Sampai lah kita di entry yang sangat sedap. Cikjah ready untuk menghadapi sumer kenyataan ini? Waktu kami menulis this entry it was 12.30pm - memang cun cun lunch time - lapar kriok kriokk....tambah kriookk sebab kami posa! heheee - dugaan.
Tempat makan pertama yang terpahat dalam ingatan kami ialah Restoran Kak Yan nasi campur yang terletak di Ulu Melaka berhampiran Maktab Mahmud Langkawi. Restorannya berkapasiti agak luas dan berbumbung merah. Betul-betul di hadapan taman perumahan. Pukul 11am orang dah mai makan tengahari cikjah wehhh...
Sedapnya mashaAllah....guling-guling atas lantai cikjah....murah plak tu. Gulai telur ikan, daging rebus cecah ayaq asam, ulam sambal blacan, hati dan kacang panjang goreng cuma RM17.50 berserta minuman. Toink!
Second day kami lunch kat Kak Yan lagi. Dah lama tak makan ikan ketuka bakar. Bertahun-tahun rasanya. Hidangan di atas cuma RM15.50 saja beserta minuman. Toink lagi!
Restoran Kak Yan memang famous dengan hidangan tradisi Langkawi iaitu Kerabu Bronok. Kalo last year kami tak brani nak cuba, kali ini kami beranikan diri untuk mencuba. Kami amik sesudu kecil, rasa sket dan kami cannot go. It is kind of acquired taste. Maybe sebab tak biasa kot kan. Rasanya kenyal dan pejal macam tayar...hahaaa - Okay thanks.
Lunch hari ke-3 di Restoran Jati Aisha di Kedawang. Restoran tepi jalan biasa saja. Ramai orang jadi kami pun berhenti sebab memang tengah cari kedai makan for lunch - kami tengah teringin nak makan nasi lauk gulai ikan. Masuk kedai check gulai dulu - okay ada. Terdapat banyak lauk dan bleh tahan sedap. Tak mengecewakan. Banyak lauk sampai rambang mata nak pilih. Hidangan di atas RM18 termasuk minuman.
Okay cikjah, kami is about to reveal a secret nie. My favourite roadside stall. Memang terhebat! tak tipu.
Inilah kedai yang jual air kelapa pandan sedap dan wangi kat Ulu Melaka tu. Kedai orang kampung biasa-biasa saja. Memang bukan pilihan pelancong lar. Last year kami tak taw nak citer lokasi kat mana tapi this year kami dah ada jawapannya. Terletak di Kampung Bukit Hantu, Jalan Padang Gaong, Ulu Melaka. Berdekatan dengan perumahan Taman Harmoni. Nak abaq landmark memang susah sebab kiri kanan tu kebun getah. Jalan pun redup ja. Tuan kedai tanam sendiri kelapa pandan tu kat belakang kedai keliling rumah dia.
This trip kami kembang sket sbb kakak owner tu dah kenai kami. Dia cam kami from last year visit. Untuk trip kali nie, kami ulang pi kedai nie 4 kali! Sekali minum 2 gelas ayaq nyiok! RM1.50 ja segelas. Sedap sedap!
Selain ayaq kelapa, cucuq kelapa nie memang pilihan hot kat sini. Sedap dan bulat-bulat comel jar. 8 biji RM1. Sambal dia fuhhhh!!!! demm lazat.
Selling fast item. Sat saja abes nie.
Terbaru ada nasi lemak. Demm delicious jugak! RM1 sebungkus. Nasi lemak tak tipu. Sempurna sifat ada ikan bilis dan telur dalam kuantiti yang setimpal. Sambal nasi lemak dia yang sangat power. Tak pedas tapi mengancam. Mulanya kami macam ragu-ragu nak cuba nasi lemak. Tapi setiap kali datang mesti ada pelanggan tengah makan nasi lemak walaupun pukul 3-4 petang. Maka kami pun cuba....ternyata woww! Kami beli pukul 11am bawa balik KL. Makan pukul 8pm pun masih elok tak basi.
Kedai nie pun ada laksa dan bihun sup jugak. Memang demm sedap jugak! Aisehhh....sedap-sedap belaka.
Ini pula rojak pasembor di kedai hadapan HIG Mall / hotel. Sedap. RM5. Kat situ sekarang dah jadi macam food court. Last year cuma deretan kedai biasa bumbung kanopi saja.
