.

.

Feb 14, 2014


Wahh! Macam sedap jar. Macam best jar. Macam bleh makan jar.


Wahh! Memang sedap ke bintang. Memang best terangkat. Memang bleh makan sangat-sangat. Bismillah.....


Kerabu Telur Goreng.

Instead of menu telur dadar, cikjah bleh buat kerabu telur dadar. Lebih menambat selera.


Masih juga mengunakan telur dadar tapi dihiris nipis supaya sesuai dengan tema kerabu.

Bahan:


  • 4 biji telur - goreng dadar setiap 2 biji dan hiris nipis
  • 1 biji bawang besar -hiris nipis
  • 4 biji cili padi -hiris nipis
  • Sedikit daun kesum -hiris nipis
  • Bunga kantan -hiris nipis [optional]
  • 1/2 biji jus limai nipis [atau lebih jika suka]
  • 1.5 tbsp cuka makan
  • Garam dan gula
  • 2tbsp air


Cara:
  1. Satukan jus limau nipis, cuka, air, garam dan gula di dalam bekas. kacau sebati.
  2. Gaulkan semua bahan sekata. Rehatkan sekejap supaya rasa 'develop' sebelum dinikmati.

Simple tapi cukup membuka selera.


Ikan masak cuka

  1. Gaul ikan dengan garam kunyit. Goreng hingga masak dan tos.
  2. Panaskan minyak. Tumis bawang merah [belah 2 atau 4], garlic [belah 2], hirisan halia, cili padi dan sedikit lada hitam hingga wangi.
  3. Masukkan 2tbsp cuka, sedikit air dan serbuk kunyit -rasa cuka seharusnya mild. 
  4. Perasakan dengan garam dan gula. Masak hingga mendidih.
  5. Masukkan ikan dan renehkan 5 minit atau seketika supaya rasa cuka meresep ke dalam ikan. Siap.


Ayam goreng asam jawa

  1. Gaul ayam dengan garam kunyit. Goreng dan tos.
  2. Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih, tomato dan cili [merah/hijau/cili padi].
  3. Masukkan 1/2 cawan  air asam jawa. Masak hingga mendidih.
  4. Perasakan dengan garam dan gula.
  5. Masukkan ayam goreng dan masak hingga kuah pekat dan sedikit kering.


Stir-fried long beans chinese style

  1. Goreng kacang panjang hingga kedut [hahaa...qedott orang Kedah cakap]. Kemudian tos.
  2. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, garlic, halia dan udang kering hingga kuning dan naik bau.
  3. Masukkan 1tbsp cili kisar, 2tbsp sos tiram, garam dan gula. Goreng sebentar hingga cili masak dan separuh kering.
  4. Masukkan semula kacang panjang dan goreng sebati 2-3 minit. Siap.




Feb 12, 2014




Lama jugak tukang kebun tak citer pasal kebun. Maklumlah, stakat sekarang takdak new member daftar masuk kebun. Sumer old members jar. Sekarang nie tukang kebun tengah mengasuh members yang ada supaya membesar menjadi tumbuhan berguna. Aiceh!

Dah sebulan lebih kawasan sekitar rumah tukang kebun tak hujan. Hari-hari tukang kebun siram pokok. Kalo weekdays skali sehari. Lepas balik kerja dan gym terus jirus pokok dulu walopun dah pukul 10 malam. Kalo on weekends dua kali sehari. Bukan sebab rajin tapi kesian kat pokok. Kita manusia pun kalo panas rasa dahaga inikan pulak tumbuh-tumbuhan yang hanya berpayungkan langit semata. Kesian pokok dok layu kering.  Cikjah jangan malas okay.


Kami la nie dok jaga pokok terung sarawak nie supaya berbunga lantas berbuah. My previous batch terung sarawak beberapa bulan yang lalu pun membesar bagai johan lagu nie jugak, tapi mati sebab fungus attack pada bahagian akar di dalam tanah...sob..sobb


Setakat sekarang, all look good dan selalu tukang kebun berdoa supaya pokok terung cepat membuahkan hasil. Amin.


