chance to bake my first delicious carrot cake in my kitchen. Yeyyyy!!! 



Glamer  betoi my carrot cake nie. Siap  ber-coating  & deco bagai...heheee
Ingat cikjah, presentasi kena tiptop, personaliti kena mantopp :D
I've never been to any baking or cooking classes actually, but I learned from the tv programmes, books and internet. Alhamdulillah, semangat dan keinginan untuk mencuba masak hatt tu, masak hatt nie sentiasa ada....chee..cheeee...Ahaks!

Banyak sangat tonton AFC channel. Kalo banyak tengok AFC programmes sampai bleh masak & baking cake yang lazatsegakk [aiceh!], bayangkan kalo banyak tonton program nyanyi-nyanyi kat tibi tu, agaknya pandai nyanyi macam Siti tak? heheee...uish! laqo taw....lol

Standard carrot cake recipe is using oil instead of butter. So, I used canola oil...but still there are recipes that use butter instead of oil.  Apa yang kami prasan, bila guna minyak, kek lebih lembap dan stay fresh for 2-3 days even outside the fridge.

The Ingredients:


320g carrot -peeled and grated
1 cup walnut / pecan [optional] -chopped
260g self raising flour
300g sugar
4 eggs
1 cup canola oil [or sunflower/corn oil/vege oil]
1tsp ground cinnamon
1 tsp vanilla essence

Methods:


1) Beat eggs till fluffy
2) Add sugar gradually and beat till pale


3) Add vanilla essence
4) While mixer is running, slowly add canola oil
5) Add flour and mix till just incorporated


6) Add carrot and walnut. Mix well with spatula


7) Pour the batter into the greased baking tin [ I used 9" baking tin]. Baked for 30-40 minutes at 180C or until when you insert a skewer into the cake and it comes out clean.


8) Leave to cool


9) Remove the parchment paper


10) The carrot cake is ready or continue with cream cheese frosting if you like

Cream Cheese Frosting

Beat 50g butter [room temp] and 250g cream cheese [room temp] till creamy.
Add 115g icing sugar and 1tsp vanilla essence. Mix  well till incorporated. Ready to be used!


Jeng! Jengg!!


Tara!!!


I love it! sebab akhirnya sampai hasrat di hati nak hias cake with mini carrots. Takkan lar buat red velvet cake nak hias carrot cake pulak kann.....lol 
Kena tunggu giliran carrot cake masuk dapur baru bleh tekan icing bentuk carrot :)


I just coat the cake with cream cheese lightly because  tak nak terlalu tebal dan tak nak terlalu 'bersalah' sebab takut TER-makan banyak cheese.....heheee





Jan 28, 2012



Tara!!!  Introducing the cutest creature ever [after cat!] heheee
Meet my Bunny  @^__^@
A present from my friend. Thank you!


Gilesss comell... kalo pipi and pupu rata-rata pun nak marah tak sampai hati....heheee
Tak sangka kami akan jadi master to a rabbit. Memang tak sangka. Selalu berkata-kata "I would love to have a rabbit as pet", tapi tak berani nak commit sebab takut masa tak mengizinkan. Si kucing comell yang seekor tu pun cukuplah. Itu pun naughty yang amat, cuma disiplin beliau cukup tinggi sebab sudah di asuh dari baby....hahaaaa


Tapi takpa, kami give it a try and challenge myself. Chewah!...hahaaaa
Untuk makluman cikjah, ini bukan miss tau tapi mister bunny. Rupa paras memang jelita macam miss world, tapi jangan tertipu, it's a male rabbit. Aged about 1 year plus. Kacukan. Sebab tu muka handsome ala-ala Matt Damon sket  ^___^


Alarrr--alarrr.....comellnya sampai kami nak pengsan! 
Apa reaksi miss kucing penghuni tetap rumah kami? huhh! sket pun tak heran. First time beliau nampak mister bunny,  ekpresi wajahnya sedikit terkejut! Maklumlah ini lah pertama kali miss kucing bertemu seekor arnab sepanjang hidupnya. But both can get along quite well. Tak der nak gaduh-gaduh atau ligan-ligan. 