Ini pun best. Balik yoga kami round-round cari kedai kampung untuk breakfast. Takmo makan kat kedai/restoran sekitar Cenang sebab tak thrill. Itu sumer untuk pelancong. Kami bukan pelancong, kami pengembara...Ahaks!
Akhirnya jumpa kedai kampung tepi jalan betul-betul hadapan SK Kedawang. Kami pilih kedai tu sebab redup bawah pokok, nampak bersih dan tak ramai orang lelaki dok lepak-lepak. Ternyata pilihan hati kami tepat. Sedap dan satu pengalaman makanan tempatan kampung style yang tercari-cari oleh orang yang dah jemu dengan suasana bandar besar.
Menu di atas ialah roti wrapped with eggs cecah sambal. Sedap. Dah makan roti, kami makan nasi lemak plak...heheee...tak tahan lauk sotong goreng kunyit, sambal sardin tu....
Dengan bangganya kami nak buat pengumuman - kami dah pegi ke sumer Pasar Malam sekitar Langkawi. Yes all. From Monday to Sunday.
Isnin - Ulu Melaka near Maktab Mahmud
Kecil dan biasa-biasa saja.
Selasa - Kedawang near simpang Jalan Chandekura
Sederhana dan okay
Rabu - Kuah
Besar dan paling best
Khamis - Cenang / Temonyong
Kecil dan okay
Jumaat - Ayer Hangat near roundabout ke Tanjung Rhu
Besar dan no. 2 best
Sabtu - Kuah
Besar dan paling best
Ahad - Padang Matsirat
Sederhana dan okay
Pasar Malam Ayer Hangat |
Walopun Pasar Malam Kuah yang selalu diperkatakan kerana saiz-nya yang besar dan menjadi tumpuan pelancong kerana lokasinya di tengah pekan, namun personally, kami suka Pasar Malam Ayer Hangat. Lokasinya agak jauh bagi kami yang berada di Cenang. Hampir 20 minit naik motor. Tambah lagi 5 minit perjalanan cikjah bleh sampai ke Scarborough Fish & Chips di Tanjung Rhu.
Pasar malam Ayer Hangat best kerana terdapat dua stall makcik Patanni yang open table. Makanan yang dijual pula memang Krabi abes! Sedap sedap sedap dan murah.
Makcik Patanni tengah buat somtam. Sedap betui lar. Rasa macam dok makan kat Krabi pulak.
Somtam RM4, Bubur Pulut Hitam RM2.50, Thai Laksa RM3. Memang superb!
Serabai kuah durian nie pun sedap. Tak tipu. Serabainya gebu sangat. 3 keping RM2.
Wajib beli taw kalo jumpa. Cuma kuahnya tak lah rich dengan durian sangat. Tapi cukup lar ada rasa dan bau durian.
Ada juga makcik melayu jual somtam. Tapi tertejut kami sebab RM5/tupperware bulat. Mahai macam kat restoran. Rasanya okay-okay tapi tak leh lawan somtam makcik Patanni.
Deep fried Snowfish @ RM30. Big portion dan isinya sangat gebu dan flaky.
Calamari Rings @ RM8
Tanjung Rhu beach
Dari lokasi resort kami ke airport cuma kurang lebih 8 minit naik motor. Dekat sangat. Petang-petang kami pun pi la makan laksa kat tepi pantai dekat airport tu. Ada macam-macam stall - Laksa ikan sekor, Laksa Pulau, Laksa Power dan ada dua tiga stall lagi kami tak ingat nama. Kami cuba Laksa Power - okay sorry nak cakap that the laksa is seriously tak power pun? Apa-apa pun terpulang kepada pendapat peribadi lar kan, ini pendapat kami hasil dari pengalaman sendiri. Laksanya bau ucukk belacan lar. Macam bacen sket. Power bau belacan kot? heheee
Kat KL nie pun ada laksa motor yang bau ucuk belacan lagu tu, memang kami cannot go. Kami pun buat laksa dan penah makan beribu-ribu pinggan laksa yang tak bau ucuk belacan. Cendolnya....erkkkk! ada lar beberapa urat hijau. Rasa ada cuma macam kedekut jar. Paling tak sedap is the rojak buah. Totally out!
Rojak buah kat Laksa Power @ RM4. Too bad dah beli tapi tak leh nak makan. Kuah rojaknya rasa sangat pelik. First time rasa kuah rojak macam nie seumur hidup. Rasa macam ada campuran bawang. Tak macam kuah rojak lah. Weird! Pedas plak tu. Kena tukar nama nie, bukan rojak buah, kerabu buah campur toyu kot.