Ini plak pokok bunga Torenia / Wishbone flower / Bluewings. Tumbuh sendiri selepas biji benih dari pokok asal bertebaran sana sini. Kami pindah letak kat central court pasu.


Torenia nie mudah tumbuh dan perlu disiram setiap hari. Pokok tinggi 2 inci pun dah berbunga.Tak sabaq nak tunggu torenia nie bushy.


Tumbuh merata ikut suka hati.


So sweet, kecik-kecik dah pandai berbunga.


Ini pulak kami tak pasti apa namanya. Tumbuh sendiri dan mula memonopoli rumput karpet kami. Memang sangat mudah tumbuh dan cepat membiak. Cantik jugak. Kami nak biarkan saja ia tumbuh. Bleh ganti rumput karpet kami yang merajuk tu. Uh!

Okay cikjah, see you...jangan lupa jirus pokok bunga taw!



Feb 10, 2014


Tidak pernah kami mencuba atau merasa hidangan istimewa dari Johor ini. Seingat kami, pernah mendengar namanya ketika kecil dulu di bibir orang-orang tua tapi tidak pernah melihat dan membayangkan bagaimana rupanya. Di Petaling Jaya terdapat sebuah restoren yang menyediakan hidangan istimewa ini ketika bulan puasa sahaja tapi sehingga kini tidaklah kami berkesempatan untuk mencuba.


Sumber mengatakan kacang fool ni ialah kacang parang atau fava bean. Kalo di Kedah yang paling pemes is kacang poi rebus. Kacang poi asalnya dari Thailand. Oleh kerana Kedah berjiran dengan Thailand jadi banyak barangan dan makanan Thailand di bawa masuk ke Kedah. Lantaran menjadi kegemaran orang Kedah dan Perlis khususnya. Jika kena musimya, kacang poi banyak dijual di pekan hari ketika hujung minggu. Mak beli 2-3 kilo, balik rebus letak garam sket. Sambil-sambil tengok tibi bleh makan kacang poi.

Lantaran kerana terlalu ingin merasa kehebatan hidangan ini, kami pun menyinsing lengan, menyiput rambut dan menyarung apron [merah atau biru?].

Bahan-bahan:


- 1 tin kacang pool cap Kimball [tos dan ramas hancur]
- 1 tin kecil baked beans [optional]
- 200g daging kisar
- 9 ulas bawang merah*
- 3 ulas bawang putih*
- 1 inci halia*
- 1.5tbsp serbuk kari daging
- 1tbsp cili kisar [optional]
- 1tsp ketumbar**
- 1 tsp jintan manis**
- 1 tsp jintan putih**
- Air [ikut keperluan]
- Roti [benggali/paun dan etc]
- Telur
- Cili besar hijau / merah
- Tomato
- Limau nipis



Inilah rupanya kacang pool dalam tin. Besaq-besaq.

Cara:


  1. Kisar bahan*
  2. Goreng sekejap bahan** tanpa minyak. Kisar kering.
  3. Gaulkan sebati bahan kisar*, bahan rempah kering**, cili kisar [jika guna] dan serbuk kari menjadi pes.
  4. Panaskan minyak dan sedikit butter. Tumis pes hingga wangi dan naik minyak.
  5. Masukkan daging kisar. Kacau sebentar dan masukkan air sekadar menjadikan bahan tumisan berkuah. Masak hingga mendidih.
  6. Masukkan kacang pool dan baked beans [jika guna] dan renehkan hingga pekat.
  7. Perasakan dengan garam dan gula.



Hidangkan kacang pool dengan telur mata separuh masak, hirisan bawang besar, tomato, cili hijau dan perahan limau nipis.


Telur separuh masak kami nie eksen untuk photoshoot saja....hahaaa
Kami tak brapa bleh nak pegi kalo telur separuh masak mahupun telur kunin. Tak brapa lalu --koman sepana betul kan...heheee
The sunny side up egg really make my dish look tempting!