Sessi suai kenai


miss kucing: "Awat dia ni putih sangat nie?" heheeeee


mister bunny: "Ishh...awat dia nie hitamm sangat nie?"....heheee


Sehingga kini, mister bunny tidak dibenarkan bebas di dalam rumah atau lepas riang di garden. Harap beliau selesa di dalam cottage comel ini. Beliau sekarang masih dalam potty training...hahaaaa



Sungguh menakjubkan. Asal pusing atau jengok mister bunny jar muka beliau mesti dalam mangkuk! Asik makan tak benti-benti. Mulut tu sentiasa kumat-kamit. Minum ayaq every 10 minit. Tapi kami faham, dah itu resam seekor arnab :)


Kami latih mister bunny makan pallete sahaja dan sebagai bonus akan diselang-seli dengan rumput kering  yang lazat [hay].  Ini untuk memastikan mister bunny tak sakit perut atau pupu dan pipi yang berbau. Kakak penjual rabbit nie pun siap tinggalkan pesanan nasihat bahawasanya untuk spesis ini jangan sekali-kali bagi makan sayur segar.
Hurrrmmmm....nanti lama-lama jadi macam my miss kucing yang tak makan ikan.....hahahaaaa


Setakat ini, pupu [droppings] mister bunny memang  odorless.  Stakat nak kutip pegang dengan tangan tu memang tak rasa geli atau kotor...Errrkk! hahaaaaaa   [sila cikjah jangan ngader-ngader nak uwekk uwekk plak...LMAO].  Pupu-nya tak ubah seperti pallette yang dimakan.  Cuma bentuk jar yang berbeza.
Pipi [urine] pun has a very minimal odor.   But when I use wood chips litter, langsung tak ada odor. Amazing!
Rabbit is a heavy drinker!  Nasib baik minum ayaq kosong.  Kalo alcohol gerenti mabuk 24 jam....hahahaaaa. In one whole day my mister bunny minum 120ml ayaq.


Welcome mister bunny! Semoga sihat dan ceria di sini ^___^


Jan 25, 2012


Va...Vaa...Vaaa! Pavlova the marvellousvaa ^__^
I saved the unused egg whites from the pastry cream recipe 2 days ago. I usually do. Just wrap with plastic cling and keep it in the fridge. Nak buang sayang. Nak buat tambah-tambah dalam masakan yang berasaskan telur, entah bila nak masak kann....nak tepek-tepek di wajah yang cun supaya lebih cun macam malass [dah agak dah]. Maka, I decided to make the Pavlova.


This classic dessert is easy to make and believe me it is not as hard as its name...LOL
This dessert is named after the acclaimed Russian ballerina Anna Pavlova who  took New Zealand and Australia by storm. Both countries have staked rival claims for the invention of the Pavlova. But obviously this delicious Pavlova started appearing in New Zealand earlier than in Australia. I guess, New Zealand won :)

But today, Pavlova appears in my liltle kitchen! hahaaaa


The Ingredients:

3 large egg whites [room temp]
165g caster sugar
1/2tsp vanilla essence
1/2tbsp corn starch
1tsp white vinegar
1 small box double or whipping cream
1tbsp icing sugar
Zest of orange or lemon
Fruit, to decorate

Methods:


1)  Menggunakan cake tin 7-8 inci sebagai panduan, lukis bulatan di atas baking paper menggunakan pensil.  Letakkan baking paper di atas dulang pembakar dengan bulatan pensil mengadap ke dasar dulang. Takut plak nanti cikjah makan pavlova bercampur karbon pensil...heheee

Panaskan oven 150C.

TIPS: Ambil sedikit meringue dan gamkan baking paper ke dasar dulang supaya baking paper tidak bergerak.



2) Dengan menggunakan mixer yang kering sepenuhnya, pukul egg whites with minimum speed hingga soft peaks form. 


3) Masukkan caster sugar sedikit demi sedikit hingga habis. Whisk with maximum speed until stiff peaks form dan berkilat. Masukkan vanilla dan pukul lagi sekadar semua sebati.


