Okay, sila jangan terkejut. Ini bukan bungkusan sampah.
Ini adalah bungkusan groceries kami untuk tempoh 2-3 minggu. Mengalahkan orang anak 5! hihiii
Kebanyakkan barangan yang di beli adalah sayuran. I love vegetables! Pelbagai rupa, saiz, warna, rasa dan harga! hahaa
Kalo nombot satu shopping kasut, nombot dua shopping sayuq lah kot.
Suka hati bila tengok stok sayuran dah bersih dan tersusun kemas dalam bekas/zip lock bag. Nak masak pun happy!
It has been many years kami mengamalkan kurang atau tiada plastik jika membeli belah - I always carry my reusable shopping bags. Namun, kat NSK nie agak sukar. Sebab ia adalah tempat tumpuan peruncit/pemborong kecil serta makcik pakcik tokey restoren yang turut sama membeli belah di situ. Jumlah belian mereka sangat besar, ramai plak tu, troli bersimpang siur dan keadaan agak sesak dan kelam kabut hampir setiap masa. Stakat pembeli ahkak kerdil macam kami nie, sebelah mata jar cikjah. Geng tokey restoren tu bermata-mata! hahaa
Barang jualan terutamanya sayuran dan barang basah dilonggokkan tanpa bungkusan. Jadi, mahu tak mahu memang kena guna plastik. Tapi tak apa, guna plastik tak beerti kita tak boleh kitar semula.
Caranya, hampir 95% tiada plastik bungkusan dari NSK yang kami buang - kami susun dan simpan elok-elok. Kalo yang kotor dengan kesan tanah [akar sayuran], kami akan basuh dan jemur hingga kering sebelum di simpan. 5% lagi adalah plastik yang digunakan untuk membungkus barangan basah seperti ayam, ikan, daging, udang, sotong dan sebagainya. Itu sumer kami buang sebab sememangnya terkandung bakteria.
Susun plastik santek-santek supaya cikjah pun happy bila nak guna. Terdapat 3 kategori plastik.
1) Plastik biru + hijau - sesuai untuk alas tong sampah bersaiz mini / kecil.
2) Plastik putih bertangkai - sesuai untuk alas tong sampah bersaiz mini / kecil dan mengisi barangan lain
3) Plastik putih lutsinar [selalunya bungkus sayuran] - sesuai digunakan sebagai membungkus rencahan sampah ketika memasak macam kulit bawang, biji cili, kulit kentang dan sebagainya. Usai memasak, ikat elok-elok dan baru buang dalam tong sampah.
Selalunya di pasar raya/kedai, plastik ini akan diikat dengan selofan tape berwarna ketika di kaunter timbang. Untuk kitar semula, buang selofan tape berkenaan dengan cermat supaya plastik tak koyak. Jangan plak cikjah koyakkan plastik macam tu saja, sayang taw sebab plastik tu bleh dikitar semula.
Melalui kaedah ini, kami dapat jimat belanja sebab tak perlu beli plastik sampah. Selain itu, sampah kami pun berada dalam keadaan terurus dan kemas.
Jagan lupa cikjah, bila dah abes makan malam. ikat plastik sampah yang berada di dalam tong sampah dan buang sampah di rumah sampah di luar rumah [jika tinggal di kawasan perumahan] atau longgok sampah [jika kawasan kampung]. Toksah lar dok biaq sampah bermalam dalam rumah. Tak best ahh...berbau dan kurang bersih. Kepada encik suami, pastikan bantu isteri terchenta buang sampah selepas makan malam adalah rutin anda. Jika perlu, latih anak lelaki anda dari kecil untuk tugasan ini.
Soon, Lembah Klang akan memulakan amalan mengasingkan sampah domestik rumah sebelum ia diterapkan kepada sumer rakyat Malaysia di seluruh negara. Semoga kita sama-sama mengamalkan amalan yang baik ini untuk kesejahteraan alam sekitar dan kelestarian pengurusan sampah. Dah tiba masanya kita asingkan bahan buangan ini. Cakap politik pom pang pomm pangg kedebomm, itu salah, ini tak betul, tapi sampah rumah sendiri pun tak reti nak urus, potong barisan kat jalan raya bersepah-sepah dan tak pakai seat belt masa memandu pun dah tak larat nak saman - tetap dok buat jugak. Cehh!
Kepada Cikjah, jom kita sama-sama kurangkan penggunaan plastik. Jika tak mampu, kitar semula plastik yang ada untuk menjimatkan belanja.