Isn't it obvious? Jom balik kampong!
Breakfast Sugi cake sedap with a cup of coffee at Skypark Subang while waiting for my flight to balik kampung - Hooreyy!
As usual, Skypark airport sentiasa sibuk dengan business and weekend travellers. Kali nie pun tak kurang bezanya, penuh dengan kakyam dan abang mahmud yang nak balik kampung sambut raya haji. Lounge area penuh dengan lautan manusia. Tapi sayang, many yang masih jahil sebab mendudukkan beg mereka di atas kerusi tanpa perasaan. Sedangkan ramai yang berdiri dan tercangak-cangakk mencari kerusi kosong untuk melabuhkan punggung. Ada ibu yang mendukung bayi dan juga warga emas. Golongan jahil ini tidak sedikit pun mengendahkan situasi di sekeliling mereka. Malah, begitu asik sekali menggonggong telefon pintar mereka - kesian.
Alhamdulillah, kami dapat duduk setelah puas tercangak-cangakk. Itupun kena meredah celahan kaki manusia. Sedang kami duduk, kelihatan seorang warga emas juga tercangak-cangakk mencari tempat duduk. Lantas kami bangun dan mempersilakan makcik tadi duduk. Sekali lagi kami tercangak-cangakk mencari kerusi kosong. Ha tudia! Terus kami ke kerusi yang mendudukkan sebuah beg. Peduli apa kami, kerusi ialah tempat meletakkan punggung, bukan beg. Reti plak si mamat tu hangkat beg dia.
Lima minit sebaik pesawat berlepas, ini lah ruang udara Subang / Petaling Jaya. Jerebu habis!
Tengok pun dah sakit mata. Inikan pula sakit hati. Uh! bedebahh betul Indonesia nie. Saban tahun jiran-jiran sekeliling menderita perkara yang sama. Bukan setahun dua, dah berpuluh tahun, tapi masih depa tak ambil apa-apa langkah pro-aktif atau mencari jalan menyelesaikan permasalahan rentas sempadan ini.
Memasuki ruang udara Alor Setar, keadaan sungguh berbeza. Terang benderang dan santek sekali pemandangannya.
Ada rainbow!
Tahukah cikjah bahawa rainbow sebenarnya adalah dalam bentuk bulatan bukannya separuh bulatan yang biasa kita lihat? Jika pelangi dilihat dari tempat yang tinggi dengan kedudukan matahari yang tepat dan wap air yang mencukupi, akan jelas kelihatan pelangi itu membentuk bulatan penuh. Namun, fenomena ini adalah sangat luar biasa. Kalo cikjah berpeluang melihatnya, ia adalah suatu yang sangat indah dan sangat istimewa.
Lima minit sebelum mendarat, tiba-tiba Kapten kona hampir 240 darjah di sekitar ruang udara berhampiran Gunung Keriang! Tak pernah Kapten buat lagu tu sepanjang kami ulang alik KL - Alor Setar dengan flight. Sungguh luar biasa tapi siok! Menyengett Kapten kona. Check out the aircraft wing in the picture above. Sengettt. Tapi sangat mengujakan...heheee
Sepanjang 1 jam 10 minit penerbangan, kami menghabiskan masa dengan mewarna.
Yey siap!
Selesai beraya haji di kampung, kami pulang ke KL on Saturday juga dengan flight. Tapi ada sedikit kejutan sebaik tiba di Alor Setar airport. Rupanya Skypark Subang sudah pun buat pengumuman rasmi pada jam 5pm bahawa ia terpaksa menutup airport-nya berikutan cuaca jerebu yang tahap melampau. Jarak penglihatan hanya-lah 350m yang tidak memungkinkan any aircraft to take off or landing. Owh my!
Maka, semua penerbangan dari Subang di gantung buat sementara waktu. Maka, jadinya perbangan masuk dan keluar dari Alor Setar airport juga tertangguh kecuali MAS dan Air Asia kerana ia dari dan ke KLIA dan KLIA2. Fireflyz sudah pun cancelled all their flights. Yang tinggal hanya Malindo. All Malindo flights were delayed sehingga ke suatu masa yang akan diberitahu kelak. Maka, meloponglah kami dan passenggers lain di ruang menunggu. Hinggakan pada waktu puncak iaitu pada jam 8.30pm, begitu ramai skali orang di ruang menunggu. Rupanya, yang ramai tu bukan passenggers pun, tapi the SENDERS! Satu kampung mai nak antar sorang jar pun naik flight. Aiseh!
Nasib baik kami ada colouring book. Apa lagi, tempoh menunggu tidaklah membosankan atau merugikan. Malah 6 jam menunggu dirasakan sangat cepat berlalu.
Setelah berlepas-nya penerbangan terakhir MAS dan Air Asia pada jam 9.30pm, maka keadaan di balai berlepas Alor Setar airport kembali sunyi sepi. Yang tinggal hanyalah saki baki penumpang Malindo yang belum dapat ditentukan nasib-nya. Hahaaa...me included.
Namun begitu, ramai juga penumpang Malindo yang bertindak menukar flight depa to the next day. Namun, kami nekad, alang-alang dah berada di airport apa salahnya kami tunggu. Dah malas rasanya nak kemas beg bagai pastu datang semula ke airport esok hari. Mungkin juga esok keadaan cuaca akan sama, atau bertambah teruk atau bertambah baik. It was a gamble. I chose to stay and wait sebab kami yakin my flight will be re-timed cuma tak pasti pukul berapa.
Alhamdulillah, pada jam 11.30pm, my flight was confirmed re-timed to 1.40am. Yeyy!! Gembira lah hati 30 orang penumpang pesawat terakhir dari Alor Setar airport. Kesian airlines and airport ground staff, kakak dan abang imigresen, achi clener kena overtime sampai 2am. Sumer nie sebab jerebu indon! Paling kesian dekat kami para penumpang yang menunggu dengan sabar. There was a young family with an infant. Nasib baik baby-nya tak meragam. Tidoq jar.
Thank you to Malindo Air sebab tak cancelled their flights. Sebab ingat senang kar nak cancel flight? Ramai penumpang yang akan terkesan - aktiviti harian dan agenda yang telah dijadualkan terlebih awal pasti akan tergendala. Malah ada yang perlu pulang pada hari tersebut kerana kecemasan. Malindo terbangkan pesawat kosong to Alor Setar just to pick up and bring us back to Subang. Happy!
Sampai di Subang pada jam 2.50am. Kami adalah antara pesawat terakhir tiba di Skypark. Mungkin ada 1 atau 2 lagi pesawat Malindo yang akan tiba selepas kami. Keadaan di Skypark sungguh suram dan sunyi. Ruang udara dan di dalam bangunan terminal penuh dengan jerebu. Jelas kelihatan warna putih di setiap inci kawasan. Yang tinggal hanyalah ground staff Malindo yang masih menantikan pesawat-pesawat terakhir mereka, pemandu teksi dan kaunter teksi masih beroperasi seperti biasa with midnight charge.
Kami tiba di rumah pada jam 3.30am. Nothing much kami bleh buat. Buka kotak simpan daging korban, cuci muka dan terus tidoq. Esok bangun pagi mesti peninn sebab kami tak bleh tidoq lewat. Maklumlah Cinderella...hihiii