Stiff peaks achieved! ditungging terbalik pun meringue tak tumpah!....heheeee


4) Tapiskan corn starch ke dalam meringue dan masukkan juga white vinegar.


5) Gaul sebati menggunakan spatula.


6) Tuangkan meringue ke atas baking paper.


7) Bentukkan meringue menggunakan icing spatula mengikut bulatan yang dilukis tadi. Naikkan keliling meringue supaya bila dibakar nampak cantik.

8) Bakar pada suhu 150C bagi 15 minit pertama. Bakar lagi selama 1 jam pada suhu 140C.

TIPS: Once you have prepared the meringue mixture, bake it immediately, otherwise it will collapse and begin to weep.


Meanwhile, sebagai pilihan untuk hiasan di atas meringue selain hirisan buah-buahan,  cikjah boleh juga tuangkan sedikit Berry Syrup. Lebih enak jika digabungkan strawberry + raspberry. But, I don't have raspberry, so strawberry alone pun boleh.

Making the Berry Syrup:

a) Kisar strawberry dengan air yang sangat sedikit [sekadar blender dapat mengisar]. Lainlah kalo cikjah guna food processor...heheee
b) Tuang ke dalam periuk dan masukkan sedikit gula. Jangan terlalu manis kerana meringue sudah manis. Masukkan sedikit orange/lemon zest untuk menajamkan rasa strawberry.  Masak hingga pekat. Biarkan sejuk.

TIPS:  Tambahkan sedikit pewarna merah untuk mendapatkan warna yang menarik


9) Bila meringue sudah masak, biarkan ia sejuk di dalam oven dengan pintu oven sedikit terbuka.


10) Meringue yang dibakar sempurna dan disejukkan. Rangup dan garing di luar, lembut dan lembap di dalam. Ia juga mudah dipisahkan dari baking paper.

TIPS: Berhati-hati ketika memindahkan meringue dari baking tray ke atas serving plate. It is so fragile!


11) Tuangkan whipped cream di atas meringue.

Making the Whipped Cream

Pukul cream menggunakan electric hand whisk bersama 1tbsp icing sugar.  Kami nasihatkan jangan guna stand sebab nak pukul cream nie sensitive sket. Terlebih 1 second pun cream will separate dan tak cantik.

TIPS: Pastikan cream sejuk. Simpan whisker & whisk bowl dalam fridge supaya whipping  process lebih mudah dan cepat. 


12) Tuangkan berry syrup di atas cream.
13) Hias dengan buah-buahan pilihan.

TIPS: Meringue adalah manis, jadi gabungkan rasa manis itu dengan pilihan buah-buahan yang kurang manis atau sedikit masam, baru rasanya seimbang. Sebab itu selalunya buah-buahan yang menjadi pilihan  untuk menghiasi Pavlova adalah seperti strawberry, kiwi dan passion fruit.


Tara!!! Pavlova sudah siap...nyummm..nyummmmm


Rupa menawan dan menggoda, rasanya hebat dan sungguh mempersona.....weeeeeeee
Rangup di bibir, dan mencair manis di dalam mulut....heheeee...gulp!


Sebaiknya, Pavlova harus dinikmati dalam tempoh 30minit selepas disediakan. Sebab, jika terlalu lama dibiarkan, Pavlova akan menjadi lembik kerana meringue akan menyerap cream dan air dari buah-buahan. Rasanya akan menjadi kurang enak.


Seriously serious....Pavlova yang terhasil dengan ayaq tangan kami di dapur kami ini sangat super hebat!!! Tapi kami rasa lar kan....kalo Pavlova kat dapur cikjah, ayaq tangan cikjah... lagi hebat kott....  ^___^



My photo
Malaysia
I don't remember a witch ...but there was a black adorable cat who sat down beside me and told me that "I'm a cat who has strong legs, beautiful heart and the ♥ of thrills, I like to climb things - including hills. I ♥ pink and I ♥ cat and again the black cat told me that I'm a lovely friendly Pienkcat"