Sapu butter pada roti dan bakar/toast seketika. Siap untuk dinikmati. Terangkat!
Tak dan kami nak google asal usul menu kacang pool ini, tapi pada pendapat kami terdapat ciri-ciri Arab dan India pada hidangan ini. Jelas ketara pada kacang pool itself, cili hijau, bawang dan jus limau. Mungkin juga ianya dibawa masuk oleh pedagang-pedagang Arab dan India ke tanah Melayu melalui perlabuhan Johor suatu ketika dulu.

Nota: Lebih sedap guna roti paun/benggali. Baguette agak kurang sedap sebab keras.


Slamat mencuba! Memang sedap dan mengenyangkan.



Feb 6, 2014


Chinese food adalah antara makanan kegemaran kami. Suka sangat!
Sempena CNY tahun Kuda yang hebat nie kami masak lauk best for reunion dinner [konon], heheee

Stir-fried beef with garlic sprout. Fuhyoo! mengancam lazat dan terancam calories intake of the day.


Inilah sayur garlic sprout. Skali pandang macam daun bawang or scallion tapi beda ya!
Berbatang sederhana keras, jika dimakan akan terasa mild tangy seperti bawang di hujung gigitan. Kalo sayur yang paling hampir mungkin 50% bleh disamakan seperti asparagus.  Harganya tak mahal sekitar RM2/seikat kecil dan selalunya mudah didapati di pasar raya atau pasar [stall sayuran cina].


Paling mudah ialah masak ala stir fried. Dipadankan pula dengan daging lembu [beef], huh! memang lazat!


Kami juga sukakan chinese soup. Paling mudah dan selalunya kami masak ialah Old Cucumber Chicken Soup. Memang istimewa sedap. Kalo buat chinese soup mesti wajib letak chinese red dates. Kami sukakan flavournya di dalam sup. Some people memang tak suka dan kami wonder why. To enrich the flavour kami tambahkan sayuran sampingan seperti carrot, celery dan sedikit ginger.



Buat chinese soup mudah saja.
Masak air hingga mendidih.
Masukkan ayam dan sayuran and leave to boil again. Perasakan dengan garam dan gula.
Simmer slowly another 30-40 minit. Sebaiknya kalo ada masa, renehkan sehingga 2-3 jam.


Bab sayur yang kami tak bleh tahan skali. My super favourite.
Goreng sayur juga mudah namun harus diingat ianya sangat pantas. Sebelum mula menumis, pastikan sumer bahan sudah siap tersedia. Sebaiknya jika menggunakan pelbagai sos dan perasa disarankan dicampur-sebatikan dahulu di dalam satu bekas. Contohnya satukan sos tiram, sos ikan, sos kicap cair, garam, gula di dalam mangkuk dan kacau sebati. Bila tiba untuk masukkan bahan tersebut, skali tuang saja. Rasanya akan lebih terserlah.

Sayur kami simple saja tapi Ho Chak! Stir-fried broccoli with leek, carrot and dried mushroom.
Sebaiknya menu sayuran dihidangkan panas-panas ketika waktu makan.

Jika cikjah menunggu suami pulang makan di rumah [Aiceh!], jangan masak sayur dulu. Lagi 8 minit waktu makan barulah mula menumis sayur. Janganlah dihidangkan sayur lembik dan sejuk. Mungkin itu salah satu punca mengapa kita dan anak-anak kurang gemar makan sayur. Tengok pun macam tak menyelerakan yer tak?


Presentation penting...heheee


Wahh! lawa gebu saja warna kunin kuah Lemak cili api udang dan kacang panjang kami nie, rasa pun sedap...Aiceh!

Well cikjah, mana ada masakan rumah yang tak sedap. Sudah tentu sedap sebab masak sendiri....Wheww!



