.
Apr 19, 2013
Lagi kesah aduan rakyat first party experience untuk panduan dan penilaian cikjah sekalian alam.
Secara umum, kami tak gemar online purchase. Peluang untuk kena tipu atau tertipu adalah sangat tinggi. Maksud penipuan yang berlaku di sini bagi kami ialah kualiti barang atau servis tidak setimpal dengan harga yang dibayar. Ini nyata, jelas dan seringkali berlaku. Penjual mengiklankan produk atau perkhidmatan mereka secara online melampaui batas dan di luar kemampuan. Semuanya yang terbaik dan terindah namun penjual gagal menawarkan barangan dan perkhidmatan serta memberi commitment yang terbaik dan setimpal. Ibarat cikjah beli emas, tapi bila dapat, gangsa rupanya. Kecewa.
It is a trend and life is easy nowadays di mana kita boleh beli barangan atau perkhidmatan at discounted price online. Banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan seperti ini like Groupon, MilkAdeal, Living Social, Super Deal, My Deal dan banyak lagi. Seumur hidup, kami tak pernah beli.
Namun, disebabkan kami telah tertarik dengan satu tawaran hebat yang sangat berbaloi, maka rekod bersih kami telah tercalar. Kami telah terpedaya hinggakan TERbeli 90 minit pakej spa untuk lulur dan full body massage. Wow!! what a bargain! Iklan pun meletop-letop, of course lar model mat saleh pakai bunga kat telinga tengah kena massage kat tepi pohonan hijau dan frangipani bertaburan walopun iklan itu untuk market rakyat Malaysia. Heran betoi! Awat nak boh gambaq omputih haaa? Well, can't blame me though. I am a spa-goers. I can't resist! I'm going! hahaaa
Lagipun, ia datang ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. Kebetulan badan kami memang penat selepas 10 hari bertungkus lumus kerja kenduri kawen dan bowling tournament 2 weeks ago. Kami berpendapat, inilah masanya untuk memanjakan badan....uishhhhh! tak sabarnya nak massage....yey! yeyy!!
I don't expect much sebab kami tak brapa suka buat spa treatment yang kedainya located at shop houses. Pertamanya sudah tentu takdak garden dan tumbuhan hijau untuk mengharmonikan suasana dan pastinya dikelilingi dinding konkrit. Tak natural. Tapi online ads dan website spa tu bukan main lagi santek. Bunga frangipani bertaburan gitu. Ramai pula yang bagi testimonial best-best dan sangat berpuas hati. Maka hati kami sedikit terubat.
Sebaik langkah pertama diatur memasuki premis spa, huuu-mak-haiii!!! takdak bau wangi-wangian spa langsung! Takdak music spa, tak dak pasu bunga pokok hijau dan takdak penyambut tetamu beruniform batik jawa tersenyum manis menyambut kami. Signboard nama kedai pun takdak!!!
Yang ada seorang pekerja yang berpenampilan kurang memberangsangkan hinggakan terselak t-shirt belakang dan mempamerkan spendernya di pinggang! Uh!! This gonna be great! hahaaa
Sambil pekerja yang kusut masai itu tersandar di kerusi tanpa senyuman dan wajah mesra, kami diajukan soalan olehnya samada nak tambah minyak aromatherapy atau tidak. Jika mahu, bayarannya ialah RM10. Hurmmm...kat online ads takdak cakap apa-apa pun. Anyway, no thank you. Not interested.
Proses melulur bermula. Sangat cepat dan kasar. Cuma 8 minit saja. Selepas lulur, kami ditanyakan soalan samada nak mandi terus atau tunggu lulur kering, without hesitate dengan pantas kami menjawab nak mandi terus. Kerna kami sudah tidak tahan dengan suasana di dalam bilik lulur. Lantainya berminyak dan licin seperti tidak dimop dan bau lulur atau aroma bilik itu tak wangi langsung. Tapi katanya itu lulur lavender. Betul kar yang kami dengar tu lavender? Ker spenderr? hahaaa.
Sedangkan jika benar itu adalah proses melulur, lulur akan dibiarkan kering seketika sekitar kurang lebih 3-5 minit selepas disapu di seluruh badan. Kemudian lulur akan digosok atau ditonyoh-tonyoh sekali lagi untuk mengeluarkan sel-sel mati di badan. Itu barulah namanya melulur! Ini tak, lepas tonyoh tahap ekspres terus ditanya nak mandi atau biar kering???
