Amacam? Goda menggoda tak? Aww!
Stir fried mussels with chili and basil. Sedap hingga menjilat cengkerang! hahaaa
Bila dah masuk daun basil, kacau dan tutup kuali 2-3 minit. Aroma basil akan melekat dan menyerap dalam masakan. Wangi dan sedap.
Kami beli 1kg mussel. Separuh kami goreng chili, separuh lagi kami masak lemak cili padi dengan belimbing buluh. Fuh! tiada tandingan lazat.
Memang kami nak habiskan stok mussel, tak nak simpan lama-lama sebab nanti hilanglah kesegaran mussel.
First time kami de-beard mussel. Maklumlah beli raw tepi laut, takdak sapa nak tolong siang dan cuci okay. At first takut juga. Kalo kami tak buang janggut mussel nie betul-betul, mahu nanti bila makan pakat mabuk.
Atas khidmat nasihat dari orang yang berpengalaman, kami rebus sekejap mussel yang telah dicuci bersih. Kemudian tos air dan tarik janggut yang terjulur keluar di sisi cengkerang mussel. Lepas tu, barulah masak.
Mentarang pun ada. Kami rebus with lemon, lemongrass and cili padi. Kemudian makan cecah sos macam tu saja. Fuh! Gulp!!
Long weekend hari tu, kami "kaya" dengan makanan laut. Pegi jenjalan singgah tepi laut beli ikan dan macam-macam. Teruja!
Paling best ada ikan Belanak atau Mullet. Ikan nie sedap digoreng garing.
Pelbagai jenis kerangan dan
sayur kampung.
Paling tak sangka ada Jambu Keling atau Jambu Bol. Dah lama sangat kami tak makan jambu nie. Dulu kat rumah tok ada pokok nie. Orang tua-tua dulu suka tanam jambu keling nie. Tapi sekarang dah susah nak jumpa, orang sekarang suka tanam pokok mulberi...heheee
Of course tidak ketinggalan soto yang super super super lazat ini.
Mengancam jiwa raga sungguh soto lazat ini. Memang sedap cikjah!
Ini pula tapai pulut daun getah ter-lazat kami penah makan. Beras pulutnya cantik. Tidak kembang dan tidak hancur. Rasa manis yang tepat dan tidak keterlaluan. Memang sedap.
Habis tiga serangkai kami makan. Tak brani makan banyak, nanti kami mabuk tak leh pandu pulang...hahaaa