Feb 4, 2014


Alololorrr....kucin itam demok sakit...sob..sobb...cian tuan dia...sedih gulin-gulin...Aww!
Masa kami holiday 1 week hari tu, kami checked-in kucin demok kat hotel. 
"Bye-bye kucin demok, see you in another week! "

Risau jugak kami sebab kucin gojes kami kan dah darjah 6. Tahap dah umur sensitip. Risau kalo kucin demok sakit, pening kepala kar, sakit pelut kar. Tapi alhamdulillah selama nie kucin demok tak penah sakit-sakit. Sihat and cengeii sentiasa.

When I was checking out kucing demok from the boarding hotel, first thing kami memang dah noted something was wrong bila terpandang mata kanan kucin demok berair, kemudian she was sneezing and sneezing. Haa??? kucing sneezing? Yes cikjah. kucin pun sneezing taw. Macam manusia siap keluar bubble inguss kot idung...Erkk! heheee

Balik rumah kami kuarantin kucin demok. Lagipun masa boarding kami ada letak ubat flea and ticks. Dilarang sama skali kucin demok ronggeng-ronggeng dalam rumah right after boarding. Esok lepas mandi baru bleh ronggeng.  Kebiasaannya, kalo selepas boarding, kucin demok memang macam muram sket. Stress sebab kena tidoq kat tempat tak best. Kalo dah mandi, dah wangi baru kucing demok kembali ceria. 

Sadly, selepas mandi keadaan kucin demok tetap sama. Uh! Tak ceria, kurang tenaga dan lemah. Runny nose. Bila breathing ada bunyi macam enjin moto dan skali skala kluar bubble kot idung...hahaa. Sneezing pun takdak perubahan...aachommm! aachomm!! Takmo makan [dry] food dan hanya minum ayaq saja.


Maka, kami pun bawa kucin demok jumpa doktot.
Nak bagi panadol, takut plak tetiba kucin demok bleh bercakap nanti...hehee



At vet clinic, rupanya ramai lagi pesakit yang tengah menunggu giliran. Ada kucin, ada burung, ada hanjeng [different level]. Nasib baik kami tunggu tak lama. 3 jam saja sebelum dapat jumpa doktot. Uh! Nasib baik doktot ensem, baik & ramah. 3 jam pun okay...hahaaa







Masuk jar treatment room, kucin demok sket pun tak hissing. Relax and cool saja. Tak nampak macam sakit pun. Nampak energetic plak. Unlike masa antar boarding. Baru depan hotel petshop dah hissing terkeluar gigi macam drakula...haish!


Doktot tengah check kucin demok. Alhamdulillah lega bila doktot cakap kucing demok tak dak apa-apa serius. Kandungan air dalam badan okay. Otot dan sendi pun okay. Cuma upper respiratory infection, hence sebab tu sema-sema, bersin dan mata sedikit merah. Must be she picked up some virus masa boarding kat hotel hari tu. Terus kami hinsaf, dah takmo antar kucin demok boarding. Kalo perlu, kami nak kena demand sket. Nak single individual deluxe cage. Taknak standard room. Mainly because kucin demok dah 12 years old. She requires special care and attention. Long live my darling!


Aiceh! kucin demok tengah tunggu doktot nak bagi ubat.
Doktot bagi ubat [pil] sema-sema. 1/2 biji dua kali sehari. Ubat sema-sema RM4 saja. Tapi doktot's consultation RM50. Toink! murah lagi ubat demam tuan kucin demok...hehee


Selepas 3 hari kucin demok sudah kembali sihat dan ceria seperti sedia kala. Owh! syukur Alhamdulillah. I love you doktot eh! silap...kucin demok!!! muahh!!!!



My photo
Malaysia
I don't remember a witch ...but there was a black adorable cat who sat down beside me and told me that "I'm a cat who has strong legs, beautiful heart and the ♥ of thrills, I like to climb things - including hills. I ♥ pink and I ♥ cat and again the black cat told me that I'm a lovely friendly Pienkcat"