Lagi satu penyeksaan bila kami terpaksa shower di dalam bilik air yang dirty! Santek lagi bilik air kami kat rumah. Tak melambangkan bilik air di sebuah spa langsung. Ianya lebih kepada macam bilik air rumah orang bujang lelaki [sorry...ini perumpamaan...hahaa]. Shower glass beqetangg kelabu, perimeter dinding lantai berlumut dan kulat, berus gigi dan ubat gigi serta sabun mandi cap May bersepah di atas rak. Main baling-baling jar....huuu-makkk-haiii!!! Lebihan lulur di lantai bilik mandi masih jelas ketara. Memang kotor lah. Terletak sebuah jacuzi besar di sudut bilik mandi. Kosong dan berabuk pianggg. Lepas mandi, kami di-offer bed slipper. EEEiiiiii!!! selipar tu kaler putih, tapi dah jadi hitam legammmm. Sangat legammm!!! Uwek! tak lalu kami nak sarungkan kat kaki kami. Takpalah kak, kami kaki ayam atas lantai licin dan berminyak ni pun kami rela.
Tiba pula sessi urut badan. Owh!! apakah salah kami?? Berapa lama lagi penderitaan ini akan berakhir? Seriously kami tidak dapat merasa badan kami dipicit-picit. Ia umpama kami upah seorang tukang urut tulon sapu losen kat badan kami. Tak ada pressure dan teknik urutan yang sangat teruk!!! Tak pernah kami rasakan urutan yang sangat bencana itu. Eeeeeiiii!!! Ngeri! Baru urut separuh kaki, kami ditinggalkan tanpa makluman hampir 5 minit. Pegi mana kak oii? Hupdate status facebook ka?
To make it more memorable, the tukang urut sepanjang masa dok batuk dan burping! Uwekk! Walopun dia pakai mask tapi adalah sangat tidak sesuai. Dah berpuluh tempat dan spa kami pi, mana ada tukang urat yang dok belahak atau burping sepanjang kami diurut. Kononnya, kalo tukang urut burping, angin badan kita di-transfer ke badan dia...kununnn lar. No manners! Lepas tu asik nak bersembang dan gelak kuat. Hey! kamonlahh. Orang datang spa nak enjoy silent ambiance, aroma wangi bunga-bungaan dan herba, alunan lembut spa music supaya dapat relax dan nikmati urutan. Ni tak, dok tanya itu ini buat silly jokes dengan volume yang super high. Baru nak awang-awangan, terkejut dia batuk plak.
Lega bila sessi urutan ataupun sapu losen itu selesai. Namun, ada satu lagi bencana. Kami diberikan hot wet towel untuk lap sisa-sisa minyak di badan........but! the towel sangat busuk okay! Tak leh nak identify bau apa. Bukan ros, bukan lavender, bukan melur, bukan herbal tea tapi lebih kepada towel jemur tak kering. Bau sabun atau softlan pun takdak. Uwek!
Cepat-cepat kami pakai baju ambil beg dan keluar dari spa yang menggerunkan itu. Tobatt kami tak mo mai dah. Hinsaf!!!
Di-iklankan konsep dan perkhidmatan spa inspired by Samporna island, tapi macam Serbatakkena island jar. Kami harap spa itu dapat memperbaiki mutu servis perkhidmatan dan berusaha untuk memuaskan hati pelanggan. Takmo tipu-tipu indah khabar dari rupa. Tak aci taw! Nasib baik beli at discounted price, kalo bayar at full price...huuuu-makk-haiii...I want my money back!!!
Kami terus balik rumah tak sabar nak mandi dan shampoo rambut. Tak sabar nak get rid the losen smell from my body. Rasa sangat tidak selesa. Lepas mandi, baru keluar semula pergi dinner. Kami rela!
Moral of the story, jangan mudah tertipu dengan tawaran hebat atau istimewa di laman maya. Kepada depa yang dok advertise products and services online, janganlah ambik kesempatan dan menipu pengguna. It prooves my theory, online purchase sucks!
- Author name:
- Pienkcat
- Publish date:
- Friday, April 19, 2013
- Categories:
- morality and manners
Spa
- Pienkcat
- Malaysia
- I don't remember a witch ...but there was a black adorable cat who sat down beside me and told me that "I'm a cat who has strong legs, beautiful heart and the ♥ of thrills, I like to climb things - including hills. I ♥ pink and I ♥ cat and again the black cat told me that I'm a lovely friendly Pienkcat"