Jangan lah sampai nak mengejar kuantiti, terlupa plak pada yang asas iaitu kualiti.
Walopun dah di hujung musim, kami teringin nak makan durian. Nasib baik ada jual. Beli sebijik @ RM16 minta brader tu kupas sebab senang nak bawa. Kami beli polisterine kat makcik pasar malam satu 3 kupang wooo...
Kalo bercuti kami suka bangun awal. Lepas Subuh tu golek-golek pastu buka tingkap / pintu luas-luas untuk udara nyaman pagi masuk. Memang best. Lepas mandi terus kluar cari breakfast. Kat Cenang ada satu pakcik van jual roti canai kat tepi jalan.
Sedap roti canai-nya. Kuah dhal melayu memang sedap. Kami tak suka roti canai mamak. Sesekali tu bulih lar.
Cool ideal uh? Roti canai alas daun pisang pastu siram kuah banjir. OOooolalaaaaa!
Satu lagi tempat makan best ialah di Seashells Restaurant at Laman Padi.
Makan dalam suasana tepi bendang yang sungguh menarik.
Harga berpatutan dan tak salah jika kami katakan agak murah.
Cikjah nampak pondok kecil di celahan pohonan kelapa tu? Itu lah pondok pilihan kami. Lunch kat tepi bendang di bawah pokok nyiok
Beberapa lagi pilihan pondok makan yang terdapat di Laman Padi. Dibuka untuk lunch dan juga dinner.
Ini adalah set Bujang Terlajak @ RM30 for 2 pax. Ada ayam dan ikan goreng. Nasinya special sebab seperti dimasak dalam rebusan stok ayam mungkin. Rasanya sedikit manis dan tidak kosong seperti nasi biasa. Cara dan konsep persembahan sangat baik cuma rasa masakan bleh dipertingkatkan lagi.
Sambal belacan-nya kurang umpphh hampir seperti tiada belacan. Manakala sambal picit-nya pula terlebih belacan namun tiada rasa air asam. Ayam dan ikan goreng sedap. Ulam daun raja kurang segar dan nampak layu, awat tak celup dalam ayaq bang? hahaa
Lebih menarik jika sup kosong digantikan dengan gulai. Baru lah menu Kedah. Mungkin depa nak jaga rasa untuk pelancong especially omputih kot, but hey! many times kami dok abaq, kalo nak perkenalkan makanan tempatan kepada pelancong mengapa harus ikut their taste bud? Bukan kah depa yang patut ikut citarasa kita? Jangan takut sebab masakan Malaysia sumer sedap-sedap, apatah lagi masakan Melayu asli. Kaya dengan rempah ratus.
Namun tersedia juga hidangan ala carte atau tambahan sayuran atau masakan berkuah pada kadar harga tertentu.
Kalo waktu malam pula, suasana tampak lebih romantik. Jangan lupa taw cikjah mai makan tang sini.
Memang cantik Laman Padi nie
Okay, ada lagi cikjah.....
Satu lagi misi tercapai - Nasi Dagang Pak Malau near Makam Mahsuri.
Amboi! dah maju sekarang nie. Orang mai tak berenti. Sentiasa penuh. Pak Malau pun dah one step ahead. Dah ada pekerja dan sekarang dalam proses menyiapkan homestay kat belakang restoren-nya. Walo pun Pak Malau look a bit aged berbanding a year ago, tapi seperti biasa ramah tamah dan cukup sosial.
Satu yang kami suka dengan Pak Malau nie ialah dia prihatin dengan gaya dan mutu persembahan.
Set hidangan sumer pinggan kaca warna putih. Sudu dan garfu pun stlylish modern. Maklumlah dok Langkawi bleh pi Idaman Suri selalu...heheee
But seriously, he does care the small details like that - rasanya sama macam kami kot, tu yang kami suka. Ahaks!
Nasi dagangnya sedap seperti biasa. Tapi sekarang dah tak dak sambal cili lagi. Namun, tetap sedap. Cuma kalo ada sambal cili tu, lebih ummpphhh!
New addition to warung Nasi Dagang Pak Malau - a homestay unit. 90% completed.
Demikian lah citer makan-makan sepanjang 6 hari bercuti. Banyak betul makan. Tapi memang best sebab sumer sedap-sedap.
Bye Pulau Lagenda, see you when I see you!